Tuesday 10 November 2015

Setelah 20 Tahun...Rindu Terlerai!

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa.
Hilang di mata, tapi di hati tidak lupa...

5 tahun menjalin persahabatan, 20 tahun terpisah, tarikh 7 November 2015 menemukan kami kembali. Riuh, kecoh, penuh gurau senda...masih seperti dahulu!


Saya dan kawan-kawan yang sama kelas sewaktu di tingkatan 5 dulu.

Alhamdulillah...sebuah pertemuan yang cukup manis!
Memang ada yang dah saya temui sebelum ini, 
tapi kebanyakkannya memang dah 20 tahun tak bersua. 

Pertemuan yang langsung tak kekok,
 asyik bergurau seperti zaman remaja kami di asrama.
Sampai penat mulut bercakap,
dan sakit pipi asyik tersenyum dan ketawa!

Terima kasih Allah...
Di atas jalinan ukhuwah, tautan kasih antara kami!


Nota hati : Kalau dah jumpa begini, boleh terlupa usia sebenar tau! Rasa macam masih umur 17 jugak. Pulak tu muka masing-masing macam tak berubah sejak meninggalkan sekolah. ^__^

18 comments:

  1. waaa...best nyer leh jupe kawan2 lama....mesti banyak benda duk cerita kan..20 tahun tu bukan jangka masa yang singkat..rasa nyer mau 3 hari 3 malam dok habis bercerita kan...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah boleh jumpa lg... best sgt bila kwn lama2 jumpa balik...

    ReplyDelete
  3. seronok dpt jumpa kawan2 lama.. lama tu 20 tahun, tp macam tak sedar masa tu berlalu kan..
    bila bertemu kawan2 lama.. mmg banyak yang nak dicerita kan.. da lama x join reunion.. hihi..

    cantik2 gmbr akak edit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak terasa 20thn tu Ira..sume happy2 mcm dulu.

      thanks kpd Photoscape..hehee

      Delete
  4. Muka tak berubah tak apa juga Ujie masih boleh cam.
    Masa kakak ikut abang reunion tempohari semuanya dah macam nenek/atok (memang ada yg dah jadi atok dan nenek pun). Rambut yg lelaki memasing lebih putih dari hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkehh...kelako pulak! Lagi 10thn saya reunion, camtu agaknya. Tapi tak nampak rambut pun, sbb reunion yg perempuan je.

      Delete
  5. Cantiknya gambar macam pensel kaler!

    ReplyDelete
  6. lama 20 tahun tu Ujie..awet mudalaa memasing muka tak berubah.

    ReplyDelete
  7. Mana satu awak Ujie?.....
    Seronokkan..... Dapat dah bayangkan kecohnya korang masa tu. Mana taknya, 5 tahun, berkongsi cerita yang sama, suka duka zaman sekolah diharung bersama....

    Buat kat mana ni Ujie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat gambo ke-2 tu, saya yg pakai spec kak. :)

      mkn2 kat restoran sharin low, bkt antarabangsa. Pastu diorang sambung bermalam kat Ascott,KL. Saya join mkn2 je..

      Delete
  8. Mana satu awak Ujie?.....
    Seronokkan..... Dapat dah bayangkan kecohnya korang masa tu. Mana taknya, 5 tahun, berkongsi cerita yang sama, suka duka zaman sekolah diharung bersama....

    Buat kat mana ni Ujie?

    ReplyDelete
  9. memang seronok berjumpa kawan2 lama kan...terasa usia muda remaja je, mulut tak henti bercerita dan tersenyum...moga jalinan ukhuwah terus teguh dan utuh

    ReplyDelete
  10. sweet semuanya..yang mana satu Ujie ni hiksss

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****