Sunday, 21 October 2012

Misi 'Tikar Buluh'

Semalam (Ahad), saya dan suami ke Nilai 3. Kali ni menjalankan misi nak membeli TIKAR BULUH kiriman mak saya. Sebelum ni mak dah pernah kirim 2 helai tikar buluh, dan sekarang nak mintak tambah satu helai lagi dengan saiz dan corak yang sama. Kononnya bolehlah bawak balik masa cuti raya haji nanti.

Jarak Nilai 3 dengan rumah saya ni dalam 10minit memandu je, tapi sebab berlengah-lengah terus terbabas ke tengahari baru keluar. Akibatnya, proses mencari jadi terasa sukar sebab cuaca panas terik!

Harga tikar buluh ni (kalau saiz paling besar)- RM70.
Berdasarkan pengalaman lalu, pernah beli 2 helai boleh dapat RM50/sehelai (lepas tawar menawar).

Tikar buluh jenis inilah yang dicari. Ada beberapa saiz dan corak bunga. Misi kami, nak cari corak yang sama dengan yang sebelum ni dan nak saiz yang paling besar. Malangnya lepas keluar masuk banyak kedai memang susah nak cari yang saiz paling besar tu. Kalau ada pun bukan corak yang dicari dan berwarna gelap (tak cantik la pulak). Yang banyaknya saiz sederhana. 

Rupa-rupanya, menurut cerita sorang peniaga tu...tikar buluh jenis ni dah takde stok baru. Yang ada semua ni stok lama, sebab tu tak banyak pilihan lagi. Peniaga-peniaga dah tak mau ambil tikar buluh jenis ni sebab mudah rosak masa dalam penghantaran. Kan tikar jenis ni buluhnya agak keras, mudahlah patah bila kena timpa/campak. Diorang cuma teruskan ambil tikar buluh jenis yang lembut tu untuk mengelakkan kerugian.

Kesimpulannya, MISI GAGAL. Lepas lebih sejam merayau, kami beredar dari situ. Kepala saya pun dah sakit dek panahan mentari tengahari. 

12 comments:

  1. dok tengok kat rumah org lawa je,teringin jugak nak beli tp xterbeli yang jenis macam ni. yg ada kt umah yg jenis kecik2 buluh dia tu, cepat rosak sbb kualiti pun kurang..hee padan dgn harga le.

    ReplyDelete
  2. assalm ujie..memang betul tu..acik nak cari ganti jugak..yang dirumah dah patah2..memang tak dapat dah..misi acik pun gagal..

    ReplyDelete
  3. as salam,

    memang tak tahan ey tapi tgk org letak kt rumah mmg cantik

    ReplyDelete
  4. Tikar buluh ni femes sampai hari ini...Memang sesuai untuk letak dekat dapur ke, ruang tamu ke..

    Nanti rerajin datang lah singgah webshop Mummy di www.qashmere.net

    Ada mcm2 baju jubah, kaftan dan kasual untuk size biasa dan plus size

    ReplyDelete
  5. tikar ni memang comel pun..tapi bila bilah dia tercabut tu susah lah sikit.....

    ReplyDelete
  6. AISHAH:
    saya suka tengok je, tapi tak beli pun utk rumah sendiri. :)

    ACIK:
    oho..sama kes rupanya. kenalah bertukar ke design yg baru nampaknya..

    TIHARA:
    tak tahan lama sbb bilah buluh tu sng tanggal, tapi boleh tampal kot.

    M.AKMAR:
    yelah..dah lama gak design ni ada kat pasaran kan.

    EITA:
    yg cantik, mesti ada buruknya..^_^

    ReplyDelete
  7. Tikar ni memang femes..Cantik tapi betullah mudah rosak..

    ReplyDelete
  8. memang sakit kepala bila kena matahari terik.rasa nak cepat2 balik umah..
    ada jgk tikar ni kat umah.cepat rosak.kalau dah tercabut boleh luka kaki

    ReplyDelete
  9. CANTIKK~! tp untung laa klau dari rumah akak nk ke sana 10minit je..klau laa mk na tu haish hari2 duk ctu jelaa dye suka gi sne.. heheh

    ReplyDelete
  10. JNA:
    hehe..terbalik pulak, saya tak suka ke sana kecuali ada brg nak beli. besar sgt kwsnnya..penat!

    ReplyDelete
  11. sama kes ngn mak saye tahun lepas..tp dapat jumpe setelah 2 3 jam mencari..

    ReplyDelete
  12. izan dulu2 pernah beli kak. mmg betul cntik...tp mudah tertanggal dan berat pun ye. skrg ni beli yg jenis buluhnya kecik2 je. ringan sikit. letak kat dapur ni.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...