Friday 12 October 2012

Anak Haram

Semasa kecil dahulu, saya biasa dengar orang kata yang anak hasil zina ni tak layak masuk syurga hingga tujuh keturunan. Kedengaran menakutkan! Dan kalau ada anak-anak luar nikah ni dalam masyarakat kita, mereka akan dipandang semacam. Mereka digelar 'ANAK HARAM'. Seolah-olah anak tersebut yang berdosa, sehingga ada yang tak diterima sebagai anak menantu kerana status tersebut.

Semua ni mungkin gara-gara tersebarnya hadis yang bertaraf PALSU seperti berikut yang bermaksud;
"Tidak akan masuk syurga anak zina dan begitu juga keturunannya sampai tujuh keturunan."
Hadis ini dihukumkan lemah oleh pakar hadis disebabkan terdapat dua orang pelapor yang lemah dalam hadis di atas. Tambahan lagi ia bertentangan dengan firman Allah, yang bermaksud seperti berikut;
"Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)." 
(Surah al-An'am : 164)

Nyata di sini, anak hasil zina adalah SUCI dan TIDAK BERDOSA semasa kelahirannya. Selepas tu jika dia melakukan dosa, itu adalah dosanya sendiri dan tidak ada kaitan dengan status kelahirannya. Yang menanggung dosa zina hanyalah si pelakunya sahaja. Sesungguhnya Allah tidak bersifat zalim. Tapi kita manusia yang suka menjatuh hukum, memandang hina pada orang yang melakukan dosa sedang diri sendiri masih berpalit dosa.

(sumber rujukan: buku '40 Hadis Palsu Popular')


-Janganlah membenci si pelaku dosa, tapi bencilah dosa yang dilakukannya sahaja.-






.

31 comments:

  1. iyerlah anak yg lahir tu x berdosa apepun.... tp dipanggil anak haram, kesian dia... ayah salah mak ayah yg berzina tu sampai mereka terlahir...

    ReplyDelete
  2. betul tu,dear..anak tu tak bersalah,..cuma mmg jika punya anak yg begitu..cabaran brhadapan dgn masy yg dungu ni bln ringan..nauzubillah :)

    ReplyDelete
  3. terukla masyarakat kita ni.. percaya atau tak..sebenarnya masyarakat kita sendiri punca buang bayi..

    bagi pasangan yang dah berdosa tu.. kita sebagai masyarakat patut tolong bila diorang nak taubat..bukan hina.. bukan keji..pernah baca kes sepasang orang yg berzina ni.. kahwin lepas termengandung.. lepas tu anak tu kena buli kat sekolah.. masyarakat pun taknak tolong diorang.. imam masjid pun pandang hina..

    sudahnya diorang tertekan..lari luar negara..lepas tu dibantu oleh orang kristian..tukar agama..

    agak2 terpalit tak dosa diorang kat imam tu bila dah jadi mcm tu?

    ReplyDelete
  4. Sedih, geram, marah bila terjadi tapi itulah yg sedihnya anak/baby pulak yg jadi mangsa..

    Bila agama selalu diambil enteng tidak mustahil akan jadi lebih dahsyat dari ini Ujie.. na'uzubillah.

    ReplyDelete
  5. MASYA:
    panggilan tu byk impak negatif kat anak2 ni.

    QA:
    tak dinafikan, cabaran tekanan emosi amatlah berat.

    RAI:
    kalau ni kisah benar, mmg salah besar imam tu (sbb dia lebih tau agama). Sdgkan anak hasil zina tu pun layak jadi imam tau (asal cukup syarat).

    KAKZAKIE:
    'ibubapa' anak tu mmg salah, masyarakat keliling pulak sama jahil. Akhirnya anak kecil tu yg jd mangsa.

    ReplyDelete
  6. N3 ni bagus sgt2 ujie. masih ramai dluar sana yang menganggap anak2 ini hina sedangkan sebaliknye! tq share

    ReplyDelete
  7. kesian kat anak2 yg tak berdosa kan...mesti sukar nak teruskan hidup kalau berterusan orang pandang macam tu hina sekali..hmm

    ReplyDelete
  8. anak tak bersalah..kesian bila org cop dorang anak haram..siap hina konon2 keturunan darah kotor..

    ReplyDelete
  9. ada pernah dengar anak yang tak sah taraf ni ada kemungkinan ulangi kesalahan yg sama sebab keturunan...erm macam tak logik gak tu.kalau baik didikan,mesti baik la jadinyakan..

    ReplyDelete
  10. anak yg lahir tu tak mtk pon nak lahir sebegitu..ayat last tu mmg btul..bencilah dosa yg dilakukan..bukan pelaku dosa itu..pelaku dosa kita syg dan ingatkan :)

    ReplyDelete
  11. Uih, kalo hadis tu sahih, memang tak adil la untuk anak zina kan. Sebab bukan pilihan mereka untuk jadi anak zina. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  12. Masyarakat kita.. Jumudnya melebih-lebih

    ReplyDelete
  13. anak yg lahir itu x salah...yg salah si pelaku....huuhuuuu

    ReplyDelete
  14. yang salah mak ayah dia.mgkin jahil...

    ustaz azhar cakap...haram hukum nye bila kita menghina anak tak sah taraf...

    ReplyDelete
  15. Bro terlupa ada hadis berkaitan dengan anak hasil hubungan zina.

    Memang ada kesan sehingga ke keturunannya yang ke-7.

    Tapi sebenarnya ianya memberi kesan kepada keturunannya.

    Nanti bro ingat, bro cuba kongsikan :)

    Apa-apa pun elok juga baca entry ini - http://www.broframestone.com/2011/11/tazkirah-tak-semua-anak-luar-nikah-adalah-hasil-hubungan-maksiat/

    ReplyDelete
  16. Tak ada manusia yg minta dilahirkan, mereka lahir hasil cinta kedua ibu bapa mereka (tak kira cinta halal selepas kahwin atau cinta haram sebelum kawin). Anak adalah anugerah Allah, semua anak yg dilahirkan adalah suci spt kain putih dan ibu bapa dan masyarakatlah yg mewarnakan mereka menjadi putih, hitam atau kelabu,,,

    ReplyDelete
  17. betul..
    kesian anak2 berstatus camtu..
    diorang x salah pun....

    ReplyDelete
  18. yups btul mmg tiada salah n dosa baby tu..mak abpak punya kerja npe anak di hukum...btw nice sharing awk ;))

    ReplyDelete
  19. Setuju kak Ujie... Diorang tak minta pun dilahirkan begitu... Dan sebenarnya,kadang2 masyarakat sekeliling ni la penyebab mengapa anak2 x berdosa tu dibuang,diperlakukan seperti yang tak sepatutnya...

    Rasanya masyarakat perlu diberi kesedaran tentang isu ni tapi tak bermakna pasangan bercinta boleh melakukan maksiat sesuka hati... Biarlah zuriat yang lahir tu zuriat yang bukan dari perkara haram.. nauzubillah...

    Thanks kak ujie for this info...

    ReplyDelete
  20. tapi masyarakat sekarang memang pandang serong kat anak-anak tu kan ? sakit hati betul kat mak pak diorang . kalo skali buat dah insaf takpe gak . kalo buat lagi ? pastu yang jenis buang anak tu ? kesian :'(

    ReplyDelete
  21. kesian kat anak2 tu..mereka selalu dipndang serong oleh masyarakat...

    ReplyDelete
  22. Anak hasil penzinaan tidak menaggung apa2 dosa dari perbuatan org tuanya yg berzina. Tiada dosa tradisi di dlm islam. Saya juga ada memiliki buku 40 Hadis Palsu Popular.Amat bagus utk memahamkan kita erti hadis dan sekali gus makna agama.

    ReplyDelete
  23. betullah ujie..kalau boleh hilangkan kata panggilan 'anak haram' tu lagi bagus...kesian pada anak2 luar nikah yang tak mengerti apa2 masa kecil..:(

    ReplyDelete
  24. Kasihan pada anak yang tidak berdosa dipanggil anak haram tu..

    Sepatutnya IbuBapa yang perlu menanggung bukan anak tersebut.

    ReplyDelete
  25. masa sekolah dulu, heboh di perkatakan anak-anak haram ni tak boleh jadi imam untuk solat....sian dorang kan. takkan lah islam ni kejam sangat ye dak..

    ReplyDelete
  26. masyarakat sekarang nie suka menyebarkan sesuatu yang mereka sendiri tak tahu..thanks 4 sharing the info kak..siap dengan rujukan lagi..jelas akak memahami apa yang tulis..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  27. AISHAH:
    mmg tak logik langsung! sedangkan iman pun tak boleh diwarisi, inikan pula dosa.

    BF:
    hadis palsu tu skdr nk menakut-nakutkan je, biar org jauhi zina hingga lahir anak luar nikah.

    CIK UNA:
    betul sgt..
    entri ni pun bkn nak sokong org lahirkan anak luar nikah. tapi nak kita tolong anak2 yg tak tau apa2 dan tolong org yg dah terlanjur berdosa.

    SHAMEEL:
    buku tu mmg bagus! baru faham camne satu2 hadis tu dihukumkan palsu.

    ANGAH:
    anak2 ini SAH je jadi imam, asalkan mmg layak jadi imam.

    AZLAN:
    tugas kita pulak sebarkan yg BENAR.

    ReplyDelete
  28. assalam ujie..dulu2 macam tu la yang acik dengar..kemudian baru tahu..anak2 tu suci..yang berdosa adalah yang meyebabkan anak tu lahir tanpa ijab dan qabul

    ReplyDelete
  29. kesian......pada mereka (anak haram) tu terus dilabel sebegitu.walaupun mereka suci


    ReplyDelete
  30. mungkin sbb dah terbiasa tgk cerita kat tv sampai kita yg tgk anak tu pun melabelkan mereka sebegitu rupa...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****