Tuesday 2 October 2012

Air Johor : Air Selangor

Ini kisah masa hari raya lalu...

Bila dah berkumpul ramai-ramai dengan sanak-saudara, biasanya ada je topik yang dibincangkan. Antaranya isu AIR. Bagi yang tak tahu, air di Johor lebih mahal berbanding di Negeri Sembilan dan Selangor. Kedua negeri ni saya tau sebab dah menetap di Negeri Sembilan selama lebih 4 tahun dan sekarang pulak di Selangor. Negeri lain saya tak tau ya.

Untuk perbandingan, penggunaan air bagi isi rumah seramai DUA orang di Negeri Sembilan biasanya saya cuma dikenakan bayaran minima tak melebihi RM6/sebulan (kadar beberapa tahun lalu). Manakala di Selangor (sejak Pakatan Rakyat mentadbir), tiada bayaran perlu dibuat sebab penggunaan 20 meter padu pertama adalah percuma. Sejak duduk di Selangor ni, memang belum pernah saya bayar bil air! Manakala mak saya yang tinggal berdua dengan anak sedara di Johor perlu membayar lebih RM10 (biasanya sekitar RM15) sebulan! Beza sangatkan? 

Maka, keluarlah dialog berikut:

Makcik A: Kau tak pernah langsung bayar bil air?
Saya: Tak pernah!
Makcik A: Kalau gitu...tak reti-reti lagi nak pangkah apa nanti?
Saya: Memanglah!   Eh, undi tu rahsialah! (spontan terjawab sambil kena ketawa) :)

Makcik A bercakap pulak dengan Makcik B:
Makcik A: Air tempat kita ni mahal (merujuk negeri Johor). Tak reti-reti lagi nak pangkah apa undi nanti Mak B?
Makcik B: Elehh....(sambil mencebik mulut) :(
Makcik A: Waah...Mak B setia betul! Tak tergugat langsung.

Kesimpulan daripada pemerhatian:
Kebiasaannya orang-orang lama amat sukar menerima sesuatu yang baru biarpun mulut sering mengeluh dengan prestasi yang lama. Sifat SETIA yang tertanam dalam diri Melayu orang-orang lama memang sukar digugah!


p/s: Dapat bonus daripada kerajaan, bukan bererti wajib sokong kerajaan. Tak dapat apa-apa pulak bukan bererti wajib tukar kerajaan. Terpulang pada cara kita berfikir dan kehendak dalam hidup masing-masing. Hargai perbezaan, raikan persamaan!

20 comments:

  1. setia pada yg satu..
    hahahhaha....

    ReplyDelete
  2. org lama ni mmg SETIA...huhuu

    ReplyDelete
  3. Hahah Memang tak salah setia..

    Tapi jangan disebabkan kita setia,
    semua benda yg dibuat oleh org yg kita setia tu semuanya kita nampak betul.. Selain daripada Allah dan Rasul tak boleh kita terlalu taksub dgn manusia biasa..

    ReplyDelete
  4. salam kak ujie..lama tak dtg sini,makanya lama sy tak updatekan diri.hehe

    sihat kak??

    ReplyDelete
  5. dalam sesetengah hal tak nak setia sampai macam tu pulak kan? heheheh~

    ReplyDelete
  6. undian adalah rahsia...hehehe....

    ReplyDelete
  7. tak minat politik sgt huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. gaji naik bonus naik barang naik...yg jd mangsa pekerja non gomen...=(

    ReplyDelete
  9. Betul juga tu...Setuju..kesetiaan orang2 lama ni sukar digugat..

    ReplyDelete
  10. saya x ada erti setia lg..bru pertama kali layak mengundi..

    p/s:kak ujie, beshday saye ogos hari tu..smlm beshday kwn saye la..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam ujie. Sama la dengan kat Pahang. Air mahal. Tapi tak tau kenapa. Saya pun dok di selangor so, tak pernah bayar pun bil air. Sebab mmg bil hanya RM6, itupun kerajaan negeri bayar. Sangat gembira.

    Ujie mengundi area mana nnti? Kalo sy mengundi di sini, kawasan saya di kawasan NUrul Izzah. Ingat nak mengundi di kampung. Boleh tolong tukar kerajaan di kampung. Hahaha.

    ReplyDelete
  12. Salam Uji...

    Azera sokong dengan entri ni...Susah untuk orang lama menerima perubahan sedang banyak mengomel...ahaks..

    Azera singgah & follow sini ye...

    Dijemput untuk join segmen Azera....

    [GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

    ReplyDelete
  13. betul kak..kejujuran dan kesetiaan perlu jadi pengangan hidup..tapi kalau citer bab kerajaan nie kena laa pilih yang mana buat kita rasa selesa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. hihihihi.. entry ujie selalu buat sy tersenyum bile baca.. sebab ade jer ayat² sinis yg buat sy terpikir cara ujie nak sampaikan...

    ReplyDelete
  15. Sy pun...begitu....tetap setia...belah mana? X ley citer heheee

    ReplyDelete
  16. Tapi bapak kakak kan Ujie dah selalu kami dedahkan, siap tunjuk lagi skrin laptop mana yg patut dari dulu so dah masuk dlm kepala dia... ok kami sefahaman cuma sayangnya negeri Johor masih ramai yg karatlah sedih:(

    ReplyDelete
  17. E&E:
    setuju sgt. setia tak berbelah bagi hanya utk Allah & rasul-Nya.

    WS:
    alhamdulillah..masih sihat utk tulis blog..:)

    GB:
    setia berpada-pada..

    L&L:
    iyelah..esp. yg gaji biasa2. Mana swasta yg gaji tinggi mmg takde hal (tapi golongan ni tak byk).

    CK:
    tak payah setia dlm konteks mencari pemimpin, jadi flexible..^__^

    LYD:
    pahang ada jual air kan? mcm johor, lps tu air utk sendiri jadi mahal.

    undi ikut alamat kat ic, saya & suami alamat johor. lagipun mmg saje nak undi sana. :)

    AZLAN:
    nak setia ke hujung nyawa..utk pasangan sesuai sgt la kan.

    MASYA:
    sinis eh? hehe

    KARUKORD:
    tak pe, tak penting pun tau..^__^

    KAKZAKIE:
    Johor mmg kubu kuat, org2 tua selalu diberi mcm2. Pulak tak penah tengok 'dunia' lain, lagilah kuat setianya.

    ReplyDelete
  18. nape la lambat sgt nak PR..nak muntoh hijo dah ni :)

    ReplyDelete
  19. InsyaAllah...yang Haq akan naik dan yg batil akan berkubur ...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****