Thursday, 22 March 2012

Harga Rumah Kini...

Saya tertarik dengan penulisan oleh beritasemasa.com berkaitan HARGA RUMAH TERLALU TINGGI semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Sebabnya saya dan suami sedang mencari-cari rumah untuk dibeli. Suami saya bekerja di Kuala Lumpur, dan kami menyewa di Bangi. Lokasi dan kemudahan jaringan pengangkutan yang ada sekarang memudahkan suami ke tempat kerja, samada nak berkereta atau menaiki komuter. Masalahnya, harga rumah terkini di Bangi memang tinggi. Beruntung siapa yang membeli hartanah di sini beberapa tahun lalu. Sebagai contoh, rumah teres 2 tingkat (keluasan 20x70) yang saya duduki ni berharga KURANG RM200 ribu semasa tuan rumah membelinya 3 tahun lalu. Terkini...harganya dah jadi LEBIH RM300 ribu! 

Sebagai penyelesaian, terpaksalah kami 'mengintai' rumah di luar Bangi seperti di Salak Tinggi dan Pajam, Negeri Sembilan. Memang bertambah jauh sedikit untuk ke KL.Tapi asalkan ada highway dan stesyen komuter berhampiran, itu dah cukup baik. Dengan harga lebih RM300 ribu, kita boleh dapat rumah baru dengan keluasan yang lebih sedikit dan rekaan rumah yang lebih moden & menarik. Itu pun jika bernasib baik, sebabnya harga rumah baru bagi teres 2 tingkat kebanyakkannya melebihi RM400 ribu! Rumah berharga bawah RM300 ribu memang ada, tapi lokasinya tak sesuai untuk mereka yang bekerja di KL.

Memang serabut kepala bila memikirkan soal beli rumah. Hajat di hati nak tinggal di Melaka, sebab harga rumah masih baik dan dekat dengan Johor (kampung saya & suami). Tapi dah rezeki dapat kerja yang baik di KL, terpaksalah mengikut rentak hidup sini.

p/s: Sangat berharap kerajaan dapat kawal harga rumah. Sekarang ni harga rumah jadi tinggi sebab spekulasi. Rumah tak berapa baik, tapi harga tetap tinggi.

26 comments:

  1. betul kak...harga rumah sekarang mak aii tak tercapai dek akal..

    ReplyDelete
  2. mahal giler klu harga rumah kt kl...xmampu rasa ngn gaji yg tak seberapa ni..huhu

    ReplyDelete
  3. aduhh..nak pitam tengok harga rumah..mungkinkah tak akak miliki rumah selamanya yana nih?huhu sedihnya..

    Kak Ujie terima kasih utk komen2 yg sangat membina tu ya..yana hargai sangat2..semoga Allah murahkan rezeki akak dan merahmati hidup akak sekeluarga..aameen..:)

    ReplyDelete
  4. Cuba tengok di Saujana Putra. Masih ada lagi rasanya yg berharga RM200K+

    ReplyDelete
  5. la akak dok bangi ker??
    sye selalu g bangi umh kakak sye kt bulatan nk ke jln reko/sg. chua 2..hehe
    my another sista ckp harga umh makin tggi bile kerjaan bg pinjaman lebih tinggi..
    sepatutnye kerajaan kawal harga hartanah instead of bg peluang kt developer tuk jual dgn harga yg tggi..huhu

    ReplyDelete
  6. betul ujie..tapi diseremban rumah masih bolhh dibeli lagi..tahun 1997 acik beli rumah teres 3 bilik 2 bilik air..keluasan 22x75 harganya 82 ribu..masa tu acik rasa mahal dah..tapi gov.loan tak sampai 450 pun acik bayar sebulan.alhamdulillah..kalau acik lambat beli pun rasanya dah tak mampu dah.

    ReplyDelete
  7. yg murah kat kl apartment jer atau rumah apartment atas kedai..masih leh dpt dlm 60k-80k...area serdang,kepung dan beberapa tempat lagi

    ReplyDelete
  8. mmg betul harga rumah melampau naik nye ..lg dekat dgn town lg melambung2 rega nya..kdg2 tak masuk akal..diskaun yg diberi utk Bumiputra still masih harga agak mengarut.

    salam singgah, salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  9. mmg harga rumah mahal kan sekarang ni...mula2 la saya tengah berfikir sesuatu ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  10. PRETTYWRITE:
    rege rumah teres kat KB masih okey lagi kot yana..lagipun masih muda..ada masa.

    *terima kasih atas doa yana..sgt diharapkan.

    MIE:
    thanks atas infonya..
    nanti saya intai2.

    CK:
    oh..akak dkt2 KUIS ni.

    betol gak kata sis awak tu, polisi kerajaan mmg boleh pengaruhi harga hartanah.

    ACIK:
    waduh..syoknya! 22x75 cuma rm82k.
    yelah..masa tu terasa la mahal kan.

    BORHAN:
    hmm..betul! tapi tu pilihan terakhir.

    GREENJADE:
    mmg tak masuk akal..rumah teres biasa ada yg sampai rm500k tau. geleng kepala..

    TIHARA:
    apsal?? awak nak jadi developer pulak..buat projek perumahan..hahaa

    ReplyDelete
  11. memang mahal pun..
    bukan kat bandar je..
    kat kampung pun mahal....

    ReplyDelete
  12. Betol tu kak...harga rumah skrg mmg sangat mahal..ija yg keja kat valuation firm ni mmg terkejut dengar market value skrg..mcm tak mampu je nak beli umah kat KL..huhu

    *tengah intai2 umah kt kedah..200k boleh dapat double storey tu kak..tapi hanya mampu intai je la bt masa ni..huhu
    mudah-mudahan kita dapat la beli umah idaman kita kan kak? ;)

    ReplyDelete
  13. mahalnya harga rumah :(
    hope ada rumah yang murah dan selesa nanti..

    ReplyDelete
  14. tak mampu beli rumah kak,jadi duk uma sewa je la sy ni..hheeeee

    ReplyDelete
  15. kalau ade tanah sendiri, buat rumah sdri... pasti jauh lbh murah kan kak.. tp kene duduk area kampunglah..

    ReplyDelete
  16. Tu la kak. Cemana la nak beli rumah ni. Makin lama makin mahal. Kalo kat KL ni rumah apartment pun dah cecah 200k ke atas. Tupun yg tahap2 kecik punye.

    ReplyDelete
  17. Awak, kami pun dlm dilema. Kami mmg tak mampu nak beli umah dlm kawasan Lembah Klang nie. Klu ade pun yg mampu, mgkn Puncak Alam sana. Disebabkan Puncak Alam dah berada dlm kawasan Kuala Selangor, maka kami tak ada pilihan sbb harga tanah di Kuala Selangor masih rendah. Itupun harga makin meningkat. Kalau nak beli kat Shah Alam, mmg tak mampu sgt2.

    ReplyDelete
  18. itu la kan ujie.nak dapat rumah atas tanah yg baru paling2 cikai pun dlm 250k cmtu..itu pun kalau bnasib baik.kalau kat area puchong pun lebih kurang..kemain mahal lg..utk permulaan hidup nnti,kitorang mmpu bli rumah burung je dlu..

    ReplyDelete
  19. KALAU DEKAT KUCHING LAGI MAHAL..

    ReplyDelete
  20. property kat bangi dulu nothing..tapi sekejap je naik mendadak..mengkin dah semakin ramai org swasta berpangkalan di putrajaya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. harga rumah sekarang mmg melambung² tinggikan... nak beli pun rasa mcm x mampu...

    ReplyDelete
  22. IEJA:
    akak ni dah hampir pasti tak dpt rumah idaman. Asal dpt yg mudah suami nak pegi kerja & rumah selesa..cukuplah. Pasrah!

    WS:
    achie kan keja gomen, takde hal punya.

    LADY B.:
    itulah impiannya..tapi tu la, kat kg bolehlah lagi.

    LYD:
    lyd kena lupakan KL, intai selangor. ^_^

    PAA:
    shah alam mmg mahal! almaklum..ibu negeri.
    Dilema kan..sbb kalau lagi lambat, makin naik. kena gak buat kptsn.

    MUNNA:
    biasa org buat gitu, beli rmh burung dulu. Tapi kami dah decide nak terus beli rumah teres, sbb umur dah 30-an.

    AZLAN:
    bangi mmg makin popular..sbb sini majoriti komuniti muslim. akak pun suka, tenang & aman di pinggir ibu kota.

    MASYA:
    paling mampu aptmt/flat..tapi nak selesa kenalah buat2 mampu beli teres. harap2 kami mampulah..

    ReplyDelete
  23. setuju kak...

    ira y br kerja ni rs terbeban..wuuu..mmg nak beli umah..kalau blh harga y sepadan dgn rumah y kita dpt tu..sbb harga rumah makin lama makin naik kan..

    ReplyDelete
  24. ya, salak tinggi (bandar baru salak tinggi) adalah pilihan yang baik. tetapi dah mula menunjukkan trend peningkatan harga yang mendadak. -berdasarkan pemerhatian terhadap seorang kawan yang membeli hartanah di sana.

    ReplyDelete
  25. SM:
    mmg logik harga kat situ meningkat, sbb org2 dah mula berpindah tumpuan ke situ.

    ReplyDelete
  26. siannyer...nk untung aje dorg neh...huhuhu

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...