Monday, 31 October 2016

MIRI | Hari Kedua : Lawatan Singkat Ke Brunei

Catatan sebelum ini : 

18/10/2016 Selasa

Hari Ke-2...seperti yang telah dirancang, kami akan ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Seawal jam 7.25 pagi kami bergerak dari penginapan. Menurut Google Maps, perjalanan kami adalah sejauh kira-kira 145 km dan akan mengambil masa sekitar 2 jam dengan melalui Lebuhraya Muara - Tutong.

Pagi ini mendung dengan disertai hujan renyai. Kesinambungan hujan yang agak lebat malam tadi. Kami tidak bersarapan di kedai, sekadar mengalas perut dengan roti sebelum bergerak keluar tadi. Cadangnya nak makan di Brunei sebab perjalanan tak berapa jauh (tapi plan tak menjadi, maka pangajarannya - wajib sarapan yang berat sebelum nak ke mana-mana ya!).


PERJALANAN KE BANDAR SERI BEGAWAN (BSB)

SELAMAT DATANG KE KUALA BELAIT! Kami kini berada di Brunei setelah melewati Kompleks Imigresen Malaysia, Sungai Tujuh, Miri dan Sungai Tujoh Control Post, Kuala Belait, Brunei. Sebenarnya ada kekeliruan semasa kami nak melewati imigresen Malaysia dan Brunei ni, disebabkan keadaan jalan dan bangunan yang mengelirukan. Tambahan pulak masa tu takde kenderaan lain untuk kami ikuti pergerakkan mereka. 

Tol Jambatan Rasau. Kat sini kami kena bayar tol sebanyak B$3.00 (sekitar RM9.15 duit Malaysia). 


Resit tol tadi. Kita lalu dua kali (pergi dan balik), jadinya total B$6 untuk bayaran tol ke BSB. Borang tulisan merah tu pulak, adalah borang Masuk Sementara Bagi Kenderaan yang perlu diisi semasa melalui pemeriksaan kastam Brunei. Lalu kaunter, minta borang, parking tepi, isi borang (maklumat kenderaan) dan kembalikan. Takde pemeriksaan apa pun, pegawai tu cuma cop borang yang dah diisi. 


Lebuhraya yang kami lalui untuk menuju ke BSB. Tengok tu, siap ada had laju bila hujan - 70km/j. Tak banyak kenderaan kat lebuhraya ni. Sesekali je ada. Agak bosan dan mengantuk jugak sepanjang perjalanan ni, banyak pemandangan hutan/belukar. Yelah, lebuhraya. Suami bawa Axia ni slow je sebab hujan. Memang lagi mengantuklah...


Tak pasti dah sampai mana, kami berhenti sekejap. Tengoklah harga minyak kat sini...RON 97 - B$0.53, RON 92 - B$0.519 dan Diesel - B$0.31. Murah! Tapi menurut catatan blogger lain, harga begini cuma untuk kenderaan Brunei sahaja. Kenderaan luar macam kami akan dikenakan harga yang lebih tinggi. 


BANDAR SERI BEGAWAN (BSB)
Alhamdulillah...kami selamat tiba di BSB sekitar jam 10.40 pagi. Maksudnya kami ambil masa sekitar 3 jam dari Permyjaya, Miri ke sini. Masih dalam hujan renyai. 

Satu masalah kami, takde peta jalan di BSB. Nak guna Google Maps, dah off data sebab berada di luar negara. Sebenarnya, saya jangkakan boleh bergerak di sini berpandukan signboard jalan. Rupa-rupanya kat sini sangat sikit signboard. Takde tulis pun arah mana masjid dan lain-lain tu. Disebabkan itu, maka kami bawak jelah kereta sesuka hati. Yang pernah ke sini, korang berpandukan apa ya untuk bergerak?

Jalan raya di sini agak lengang. Mudah nak memandu. 
Seperkara lagi, kat sini tulisan jawi 'hidup'. Bolehlah menguji tahap lancar baca Jawi kita kan? Hehehee.. 


BSB memang tak besar mana. Dalam pada kami tak tau arah mana nak tuju, dan main jalan je...terjumpa masjid ni. Antara mercu tanda Brunei dan merupakan tarikan pelancongan. Memang sangat gah dan cantik bila tengok depan mata! Siap ada bahtera yang sangat cantik di sisi masjid ni. Dalam gambar saya ni kurang menarik, sebab cuaca mendung dan sudut yang diambil tak sesuai. Kami tak masuk pun, sebab perut masing-masing lapar nak kena cari makanan dulu (akibat tak sarapan berat pagi tadi!).

[info] MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN siap dibina pada tahun 1958. Dinamakan sempena nama Sultan Brunei ke-28. Merupakan masjid paling unik di Asia Pasifik.


Kami teruskan memandu tanpa arah, nampak masjid ni. Terus masuk, parking dan menuju ke dalam masjid. Lupa seketika pasal perut. Masjid ni memang sangat memukau pandangan saya. Sekali lagi, saya tak ambil gambar pada sudut yang betul. Perut lapar, apa pun malas...huhuu. 

[info] MASJID JAME'ASR HASSANIL BOLKIAH merupakan masjid terbesar di Brunei. Siap dibina pada tahun 1994 bagi memperingati hari ulangtahun ke-25 pemerintahan sultan.

Nak melangkah di tangga masjid, nampak notis larangan mengambil gambar di dalam masjid. Maka, takde gambar dalam ni ya. Disebabkan kami tiba sini kira-kira jam 11.30 pagi dan waktu Zohor di sini sekitar jam 12.06 tengahari, kami ambil keputusan nak tunggu waktu Zohor dan solat jemaah di sini saja. Alhamdulillah...sempat solat sunat, solat fardhu Zohor berjemaah dan meninjau sekitar kawasan masjid. 

Ruang solat Muslimah terletak berasingan dari ruang solat utama, tapi saya sempat jugak meninjau ruang solat utama yang sangat gah di dalamnya. Tak reti saya nak tulis di sini, tapi memang sangat kagum dengan seni binanya. Masya Allah...SubhanAllah! Memang patutlah ramai pelancong berkunjung (masa kami tiba tadi, sedang ada lawatan oleh sekumpulan pelancong luar...bukan Islam menurut pandangan saya).

Masa di sini jugak, saya sempat bertanya dengan seorang muslimah tentang tempat makan terdekat. Menurutnya, kat sini memang kurang signboard. Tapi tak susah mencari (mungkin sebab BSB tak besar).


Berpandukan maklumat daripada muslimah tadi, kami tiba di sini. Ada beberapa kedai makan, tapi kami tertarik untuk mencuba NASI KATOK (seperti yang tertulis pada kain putih tu). Tiba di kedai tersebut, rupanya untuk bungkus saja. Kami beli jugaklah...saya tunjuk pada menu yang tertulis 'Nasi Katok' sebab tak reti nak sebut 'katok' tu macamana. Pelayan (rupa dan gaya seperti orang Indonesia) memberitahu Nasi Katok dah kehabisan sambalnya, tapi boleh ganti dengan lauk sayur lain. 


Inilah NASI KATOK yang cuma berharga B$1 sahaja! Kira RM3.05 duit Malaysia. Nasi Katok ni ada nasi putih, ayam goreng dan sambal. Kira murahlah ni! Kami punya ganti sayur sebab sambal dah habis. Semuanya masih panas-panas...memang berselera kami makan! Makan kat mana? Dalam kereta je lah! Hehehe..memang jimat habis dah ni. Untuk basuh tangan dan air minum memang ada bekal dalam kereta ni, takde masalah. Licin masing-masing makan.

Sebenarnya, sejak dari Kuala Belait lagi saya dah terpandang kedai/warung  tulis 'Nasi Katok'. Maksudnya, kat Brunei memang terkenal dengan nasi ni. Jadi agak rugi kalau tak mencuba. Cuma sayang sekali, tak dapat rasa sambalnya sebab dah habis. Bukan rezeki kami.


Balai Bomba Bandar Seri Begawan. Tak besar, sesuai dengan tempat ni yang tak besar dan tak ramai penduduk. Gambar ni saya ambil semasa kami sedang cuba cari jalan balik ke Miri. Masuk je mana-mana jalan.


Tiba-tiba...lalu pulak istana. Memang nampak gah walau sekali lalu je nampak. Tak sempat nak berhenti sebab kenderaan kat belakang banyak. Bahaya pulak nak berhenti tiba-tiba. Nak patah balik memang tak tau jalan. Ini pun main agak-agak je jalan ikut signboard tulis Seria (mujur sebelum ke Miri saya dah printscreen tempat-tempat yang perlu dilalui untuk ke BSB dan dah hafal turutan nama tempat). Untuk balik ke Miri, kami cari signboard tertulis Seria atau Kuala Belait.

[info] ISTANA NURUL IMAN merupakan kediaman rasmi sultan Brunei. Tercatat sebagai kediaman istana paling besar di dunia oleGuinness World Records. Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang.


KEMBALI KE MIRI 
Perjalanan diteruskan, dan akhirnya kami selamat melepasi sempadan di Miri sebelum jam 4 petang. Memang singkat sungguh masa kami di Brunei. Tempat dalam senarai yang tak jumpa - Tamu Kianggeh (rasanya memang dah lalu kat tepi sungai tu, tapi bila nak patah balik tak jumpa jalan pulak). Tapi tidaklah terkilan, sebab tujuan asal kami ke Brunei sekadar nak melihat-lihat bagaimana rupa Brunei. Lebih tepat lagi rupa BSB. 

Pada pemerhatian saya, BSB bukanlah seperti bandar besar di negara kita yang sesak dengan bangunan dan sarat dengan manusia. Bandarnya agak ringkas, nampak kurang landskap hiasan dan sangat kurang papan iklan (kalau ada pun, nampak usang). Juga kurang signboard sebagai panduan ke tempat-tempat tumpuan pelancong (mungkin kerana industri pelancongan bukan sesuatu yang penting bagi Brunei). Dari segi penduduknya, setakat yang saya temui agak ramah dan sudi menjawab pertanyaan saya dengan baik. Berjumpa di tangga masjid pun mereka memberi salam kepada saya. 


* Nota : Kadar tukaran wang masa saya pergi ni adalah B$1 = RM3.05. Saya tukar di Semenanjung.


....bersambung hari ketiga - Taman Negara Niah yang wow!...

18 comments:

  1. Assalamualaikum Ujie
    Ya Allah dh sampai Brunei ke
    Kaknoor mmg tinggal kt Brunei tapi kat Kuala Belait dan kalau nk ke Bsb hanya 1 jam je perjalanan, kalau gtau kaknoor bolehlah bawa jenjalan, banyak lagi tempt yang Ujie tk jalan diBsb ni, kampong air yg menjadi legenda di Brunei ni, hotel Empire yg boleh dilawati oleh siapa saja, kalau ada kwn kaknoor dri Malaysia mmg disini kaknoor bwak lepak Ujie best hotelnya 7 bintang ..lain kali nk dtg Brunei bgtau kaknoor ya boleh lah berkenalan dan bawak jenjalan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikum salam, selamat berkenalan Kak Noor! ^_~
      Insya Allah lepas ni kalau ada nak ke BSB, bolehlah contact akak. Senang ada org tempatan yg bawak.

      Delete
  2. Walau pergi pakai redah tapi tak membimbangkan di Brunei ni Ujie
    Cuma duit dia macam SGD exchange rate memang agak tinggi.
    Masjid-masjid dia cantik menawan mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, mmg tak rasa bimbang.

      masa tukar kat Money Changer aritu, rate mmg sama je Singapore & Brunei.

      Delete
  3. Aman je brunei ni ye..
    Cantik2 masjidnya.
    Walaupun sekejap, tp tetap seronok kenal tempat org kan kak.. lps ni blh la pegi lagi ye, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sekejap tapi seronok dpt tengok negara org. :)

      Delete
  4. orang kata kalau terserempak denngan raja mesti dapat duit. betul ke? belum pernah sampai brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi susah nak terserempak dgn raja kan..hehee

      Delete
  5. wahhh.. teringin nak pegi brunei.. tp tak tahu bile.. sumenye murah2 betul kat sane.. huhu

    ReplyDelete
  6. Best nya dok brunei.minyak murah..makan pun murah..tapi kalau kita nak pi jalan2 sana rasa mahal la sebab duit kita kecik..hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..tu pasal saya tak beli apa pun, makan nasi Katok $1 je sudah lah. Jimat, janji boleh tengok tempat org.

      Delete
  7. Kalau dah terlanjur ke Miri bolehlah kot terus ke Brunai ye Ujie.... mungkin dekat sikit kot dengan sempadan Brunei tu. Yelah Ujie, bandar Brunei nampak mcm tak sebok kan. Lain kali bolehlah contact Kak Nor, panjang sikit langkah tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ke Miri mmg rugi tak teruskan ke Brunei kak, sbb Miri kat sempadan Brunei. :)

      Delete
  8. masa ke Miri tak berpeluang sampai ke Brunei. Rugi betul rasa. Tempat yang cantik dan membudayakan Islam. Untungnya dapat ke sana

    ReplyDelete
  9. bandarnya nampak macam tak sibuk, tenang je senang pula nak berjalan-jalan kalau macam tu kan, sesat pun ada penduduk yang sudi menjawab pertanyaan, kira bagus sangat dah ni

    ReplyDelete
  10. nasib baik gi berdua kan..kalau sorang2 tak tahu lah nak meraba ke mana ni...
    ingat kan nasi berlauk kan katak..hehehhe...kalau kat ganu katok itu adalah katak..hahahha

    ReplyDelete
  11. Skrg JM check usd RM4.469 sah la x dpt brunei dollar RM3.05

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...