Monday, 13 January 2014

Hood & Hob

Semalam merayau cari 'cooker hood & built-in hob'. Punyalah penat...keluar masuk kedai elektrik sekitar Bandar Baru Bangi. Saya kira-kira ada 7 buah kedai saya dan suami masuk. Ada satu kedai tu offer promosi RM1500 untuk pakej hood & hob jenama ELBA. Tambahan percuma pilihan yogurt maker atau popcorn maker. Menarik! Memang saya dah tertarik dan setuju je. Sesuai untuk kami yang bajet tak besar mana. Kepala pun dah fikir...aku nak pilih popcorn ke yogurt ek?
 
Lebih kurang macam ni rupa hood ELBA tu. Suction power: 1000 m3/hr.
Cukuplah 1000 tu kan?
 
Pun lebih kurang macam ni hob yang ditawarkan. Ada 3 burners.
Apasal nak 3? Entah, macam best je.
 
Tapi, ketua keluarga tak setuju pulak. Tak taulah tak setuju dengan harga atau dengan ELBA tu. Sambung rayau kedai lain. Lepas tu saya dah diam dek keletihan. Penat badan keluar masuk kedai dan letih otak terima banyak info. Antaranya, hood kat atas tu tak mesti kena pasang hose/ buat ducting (untuk buang asap dan bau ke luar rumah). Bahagian atas tu boleh je tutup dengan filter. Kecuali kalau suction power lebih 1000, tu mesti kena buat ducting.

Kepada korang yang ada guna hood & hob ni mohon kongsi pengalaman dan cadangan. Maklumlah, rumah saya selama ni takde benda-benda gini.
 


37 comments:

  1. Akak guna jenama ELBA tu ujie.. dah 7tahun guna, still okey... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. testimoni yg membantu..thanks kak.

      Delete
  2. sorry tak dapat membantu..tapi teruja dengan hadiah yg ditawarkan..hahaha..

    proses pencarian begini memang memenatkan..saya cadangkan agar buat research di internet sebelum pergi ke kedai.. baca review setiap jenama dan bandingkan dengan keperluan ujie dan husband..nak yg macam mana..budget berapa etc.. lepas tu baru pegi kedai untuk belek.. so takde lah penat sangat berpusing pusing mencari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai mesti tertarik yogurt maker tu kan.. :)

      Mmg dah buat internet research, biasa review org tak sebut specific kod model. Dan harga pengeluar kat web pun tak mesti sama dgn kat kedai. Ikut promosi kedai . Tu yg kena tengok sendiri. Ikutkan saya...survey 3-4kedai dah cukup. Tapi suami ni terlebih rajin...layaan je lah. :D

      Delete
  3. Terlanjur nak membeli tak apalah Ujie cari sampai yg betul-betul berkenan. Kalau boleh mungkin suami Ujie nak yg lagi best. Tapi dapur kakak pun guna 3 burner juga.. bila nak panaskan lauk banyak serentak 3 periuk sekali cepat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tu la nampaknya..dia nak lagi best. Padahal isteri dia masak bkn best pun..nak dapur best. :D

      lagi semangat nak 3burner tu bila kak zakie ckp camni..

      Delete
  4. Sekarang ni memang rata2 orang guna 3 burner.. nak komen pun tak tahu sebab yg ada kat rumah pun bukan beli tapi hadiah hehehee.. :D

    ReplyDelete
  5. saya pun tak pernah lagi ada dapur gini hahak..
    buatlah pilihan yang berbaloi..elba tu macam dah best jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? modern gitu..dpt hadiah lagi..

      Delete
  6. Kak Nurul di kampung guna jenama IKa,setakat nie ok je.Hargannya kak Nurul dah lupalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah dengar gak jenama ni. tapi blm jumpa lagi.

      Delete
  7. Kalau saya, apa isteri syor tentang barang dapur semuanya saya ikut aje, sebab dia lebih pakar soal2 dapur. Kalau soal barang2 kereta pula, giliran dia yg ikut saya...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm bab hood hob ni mmg saya tak pakar pun..hehehe..tu la pasal.

      Delete
  8. saya pun macam suka je yang dapur 3 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal nanti pakai 1..2 je..gaya lebih. :D

      Delete
  9. Pon takde pengalaman jugak nk membantu. Umah skrg ni pon takde benda ni. Kenapa suami tak setuju beli yg elba tu? Harga dia mahal ke? Atau jenama elba tu tak bermutu? Kalo saya, sy akan pilih yogurt maker. Sbb popcorn boleh buat guna dapur biasa. Diana senyum2 yg ajar. Keke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahle..blm berkenan kot. Harga ok dah, sesuai dgn bajet. Tapi dia mcm tak caya dgn si Elba ni kot. Saya ok jer..

      mmg pun, masa tu saya dok teringat Diana buat popcorn guna kuali je. Tak payah popcorn maker segala. :D

      Delete
  10. assalam ujie..acik tak guna tu ujie..tak dapat nak tolong bagi pendapat/pandangan

    ReplyDelete
  11. kena tebuk lubang dinding untuk salur hose asap tu keluar, penutup hose pun rasanya dia x jual skali...kena beli asing2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tebuk tu pun mahal..mau rm350 ke atas.

      Delete
  12. Rumah Akak pun tak guna hood ni. Jadi tak dapat nak tolong. Apapun suka tengok.

    ReplyDelete
  13. yang no 3 tu mungkin digunakan untuk panaskan lauk yang dalam bekas yang lebih kecil kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. kite langsung tak tahu pasal ni..bab tak pernah guna

    ReplyDelete
  15. Sy dah aim hood n hob jenama Zanussi. Cuma belum beli. Kedua brg ni, cuma RM1050 (lbh kurang). Ada jual kat kedai elektrik Seapark. Tapi takde free gift. Hood specs agak memuaskan hati. Suction dlm 1100. Dah tny contractor, tak payah psg ducting. Disebabkan sy ni rajin memasak, menggoreng dan menumis, kena beli suction yg power sket. Hahahaha~

    ReplyDelete
  16. sy pun gune elba dah 6-7 tahun jugaklah kat rumah skrg ni.. alhamdulillah okeyy sgt .. tp rumah baru kami beli rubine pulak.. saja tukar kebetulan ade offer baru ni .. harap oklah untuk rumaah baru nanti.. saje beli awl sbb promosi

    ReplyDelete
  17. cam ok je harga 1500 tu..ramai y guna ye?sangat berminat..sebab umah saya tak buat pun lagi..

    ReplyDelete
  18. tumpang tanya kalau tak nak pakai ducting, apa cara boleh kita buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak ducting...boleh cari yg DUAL MODE : fume outlet/recirculation option. Cth brand hood yg ada dual mode - Fagor & Elextrolux.
      Atau pun kalau yg takde Dual Mode, boleh beli Charcoal Filter utk tutup outlet. Cth, Elba kat entri atas ni.

      Delete
  19. huhuhu saya dah beli jenama lebensstill hood hob n oven rm 4900..dapat free give buit in microwave..x sabar nak guna waktu masuk rumah baru nanti....bagi saya kalau nak beli barang2 mcm nie..kene beli kat expo homedac ke br dpt harga promosi...tapi kene tahan iman la...klu ikot nak beli rubine je...tetiba salemen tu pandai tunjuk marang die..trus terambil jenama nie...(^_^)

    ReplyDelete
  20. Salam.
    I suggest lps u survey di Internet you list down brand (bukan model) sb normally people cerita pasal reliability of each brand. So once u decide which brands and ciri ciri yg u nak .bila u gi kedai u dah tau awhat u look for. U tgk your badget. And remember u nak beli hood n hob...NOT free gifts tu. So focus on hood n hob. Klu badget u tight i suggest u consider rubine elba zanussi for asian coking. 2 burners dah cukup unless klu hob tu a da ruang yang cukup luas utk you pakai ketiga tiga burners at the same rime. Hope this help.

    ReplyDelete
  21. Misi mencari jugak.. Thanks for the info

    ReplyDelete
  22. good info.. tengah mencari jugak untuk rumah baru..

    ReplyDelete
  23. Good Info. Tengah cari juga tuk rumah baru. Ada minat juga dengan DeLonghi brand coz husband suka dia ada install skali dengan buat lubang kat dinding. Ada kah yang tau brand tu okey ke tak ? Mohon infonya

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...