Friday, 9 December 2011

Weton dan Ramalan Karektor

Apa itu WETON?
Weton adalah hari kelahiran mengikut kalendar Jawa. Ya, memang ada kalendar Jawa! Dalam kalendar Jawa akan ada 5 hari pasaran Jawa iaitu LEGI, PAHING, PON, WAGE & KLIWON. Maaf, saya tak dapat menerangkan lebih lanjut mengenai 5 perkataan ini sebab saya sendiri tak memahaminya.

Weton merupakan gabungan 7 hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad dengan 5 hari pasaran Jawa seperti di atas.

Weton dan Ramalan Karektor Individu
Menurut kepercayaan Jawa, karektor seseorang itu dapat diramalkan mengikut hari kelahirannya. Sebab tu orang Jawa dulu-dulu akan segera merekod weton bagi setiap kelahiran baru. Bagaimanapun ia masih boleh diketahui dengan cara menghitung nama dan tarikh kelahiran seseorang. Setelah tahu weton seseorang, kita dapat meramalkan karektornya! Sekali lagi, saya tak tahu cara mengiranya ya. Tu kerja orang-orang lama.

Contohnya: setelah dibuat pengiraan, weton saya jatuh pada hari Sabtu Pon. Kemudian ada ramalan karektor bagi individu yang lahir pada Sabtu Pon tersebut.

Hukum Mempercayai Ramalan
Sebarang perbuatan meramal dan mempercayai ramalan adalah HARAM. Ramalan cuaca tak haram ya, sebab ia guna satelit untuk tengok awan. Setakat mengetahui weton (tarikh lahir Jawa) memang tiada masalah, asal jangan mempercayai ramalan untuk tarikh lahir tersebut. Lebih memburukkan keadaan apabila weton ini digunakan dalam meramalkan kebahagiaan rumahtangga bakal pasangan suami/isteri.

Untuk penerangan yang lebih meyakinkan mengenai hukum meramal ni, sila rujuk link berikut:

*Adat budaya dan kepercayaan masih boleh kita ikuti, selama mana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.*


p/s: Kepada orang-orang Jawa yang membaca entri ni, sila betulkan jika ada mana-mana bahagian yang saya tersilap tulis. Sumber entri ini berdasarkan temubual dengan mak saya dan carian di internet.

15 comments:

  1. hehhe..
    info baru ni..
    x pernah dengar.. :)

    ReplyDelete
  2. adat kita ni kadang2 ada yang tak blh nak ikut sangat,pelik tapi benar orang kata sis..hehee

    ReplyDelete
  3. Malam Jumaat keliwon biasanya dikaitkan dengan unsur2 mistik, kenapa agaknya...

    ReplyDelete
  4. lia:
    org jawa pun blm tentu tau..ni org2 lama je yg tau. pun bkn semua..

    ws:
    adat dikelek, agama dijunjung.
    agama didahulukan, adat menuruti.

    mie:
    sampai ada cerita psl Keliwon kan..
    nanti la nak tanya mak, ada apa dgn mlm jumaat kliwon tu..

    ReplyDelete
  5. yg akk penah denga kliwon je..sbb penah tgk cite indon malam jumaat kliwon..seram..

    cane dgn ramalan dalam kitab tajul muluk..penah jugak baca kitab tu..byk bahas kiasan..yg perlu kita percaya hanya satu..hanya DIA :)

    ReplyDelete
  6. tihara:
    taktau la apsal kliwon dikaitkan dgn seramm..

    tajul muluk? tak penah baca..tp asasnya apa2 ramalan utk perkara yg tak nampak ni, haram utk percaya.

    ReplyDelete
  7. slmt pagi sis..

    apa benda nak buat hujung minggu mcm ni?hheee

    ReplyDelete
  8. td pening kat belog ghostwriter singgah sini dah nak pengsan huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. ws:
    pagi achie..
    sawang..habuk kat bilik tu dah buang??
    cadar dah wangi?? awek 3 ekor dah mandi? *___^

    eu:
    apsal..pening dgn weton ya? hehe..

    ReplyDelete
  10. salam ujie..,

    thanks about that info....

    ReplyDelete
  11. betul tu..percaya kepada horoskop pun haram gak..kalau baca suka2 boleh laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. masih ramai lagi yang adat diutamakan..
    agama diketepikan..

    ReplyDelete
  13. Wife papa mifz org jawo,tp tak ponah lak dio citer pasal ramalan2 nih

    ReplyDelete
  14. azmnor:
    ^__^

    azlan:
    tapi hati2..takut suka2 jadi percaya.

    diana:
    biasanya org lama yg sukar nak ubah..org muda lebih terbuka menolak adat demi agama.

    papa mifz:
    biasalah..adat kepercayaan lama ni jrg org muda tau.
    tapi tak tau pun takpe..bkn benda yg ada manfaat pun.

    ReplyDelete
  15. awek 3 orang tu takut mandi sis.hehee dah siap sepenuhnya projek sangkar tu.hehehehee

    Asal tak update??bz?

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...