Wednesday, 24 August 2011

Fikir Dulu, Baru Salam!


Hari Raya kian menghampir,
Seawal pagi raya, kita akan saling bersalaman...
Memohon kemaafan sesama keluarga, saudara mara & teman-teman.
Kemaafan sesama manusia telah diperoleh,
Malangnya kemurkaan Allah juga telah diraih.
Akibat bersalaman...tanpa berfikir!

Fikir dulu...siapa Mahram selamanya bagi kita,
Baru boleh salam!

Ipar yang berlainan jantina...haram kita bersentuhan.
Kerana dia boleh kita nikahi,
Setelah tiada ikatan suami/isteri dengan pasangan kita.
Pakcik/makcik yang bukan adik-beradik dengan mak ayah kita..
Juga sama seperti ipar tadi...haram kita bersentuhan.
Kerana mereka hanya 'haram sementara', bukan 'haram selamanya'.

Sebab itu penting bagi kita ambil peduli,
Susur galur keturunan keluarga,
Supaya kita tahu...siapa halal dan siapa haram bagi kita.

Jika yang 'haram' menghulur tangan...
Berikan senyuman, anggukan kepala tanda hormat..
Ucapkanlah.."Selamat Hari Raya".
Selepas dari itu dia pasti mengerti,
Antara kita dan dia...ada batasan!

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul ya.

p/s: untuk lebih mudah, segeralah kita menyapa orang lain dahulu sebelum mereka manyapa dan menghulur salam.

*Mahram- orang yang ada pertalian darah dan diharamkan berkahwin dengannya. Samada haram sementara atau haram selama-lamanya. Haram sementara seperti ipar. Haram selamanya seperti adik-beradik kepada mak ayah kita.

6 comments:

  1. Terima kasih utk peringatan ini.. ^_^

    ReplyDelete
  2. lily: sama2..peringatan ni utk diri saya juga. Yg sering lalai dn lupa.

    ReplyDelete
  3. antara kita dan dia.. ada batasan.. like this.. :)

    ReplyDelete
  4. yang menghulur tu pun kena faham jugak..kan??
    kadang2 ada yang serba salah nak salam,jadi terpaksa salam la jugak sebab nak jaga hati..
    tapi halal haram tak nak jaga..
    terima kasih mengingati..:)

    ReplyDelete
  5. diana: hmm..mmg selalu gak jadi gitu. org selalu fikir, asal sedara je boleh salam. tu lah saat kritikal camne kita nak tolak cara terbaik.

    h.j: sama2!

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...