Monday, 15 December 2025

Catatan Hujung Minggu | 13 - 14 Disember 2025

Catatan 13 - 14 Disember 2025

Hujung minggu yang baru berlalu saya dan Encik Suami balik ke rumah NS, Encik Suami ada sedikit urusan perlu diselesaikan. Hari Jumaat malam Sabtu kami naik pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah dan turun di KLIA. Sampai di rumah NS sudah pun menghampiri waktu tengah malam.

Pagi hari Sabtu kami ke Damansara untuk urusan Encik Suami. Sarapan kami - nasi lemak.

Selesai urusan, petangnya saya ajak adik saya sekeluarga berjumpa dan makan-makan di Gastrohub, Nilai. Sebelum ini kami sama-sama menetap di Nilai, memang kami selalu berjumpa dan anak-anaknya pun agak rapat dengan saya. Sejak saya berhijrah ke utara, kami hanya berjumpa bila sama-sama balik kampung di Johor. Alhamdulillah kali ini masing-masing ada masa lapang, bolehlah kami berkumpul di Gastrohub.

Makan tengah hari merangkap makan malam saya.

High tea set. Kalau datang berdua saja dengan Encik Suami, tak berbaloi ambil set ini sebab cuma saya seorang saja yang suka makan kek dan pastri. Kali ini ramai, bolehlah berkongsi rasa itu sikit ini sikit.

Selesai makan-makan, balik rumah terus buat kerja - saya vacuum dan mop lantai di atas dan bawah, manakala Encik Suami uruskan kerja pembersihan di luar. Beginilah bila sesekali balik rumah tinggal, kena kerja lebih sikit.

Hari Ahad pagi kami ke KLIA untuk penerbangan pulang ke utara. Pukul 10.30 pagi kami makan di Petit Cafe Chef Wan. Lapar sungguh rasa, bila kira-kira rupa-rupanya dah lebih 17 jam kami tak menjamah makanan 😄

Ada perubahan baik di Petit Cafe Chef Wan - pesanan boleh dibuat dengan cara imbas kod QR di meja dan makanan akan dihantar ke meja. Sebelum ini perlu buat pesanan di skrin luar kedai - jadi sedikit sesak dan perlu beratur hanya untuk buat pesanan.

Kira-kira pukul 2.30 petang, pesawat yang kami naiki tiba di ruang udara Alor Setar, Kedah. Menarik sungguh pemandangan dari udara - sawah padi menghijau di bawah sana.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Perlis, kami singgah membeli keperluan di Lotus’s Jitra. Ternampak ubi ngaku (arrowhead) ni, saya beli sedikit nak buat kerepek. Terbayang rasanya sedap berlemak.