Tuesday, 31 October 2017

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson

15/10/2017
Kunjungan pertama saya dan suami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang baru je saya tau kewujudannya. Kesian dan agak memalukan...duduk Negeri Sembilan dah lama, tapi cuma baru-baru ni je tau ada hutan rekreasi kat Port Dickson (PD). 😆😆😆

[Info] Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak kira-kira 20 km dari bandar Port Dickson. Ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Tanjung Tuan, di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah Melaka. Fakta menarik tu - ia terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi kepunyaan Melaka. Tanjung Tuan juga dikenali sebagai Cape Richardo.

Merupakan satu-satunya Hutan Dipterokarp Bukit Pantai yang ada di Melaka. Ia meliputi sedikit Hutan Paya Bakau dan Hutan Persisiran Pantai.

Untuk ke sini, buat carian Google Maps 'Tanjung Tuan Forest Recreation' atau 'PNB Ilham Resort'.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan di buka dari 7 pagi hingga 6 petang. Bayaran RM1 dikenakan untuk pengunjung berusia 12 tahun dan ke atas. (sumber info : wikipedia dan forestry.gov )

Imej dari Google maps. 
Tengok peta barulah kita dapat sedikit gambaran tentang tempat ni kan..
----------------------------------------------------------------------------------------------
Okey, jom kita mulakan penjelajahan! 👇

1. Hutan Rekreasi ni terletak sangat dekat dengan PNB Ilham Resort, kira macam hutan ni sebelah/depan resort jelah. Pengunjung boleh parking kat kawasan luar resort ni. Kami tiba hampir jam 10 pagi, dapat parking jauh sikit. 

Masuk gerbang tu, terus beli tiket di pondok sebelah kiri. Jalan sikit, sebelah kanan ada tandas. Selesaikan apa yang patut, sebab lepas ni takde tandas. Teruskan berjalan di laluan jalan tar. Untuk yang kurang stamina macam saya ni, mencungap jugak bila mula mendaki. Jumpa yang landai...baru lega! 

2. Kira-kira 10 minit berjalan di laluan tar, kita sampai di kaki bukit menuju ke Rumah Api. Oh ya, kalau nak mendaki ke Bukit Batu Putih - ada laluan di sebelah kanan jalan, sebelum tiba di kaki bukit Rumah Api ni. Ni kita cerita lain kali, sebab trip kali ni saya tak mendaki ke Bukit Batu Putih. 

Jom menapak anak-anak tangga tu untuk tengok pemandangan dari atas Rumah Api! Ok, memang meletihkan....

3. Dah sampai atas, boleh nampak laut membiru kat bawah sana. Cantik tau! Masa ni memang sesak kawasan ni, tak dapat nak ambil gambar elok. Nampak kumpulan yang bawak barang macam nak berkelah tu? Ya, memang boleh berkelah kat pantai. Kena turun ke bawah.

Rumah Api? Tak boleh masuk. Okey, jom kita turun ke pantai pulak! Caranya - selepas naik tangga menuju Rumah Api, jalan depan sikit, di sebelah kiri ada laluan bertangga turun ke bawah. Sebelum tu saya dah tanya seorang pengunjung mengenai laluan ke pantai (sebab takde papan tanda pun!), katanya tak jauh dan senang turun. Tapi...nak naik balik yang susah! Alamak...

4. Laluan landai...sukanya saya dapat jalan dalam hutan, tenang hati!

5. Hampir keseluruhan perjalanan perlu menuruni anak tangga. Penat!
Excited bila terdengar bunyi ombak. Semangat!

6. Yeayy...lepas ~15 minit jalan dalam hutan, kami pun sampai kat pantai cantik ni! 
Alhamdulillah....Orang tak ramai. Kami cari port bawah pokok, rehat-rehat dan makan coklat sambil layan pemandangan depan mata. Tenang!

7. Pemandangan di sudut lain. Cantik jugak!

8. Lepas tu kami meredah masuk ke sini, untuk ke bahagian pantai lain. 
Kirinya, lepas turun tangga tadi ada pilihan nak ke pantai sebelah kanan atau kiri. 
Perasan tak ada buaian tu? Di sebelah kanan gambar, konon nak naik. Tapi segan sebab kawasan ni agak ramai orang. Saya pulak dah tahap makcik-makcik, buruk pulak orang nampak kita sibuk nak main buai! 😃

9. Kat sinilah pengunjung berkelah dan bermain air. 

10. Bahagian pantai yang ni pulak, dipenuhi semacam rumpai/tumbuhan laut. Kalau tengok dekat, macam jaring halus. Hati-hati jalan atas dia, sebab agak licin.

Dah puas merayau kawasan ni, jomlah kita balik. Kena mendaki anak-anak tangga tadi untuk naik ke atas. Memang betul kata pengunjung tadi, nak naik balik memang sangat menguji stamina. Saya kerap berhenti untuk susun nafas. Tak cukup nafas! Hahaa...

Sempat bertanya kepada sekumpulan pengunjung remaja perempuan, katanya laluan ni jauh lebih susah dari mendaki Bukit Batu Putih! Mereka dah ke sana, barulah turun ke pantai.

----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...kembali ke pintu utama setelah hampir 1 1/2 jam. Pengalaman yang seronok. Badan penat, minda segar! Insya Allah nanti kami kembali lagi untuk mendaki Bukit Batu Putih pulak. 

Beberapa hari lepas tu, saya dapat info bahawa ada laluan alternatif untuk naik dari pantai. Tak perlu mendaki anak tangga. Laluan yang lebih landai. Nanti kita cuba!


***update : kawasan pantai ini dikenali sebagai PULAU INTAN***

12 comments:

  1. Salam...wah menarik la..tau memang ada hutan reakreasi kat Tanjung Tuan..tp xde geng nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam Amanda, hihi..memang ada tarikan tersendiri tempat ni. Cari la geng ya.. :)

      Delete
  2. Salam kak ujie.. Menarik ni..
    Kami dulu penah sampai ke pnb ilham resort je. Masa tu da petang. Tak explore pun area situ. Lagipun masa tu tgh pregnant aisyah, so tak larat nk berjalan sgt.. Hihi.. Lain kali boleh la explore tempat2 mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam Ira, petang2 mmg takyah masuk hutan. Lain kali aje..

      Delete
  3. Punyalah banyak kali ke PD tapi baru ni tau PD ada hutan simpan.
    Kurang minat aktiviti naik turun bukit mcm tu Ujie...risau lemak hilang haha....

    ReplyDelete
  4. cantiknye...tapi mengenang kena turun naik tangga tu...huhuhhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa naik tangga balik tu, mmg rasa tobat! hahaha

      Delete
  5. Dah lama x buat aktiviti mendaki ni..sesekali buat best gak..baru tahu eh? 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM mana sempat nak mendaki ni, busy terbang sana sini. hehee

      Delete
  6. best nyer kak..dah lama sangat tak beriadah gini...

    apasal plok berjanggut bagai muka tu..masam plok kak..x cun lah macam ni..hahhahaha

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****