Tuesday 25 October 2016

MIRI | Hari Pertama : Canada Hill & Makan-Makan

17/10/2016 Isnin

Alhamdulillah...saya dan suami selamat tiba di Lapangan Terbang Miri, Sarawak sekitar jam 11pagi, setelah kira-kira 2jam penerbangan dari KLIA. Kembara kali ini kami berpeluang menaiki pesawat MAS, sebab dapat tiket dengan harga menarik - RM275.60 pergi balik untuk dua orang. Dapat harga ni sebab tebus mata ganjaran kad Enrich, promosi sempena Hari Malaysia yang lalu. Boleh pilih tempat duduk, dapat makanan dan dapat 30kg check-in bagasi. Oklah tu kannn!

INFO RINGKAS MIRI
sumber gambar : Wikipedia

Miri terletak di bahagian utara Sarawak, ia merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak. Mendapat status Bandaraya pada tahun 2005. Bandaraya Miri maju kerana kaya dengan sumber asli, terutamanya Petroleum. Miri juga terletak disempadan Brunei, jadinya kalau kita ke Miri jangan lepaskan peluang melawat Brunei. 


KERETA SEWA
Untuk memudahkan pergerakkan, kami sewa kereta. Kononnya untuk berjimat kami nak naik pengangkutan awam je, tapi kajian saya mendapati ianya agak sukar dan kosnya mungkin lebih tinggi berbanding menyewa kereta. Tambahan pulak, kami bercadang nak ke luar Miri - Taman Negara Niah, yang terletak agak jauh dari Bandaraya Miri. 

Saya hubungi beberapa penyedia servis sewa kereta, dan akhirnya memilih Grenax Car Rental Miri 017-855 6488. Kami sewa kereta Axia (A) dengan bayaran RM410 (ambil jam 11pagi 17hb. dan pulang jam 5petang 20hb.).  Harga tersebut sudah termasuk caj outbound sebanyak RM50, sebab kereta akan dibawa ke Brunei. Sebenarnya, saya rasa agak mahal caj yang dikenakan. Tapi memang itulah harga terbaik yang saya boleh dapat, berbanding harga yang ditawarkan oleh penyedia servis sewa kereta lain. (info tambahan, selain Grenax korang boleh jugak dapatkan kereta sewa dari Arol 014-895 5628).

Sebenarnya agak pelik sedikit bagi saya, bila nak sewa kereta kat Miri ni diorang tanya kita nak ke mana. Ada caj berbeza jika kereta di bawa ke luar Bandaraya Miri, dan cara caj tak sama bagi setiap penyedia servis.


NASI LALAPAN, RESTORAN MUARA
Dari lapangan terbang, kami menuju ke Restoran Muara yang terkenal dengan Nasi Lalapan. Mana saya tahu terkenal? Ni semua hasil carian di internet. Dan dengan bantuan Google Maps memang mudah je nak ke mana-mana. Restoran ni ada di dua lokasi, kami pergi ni di Waterfront Miri.


Lalapan Tenggiri kepunyaan saya, dan suami pulak order Lalapan Tongkol. Dihidangkan bersama sepiring nasi dan semangkuk kecil sup kosong. Menurut tekak saya, ia sedap sebab nasi lembut, tauhu/tempe/ikan masih panas dan garing! Sambal pun sedap dan banyak. Tapi...harganya agak mahal. RM12.70 untuk Lalapan Tenggiri dan RM10.60 untuk Lalapan Tongkol. Sesekali merasa...

[info] Lalapan berasal daripada Indonesia. Lalap merupakan sayur-sayuran yang disajikan bersama nasi dan lauk-pauk lain (ayam, ikan).


BLUEBERRY INN, PERMYJAYA
Lepas makan, kami ke penginapan bajet - Blueberry Inn di Permyjaya yang dah ditempah awal menerusi Agoda. Permyjaya ni terletak kira-kira 12km dari Bandaraya Miri.


Kena naik tangga kat tepi kedai Avon tu ya. Seronoknya menginap kat sini, sebab dapat mendobi percuma kat kedai MyDobi tu (sekali dobi untuk satu hari menginap). Kat sebelah Avon tu ada kedai serbaneka, kot nak beli air mineral pun senang. Kat deretan ni jugak ada beberapa penginapan bajet lain. Yang tak nampak, kedai makan Muslim. 


Alhamdulillah...dapat bilik yang memuaskan hati. Bersih dan tak sempit walau bertaraf penginapan bajet. Kami bayar RM249.33 untuk menginap selama 3 malam (RM83.11/malam). Staf kat sini pun beri layanan yang mesra dan baik.

Satu-satunya perkara yang tak menyenangkan - bunyi bising dari pusat hiburan berhampiran. Selepas pukul 10malam sehinggalah melewati jam 6pagi masih bising. Malam pertama, saya asyik terjaga sebab bising. Malam-malam berikutnya, tahap bising berkurangan dan badan pun penat. Memang tak sedarlah. Sebenarnya boleh je kami mintak tukar bilik, tapi malas pulak sebab dah serasi dengan bilik tu. Jadinya kalau korang nak menginap di sini, kenalah mintak bilik bahagian belakang untuk elak bunyi bising ni.


THE GRAND OLD LADY & MUZIUM PETROLEUM
Selepas berehat/solat di bilik, pukul 3 lebih kami keluar dan menuju ke Canada Hill (12km dari Blueberry Inn). Bukit ni tak tinggi, boleh naik kereta macam biasa.

Nampak bangunan ni kat sebelah kanan jalan, maka sampailah kita.... Inilah Muzium Petroleum. Masuk sini percuma je. Tapi kami tak masuk pun dalam muzium ni.

the Grand Old Lady iaitu telaga minyak pertama di Miri, terletak berhampiran bangunan muzium tadi. 

Telaga Minyak Miri No.1 / Miri Well No.1 yang lebih dikenali sebagai The Grand Old Lady. Saya masih tak faham kenapa panggil 'grand old lady'. Ada yang tau?


[info] Tempat ini juga merupakan telaga minyak yang pertama di Malaysia digerudi dengan cara alat kawat. Digerudi pada tahun 1910. Wow...106 tahun yang lalu?


Kat batu-batu tu semua ada info sejarah. Kalau rajin, bolehlah menatap satu persatu ya.

Dari atas bukit ni kita boleh melihat pemandangan Bandaraya Miri. Tapi saya tak merayau sekitar kawasan ni, sebab sana sini pekerja tengah potong rumput. Tak kena masa. Siap ada yang tanya, 'Dah siap dik? Kalau dah, nak potong rumput ni'. Adehh..potong mood saya nak posing tau! Hahahaa..


MADLI SATAY CORNER
Turun dari Canada Hill, kami menuju ke Luak Esplanade (pantai). Konon nak minum petang dan melepak situ sambil tengok matahari terbenam. Bila sampai, cuma ada beberapa peniaga dan pengunjung. Anjing pulak banyak berkeliaran. Mungkin sebab kami datang masa orang bekerja. Tak jadi melepak situ.

Kami tukar plan, menuju ke Bandaraya Miri dan cari Madli Satay Corner. Lokasinya di Jalan Merpati. Ni pun antara lokasi makan-makan (halal) yang terkenal di Miri. 

Mee Jawa dia memang sedap! Harga RM7.

Sate Ayam...suami kata sedap, tapi tekak saya tak berapa suka. Macam lebih rasa ketumbar. Harganya RM1.30/secucuk. Agaknya, memang mahal-mahal makanan kat Miri ni kan...huhuu.

Ni kira makan malam kami. Masa ni pun dah dekat waktu Maghrib, hampir pukul 6 petang (waktu Maghrib di sini sekitar jam 6.10 petang). Lepas makan, singgah beli sedikit keperluan di Giant, Permy Mall yang terletak berhampiran hotel kami menginap. Lepas tu balik bilik dan tak keluar lagi. Rehat-rehat je. Esok awal pagi kami nak bertolak ke Bandar Seri Begawan pulak.

23 comments:

  1. Singgah petang..>
    MIRI belum sampai lagi....
    insyaƁllah...coming soon...
    jemput join segmen bloglist..
    http://seindahcerita.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Ujie..
    Jejalan Sarawak pulak ye..
    Harga bajet yg murah tu ujie..
    Happy holiday..

    ReplyDelete
  3. saya pernah ke bintulu yang mungkin keadaannya hampir sama dengan miri (belum sampai). bunyi bising dari pusat hiburan tu perkara biasa disebabkan kegiatan ekonomi utama kat sini adalah minyak. jadi hiburan yang macam tu adalah penting untuk mereka.

    ujie biasa buat review makanan atau penginapan. nak tanya, macamana dengan rate harga kat miri ni berbanding tempat lain? sebab majoriti orang kat sana adalah bukan penduduk asal (pekerja minyak & gas) yang buatkan harga makanan menjadi lebih mahal. ini teori yang saya dapat lepas datang ke bintulu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintulu berjarak beberapa jam drive dari Miri, mungkin betul teori tu...pusat hiburan sbg hiburan mereka.

      Saya dapati, kalau penginapan memang banyak pilihan kalau nak murah. Banyak jugak yg offer penginapan hostel, mmg sangat murah.
      Tapi makanan kat kedai makan, mmg hampir semua mahal-mahal. Walaupun yang saya pegi tu kedai makan biasa-biasa je. Mmg tinggi belanja utk makan kat Miri. Setuju jugak dgn teori SM, mungkin sebab tulah makanan Miri mahal.

      Delete
  4. Kira murah sangat harga tiket ngan bilik tu ye Ujie. Dah dapat saved kat situ. Tak pernah lagi survey tiket flight. Mungkin sebab tak plan nak ke mana mana lagi kot...

    Apa yg menariknya kat Miri ni ye Ujie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, jimat kat tiket dan bilik. Yang lain tak dapat jimat...huhuu

      Miri tak byk tempat menarik kak, tapi okeylah dtg utk tengok tempat orang..bandar minyak.

      Saya tertarik dgn Miri sbb ada Tmn Negara Mulu, TN Niah..hehee

      Delete
  5. Barbaloi sungguh harga tiketnya... AA pun tak semurah itu.

    Best dapat pergi Brunei DS sekali... dua negara dalam satu trip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada refer kat blog en.mie jugak utk trip ke miri/brunei ni. hehee

      Delete
  6. Sesekali dpt peluang tiket/penginapan murah kena keluar lebih utk makan-makan pulak ye Ujie.
    Kalau abg selalu ke sana sebab companya dia meeting banyak ke S'wak tapi di Sibu bukan Miri.

    ReplyDelete
  7. miri dengan petronas takleh dipisahkan.

    ReplyDelete
  8. wah bestnya gi miri..harga tiket flight pun murah...
    hm mcm pelik jgk ada caj utk sewa kereta kalau luar kwsn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time sewa kereta yg detail gini..sabo jelah dah terpaksa.

      Delete
  9. murah tu kak naik MAS lak tu all in mmg murah sgt! JM lom ke Miri lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi obersi lagi boleh jimat kot berbanding pegi Miri ni..sini sewa kereta, makan mahal..hihii

      Delete
  10. Alhamdulillah dpt tiket flight dgn bilik yg murah. Mkn plak mahal ek kat situ. Ira x penah lg ke seberang sana.. teringin gak nk pegi.. tp xtau la bila hihi..
    Bagus akak share info2 ni,blh jd rujukan pd yg nk pegi miri nnt..
    Aah ek knp grand old lady? Mgkn sbb dia ibu telaga(telaga pertama yg digali) hehe.. agaknye la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tang mana 'perempuan tua'? ye kot..sbb yg pertama=ibu. Logik jugak tu Ira..bijak2! :D

      Delete
  11. betul..kalau ke Miri lebih baik sewa kereta. Memandu kat sana pun senang, driver dia bersopan

    ReplyDelete
  12. wah murahnya tiket MAS tu, seronok berjalan-jalan tengok tempat orang.

    ReplyDelete
  13. dok pernah lagi ke miri...seronok sangat2 baca catatan akak..macam turut sama gi melancong

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita šŸ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****