Thursday, 4 December 2014

Fabric Starch / Easy Ironing


Korang ada guna benda ni? Kot ada yang belum tau, inilah produk yang membantu dalam kerja-kerja menggosok pakaian supaya mudah hilang kedutan dan hasil gosokan lebih kemas. Benda ni memang tak asing lagi bagi penggemar tudung Turki jenama Akel dan sesetangah tudung bawal. Tudung material Polyester agak lembik dan bila dipakai agak susah nak dibentuk kat bahagian muka. Jadinya bila kita sembur starch masa kita iron, hasilnya tudung dah boleh terbentuk elok. Kalau tak memang lama menghadap cermin sebab tudung susah nak bentuk. 

Selamanya ni saya guna KIWI Fabric Starch tu, memang banyak membantu untuk iron kemeja kerja suami. Tapi masih ada masalah bagi sesetengah kemeja yang materialnya susah sangat nak hilang kedut. Sehinggalah saya terjumpa NOOR ARFA Easy Ironing masa pergi Terengganu. Masa saya beli ni ada harga promosi, tak sampai RM10 sebotol (250ml). Dia tulis situ untuk batik, tapi saya bukan guna untuk batik pun. Yang saya suka, produk Noor Arfa ni mampu hilangkan kedut pada kemeja kerja suami yang sebelum ni betul-betul susah nak hilang kedut. Lagi satu, produk ni berbau harum. Kira dua dalam satu - mengharumkan dan menghilangkan kedut

Mana nak beli? Saya beli kat kedai Noor Arfa di airport Kuala Terengganu. Atau boleh cari di kedai Pasar Payang. Kalau di luar Terengganu, maaf saya tak tahu ya. Kalau produk KIWI, dulu saya beli kat pasaraya besar (Tesco/Giant). Tapi sekarang macam dah takde pulak. Selain dua jenama ni, korang boleh cari jenama lain jugak.

**********************************************************
Nak tudung Turki yang tak perlu guna starch? 
Material Cotton, mudah dibentuk. Kalau pandai lilit, boleh jugak digayakan seperti shawl.

  
Klik DI SINI. 

14 comments:

  1. Anak dara kakak guna Ujie, tapi kakak tak pernah pun sebab yg ironkan semua kakak punya pun Mak Zah yg tolong. Tak boleh nak cerewet:)

    ReplyDelete
  2. yui ad tp jrg guna.. suka guna air biasa..huhuh

    ReplyDelete
  3. saya suka guna product cosway :)

    ReplyDelete
  4. salam,,iqha singgah sini ;)
    http://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html

    ReplyDelete
  5. acik guna jenama cosway ujie..ok juga dan wangi..tapi kalau jumpa yang Noor Arfa tu teringin jugak nak beli tu

    ReplyDelete
  6. kaum adam nak komen. tak pernah guna lagi benda ni. entah kan jenama pun tak tahu. hehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah pakai pun..saya main gosok je baju ..baju2 saya jenis yang tak payah pakai benda ni kot..heheh

    ReplyDelete
  8. dah lama cari kiwi starch tu. tapi bila pergi pasaraya, selalu je lupa. Yg noor arfa batik tu baru2 ni ada jumpa org jual kat kaki lima bgnn saya kerja ni. Tapi tak terfikir sgt nk beli.

    ReplyDelete
  9. nak carilah kak...tak tau pun ada alah ni..jakunlah ti rasa..akak duk kat mana terengganu..saya org terenggnau gak..excited lak jumpa orang senegeri..huhuh..salam perkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai dik, akak bukan org terengganu pun. Tu kebetulan ada g sana, jumpa lah produk Noor Arfa ni.
      salam kenal!

      Delete
  10. perlu guna supaya lebih kemas dan mudah untuk di iron

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try pun Ujie....mmg tak pernah guna pun benda ni. Selalu iron sembur pakai air jer...
    Wah bagus jugakkan Ujie....mmg ada jenis kain yg susah nak gosok!

    ReplyDelete
  12. selalu campur 3-4 titik softlan dalam air spray tu je..haha

    ReplyDelete
  13. Kalau iron tudung, guna easy ironing noor arfa utk dptkan easy shaping boleh kee??

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...