Tuesday 24 December 2013

Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Tajuk : Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Penulis : Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit : Utusan Publications & Distributors S/B
Harga : RM35
Muka surat : 400
 
Buku terbitan tahun 2010 ini merupakan himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau "Pena Mufti" di Mingguan Malaysia sejak 11 Mac 2007. Ia mengupas dan membincangkan pelbagai topik seperti pegangan masyarakat, hiburan dan politik dari sudut pandangan Islam.
 
Membaca buku ini membuatkan minda kita turut berfikir dan ada topik yang mampu menjernihkan persoalan yang bermain di minda saya. Sungguhpun saya suka membacanya, tapi berbulan jugaklah saya nak menghabiskan buku ini dek kemalasan minda menerima bahan bacaan yang kurang santai.
 
Petikan Buku
Topik : Bertanya Dalil
Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil tentang amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata-mata. Ada orang yang mengalami sakit mata dan telinga berkata: "Saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat, nanti batal puasa saya". Saya bertanya kepada dia: "Siapa yang menyatakan batal?". Dia berkata: "Ramai yang kata macam tu".
 
Dalam hadis disebutkan, yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. bercelak sedangkan baginda berpuasa.
(Riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani)
 
Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu Baginda tidak melakukannya. Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau dahaga pada bulan puasa, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu Asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedangkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam al-Mawata', Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd ar-Rahman meriwayatkan yang bermaksud:
 
Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah S.A.W. di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas."
 
(huraian selanjutnya baca di m/s 111, buku ini)
 
*Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang baru kita tahu. Begitulah luasnya lautan ilmu*


11 comments:

  1. Ujie, kat FB skg ni ada satu page galak gelarkan Dr. MAZA ni sbg ulamak wahabbi. Wallahualam. Tapi mgkn boleh bt comparison? Sebab buku2 hasil tulisan Dr. MAZA pun dipersoalkan. Mmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dia digelar pendukung wahabi, tapi saya buka fikiran utk baca apa sebenarnya dlm pemikiran dia dgn membaca buku ini. Dengan ilmu yg cetek ni, saya rasa byk perkara yg saya setuju dgn apa yg ditulisnya. Tambahan lagi wahabi setahu saya bukanlah ajaran sesat.
      Dlm buku ni jugak dia ada jawab isu tuduhan Wahabi ni.

      Delete
  2. saya akui.. masih banyak persoalan mcm ni yg saya tak tahu..sbb banyak dengar yg orang kata orang kata tu.. kadang kadang sampai keliru yang mana satu yg betul.. mcm kes yang mandi junub tu.. dari yg belajar masa sekolah dulu rukunnya simple je.. tapi disebarkan kat fb baru baru ni mcm sangat ketat syaratnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..kita kena ubah cara, berhenti ikut cakap org/adat kebiasaan tanpa dalil. Kena rujuk pada yg pakar utk jawapan yg tepat. Yg mandi junub tu..yg tersebar saya tak tau. Tapi yg betul mmg simple..asalkan rata. Yg lain tu cuma tatacara/panduan.

      Delete
  3. Saya suka keberanian Dr MAZA, tak kira kerajaan atau pembangkang, jika salah dia akan tegur. Tak seperti sesetengah ulamak yg berpihak mengikut parti yg didokongnya.

    Mengenai Wahabi, rasanya tak perlu diperbesarkan, orang Malaysia pun ambil haji di Mekah, di negara yg mengamalkan Wahabi, malah bila di Mekah kita bersolat berimamkan imam Wahabi....

    ReplyDelete
  4. Kelantangan suara Dr MAZA ini yg buat kakak salute dia Ujie.
    Persoalan harian memang banyak yg mendengar/ikut kata tetapi bukan dari hasil membaca bahan rujukan yg sohih itu yg jadi banayk tak betul Ujie.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya buku ni ujie... akak nak cari jugaklah...

    ReplyDelete
  6. jika benar kita katakan benar walaupun pahit agar kita jangan jahil selama-lamanya,ilmu perlu dicari,jadi buku ini antara cara mencari ilmu itu...

    ReplyDelete
  7. ilmu ni memang takkan habis kan kak? saya pun sekarang dah makin suka membaca :)

    ReplyDelete
  8. aritu time BBW ade gak beli beberapa buku..hopefully ia membolehkan saya bersemangat untuk membaca buku..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Betul ujie, kalo buku yang genrenya 'berat' macam ni mmg lama skit amik masa nak habis. Menarik buku ni. Semoga ada rezeki utk beli buku ni nanti.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****