Monday, 23 December 2013

Akukah Yang Cerewet?

Alhamdulillah, hari Rabu lalu saya dan suami dah dapat kunci rumah kami. Memang gembira sebab inilah rumah pertama milik sendiri. Tapi agak geram dan rasa tertipu sebab...
 
Ni bilik air master bedroom kat rumah contoh...tiles moden yang membuat saya jatuh cinta. Juga antara sebab saya setuju beli rumah ni.
 
Geram...inilah rupa bilik air master bedroom kat rumah saya. Lain!
Dah la lain, warna suram dan biasa-biasa je.
 
Mungkin ramai yang tak kisah, janji ada tiles dah okey la tu. Tapi saya rasa tertipu. Masa tengok rumah contoh lebih setahun yang lalu, beria sales person tu cakap.."Apa yang ada kat rumah contoh ni, semuanya sama dengan rumah yang akan kita buat". Disebabkan teruja tengok kemasan dalam rumah contoh tulah, saya setuju beli.
 
Andainya saya dapat rumah ni dengan harga rendah, saya mungkin tak berapa kisah. Tapi bila kita beli rumah dengan harga zaman sekarang yang melambung sesuka hati, tentulah saya rasa sakit hati! Ini baru satu perkara yang saya perasan, entah apa lagi yang berbeza di antara rumah contoh dengan rumah sebenar yang saya dapat.  
 
Tindakan kami? Buat surat kepada pemaju Sunshine Haven (pemaju utamanya Seri Pajam Development). Minta ganti yang cantik atau beri ganti rugi. Surat tu beri jugak kepada Jabatan Perumahan Negara (terima kasih blogger JR yang cadangkan dan beri alamatnya dalam entri lalu..) dan firma arkitek yang bertanggungjawab. Pada masa yang sama, kami dah bersedia sekiranya pemaju tak layan surat kami. Prinsip saya, jangan tewas sebelum berjuang! Kalau tak buat apa-apa usaha, seumur hidup setiap kali masuk bilik air ni saya terkenang-kenang pulak.
 
 
p/s: Seorang bakal jiran baru (lelaki) berkata, dia tak kisah lain. Janji ada tiles. Hmmm...akukah yang cerewet melampau?



31 comments:

  1. kalau sy pun x kisah sgt janji ada tiles .. lg pun corak yg baru ni lg cantik kak.. cuma warna dia memang suram.. tkt mudah nampak kotaran guna 2 3 tahun huhuhu .. xpelah hantar surat dulu yg penting usaha akak nak kebenaran tu .. manalah tau terbela .. ada rezekikan.. dia tukarkan.. yg penting cek tiles rumah jugak tau.. lagi² lantai ni.. dia mudah tertanggal dan retak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiles rumah blm sempat check lagi..dok sibuk check defect yg ketara dulu.

      Delete
    2. Salam, saya bukan pemaju dan bukan juga memihak pada pemaju. tapi kalau awak baca SnP, dah ada clause menyatakan semua yang tertulis dalam snp tu awak akan dapat. masa awak sign snp awak sepatutnya check jenis tile, saiz tile dan sebagainya. Jika dalam snp tak sebut pun tile corak geometri atau daun atau gambar animal etc, maka pembeli takde hak untuk menuntut selain dari snp.
      Di Malaysia kita takde clause/undang-undang yang mengatakan rumah contoh mestilah 100% sama dengan rumah yang hendak dijual atau rumah contoh tidak boleh mengelirukan. semua clause/undang2 ini tidak terdpt di malaysia. lain kes nya di UK atau Australia atau negara-negara lain.
      Selain itu, sebagai pembeli awak harus tau hak-hak yang boleh awak tuntut dan tidak boleh tuntut. contoh, jika rumah contoh buat partition, dan awak beli rumah takde partition. awak juga tak boleh tuntut partition di pasang seperti rumah contoh. sebab dalam snp ada layout plan, partition tambahan tidak termasuk dalam layout plan tersebut.
      Begitu juga kes sesetengah pembeli marah sebab tiles bilik air tidak sampai ke siling. sedangkan rumah contoh sampai siling. Tetapi dah dinyatakan dalam snp tiles hanya 2 meter dari aras lantai.
      Nasihat saya, sebelum membeli apa-apa, dan menandatangani kontrak, baca dan teliti dulu.
      Sales person pula ada org yang bertanggung jawab menjual rumah. tapi kata-kata agen/sp tidak ditulis dalam snp. munkin janji kosong.
      Apa-apa pun tahniah atas pembelian harta anda. dan harap lebih berhati-hati selepas ini.

      Delete
    3. ya, betul. Saya tahu ia (hal tiles) tiada dlm s&p. Sebab tu saya bersedia pemaju tak layan surat saya. Kalau ada dlm s&p, pasti saya akan berjuang habis-habisan.
      Dalam hal ini ada 2 tujuan saya menulis surat : 1) saya nak pemaju tahu bahawa ada pembeli yg tak berpuashati dgn tindakan tak beretika mereka. Hakikatnya mmg ada pembeli lain yg tak puas hati, cuma malas nak panjangkan hal. 2) sebagai pembeli yg kecewa, secara peribadi saya rasa lega slps hantar surat berbanding bising2 di belakang.

      kesan dari surat ini, mungkin sales person terbabit akan lebih berhati2 dlm berkata-kata.

      apapun, terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda. :)

      Delete
  2. bukan cerewet tu, menuntut hak tak salah sbb mmg dah dijanjikan akan dapat serupa..kalau saya, pun sy akan proceed dgn cara awak...byr dahla mahal iya dok..? gudluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tula..janji mulut. Kat s&p tak janji bagi tiles yg sama...kata sales person tu pulak. Huh..

      Delete
  3. pendapat saya, bukan nak cerewet. tapi kenapa janji lain dapat lain? lagipun, tu tandas kot. hari-hari nak masuk. kalau dibiarkan, takut menjadi-jadi pula berlaku dekat pelanggan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau kita terima je apa dia buat. Lps2 ni dia tak kisah buat kat buyer yg lain.

      Delete
  4. ini bukan soal cerewet ujie.. ini dah kira menipu.. lagi pun tiles dalam rumah contoh tu mmg cantik.. kalau saya pun teruja.. tetiba dapat tiles biasa biasa je.. mana tak hangin kan..

    fight for your right!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..cantik yg kat rumah contoh tu. Rasa mcm kat hotel gitu.

      Delete
  5. Salam Ujie. Setuju dgn komen2 kat atas. Bukan cerewet tapi kita ada hak, kot? Tak apa. Fight for your right. Rumah mahal, result mst sepadan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah le nak beli rumah fikir byk kali..sbb sume mahal. Jadi gini pulak..

      Delete
  6. Dari pengalaman akak dulu, akak tengok checklist yg ada dalam S&P tu... dan ambil gambar semua kecacatan yg ada dan print out buat surat dan hantar kan pada pemaju, kena cepat kerana ada tempoh sebulan untuk complain, dulu bilik air sebulan jugak diaorang tukar tile bilik air tu dan akan sengaja tangkungkan air, tengok ada tak bocor membuat kan plaster syiling dibawah kembang... itu semua hak kita Ujie, payah mengumpul duit beli rumah, senang jer pemaju buat macam tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm masa beberapa hari dpt kunci, terus saya isi defect form. Cuma perkara melibatkan air takleh check, sbb meter air pun blm pasang. Tu pun satu hal lagi..

      Delete
  7. tandas tu sangat berbeza..checklist tu kasi hentam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beza kan.. Tu pasal saya terkejut..geram..marah. Sukati dia je..

      Delete
  8. hak pengguna.even toilet pun.kalau akk xsuka.akk boleh complain.tapi kalau sy,sy ok je.hehe.asalkan sedap mata menandang.

    ReplyDelete
  9. Masa saya dapat rumah dulu, defect yang paling ketara ialah bilik air tak ada pintu. Gilo ke? Itu belum lagi yang plaster ceiling merekah la, sliding door sengetlah... Semua nak kena cek sehabis baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh..melampau tu! Pintu takde! :D

      Delete
  10. Betul tu Ujie, bertindak dulu tak layan itu kemudian kira janji kita dapat puaskan hati dulu. Kalau ada tindakan positif tak rugi.

    Harap ada tindakan susulan..

    ReplyDelete
  11. bagi saya itu bukan cerewet kak..itu hak akak sebagai pengguna untuk dapat end product seperti yang akak bayar..tiles memang sama tapi gred lain2..kalau bayar mahal tapi dapat tile gred murah sapa tak marahkan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemaju kata yg dia ganti tu gred lagi tinggi, tapi ak cantik? suram je warnanya.

      Delete
  12. dah bayar mahal nak beli umah..kalau tak puas hati memang asik teringat je kan...

    ReplyDelete
  13. kita sebagai pengguna kena cerewet... sebab itu hak kita... pelaburan dah habis bnyak klu dpt xyg seperti dijanjikan meng xpatutlah... huhuhu

    ReplyDelete
  14. Betul tu Ujie, kita kena gunakan hak kita sbg pengguna. Pemaju ni kerjanya nak hisap darah aje. Pemaju memang suka tengok pembeli2 rumah jenis malu2 bertanya, malu2 nak buat aduan bila tertipu, memang kantung pemaju makin kembunglah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya perati, kalau pembeli bangsa Cina lebih proaktif..ada je komplen. Kalau org kita biasanya lebih suka bertolak ansur selagi tak teruk.

      Delete
  15. Saya doakan ujie berjaya pertahankan hak ujie. Kalo wall paper takpe la nak buat corak lain, senang nak tukar. Ini tiles. mmg kalo hati tak berkenan dgn corak tu, akan ralat seumur idop setiap kali masuk toilet tu. So, saya setuju la ujie fight for ur right.

    ReplyDelete
  16. Hi Ujie. saya melalui pengalaman yang sama. Pemaju pon sama, Seri Pajam, cuma saya beli rumah di Sepang. Di brochure rumah kaler kelabu tapi bila rumah contoh siap, rumah kaler merah. Bayang kan perasaan kami. Bila buat aduan, ada suara2 sumbang kata, "tu laa tak baca perjanjian betul2, memang tak boleh menang kes". Tapiiiii saya sebagai pembeli merasa tertipu dan mungkin pada undang2 berpihak pada pemaju, cuma saya rasa perlu disuara kan kes2 macam ni supaya orang lain tak menerima nasib yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpati dgn awak. Saya boleh bayangkan rasa kecewa tu, rasa mcm takmo rumah tu pun ada (mcm dlm kes tiles di atas). Tak sangka SP mmg suka buat kerja tipu menipu ni. Langsung tak pro!
      Ya, secara umumnya undang2 utk kes gini dilihat memihak kpd pemaju. Tapi kalau ada peguam yg handal, mungkin boleh cari point tertentu (spt: rasa tertipu/kecewa) yg memihak kpd pembeli. Cuma, manalah kita mampu dari segi kewangan dan masa...dan mungkin jugak tak berbaloi.

      Apa yg boleh kita buat, suarakan kpd pihak berkenaan (buat surat ke semua yg berkaitan, terutamanya Jbtn Perumaha Negara biar mereka tahu reputasi SP) dan sebarkan kepada umum (bakal pembeli lain) supaya mereka tak tertipu dgn SP.

      Delete
  17. Salam..
    Gerun plak baca pasal seri Pajam ni. Saya baru je letak duit RM500 untuk lock satu rumah kat Nusa 12, Senawang. Lagi dua hari kena bayar balance booking RM2000. So tengah selidik Seri Pajam ni macam mana. Dah la first time beli rumah ni. Gerun..-Lily

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikumsalam sis Lily, fikir2kanlah ya.

      Lagi satu masalah rumah guna IBS (pasang siap) ni, mudah leaking kat cantuman dia. Rumah saya pun masih menghadapi masalah tersebut, ni pun tgh tunggu pemaju baiki. Tapi sakit ati la tengok rumah baru..sana sini bocor. :(

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...