Monday 1 July 2013

Jubah SAIZ Orang Malaysia

Sekarang ni JUBAH dah makin popular digayakan. Cuma bila nak membeli tu kita kenalah hati-hati dalam memilih saiz, terutamanya bagi yang badan berisi. Jangan sampai kita gayakan jubah, tapi ketat di bahagian pinggul! Pemakaian jubah sinonim dengan longgar, iaitu menutup aurat. Kalau ketat dipinggul, itu cuma membalut aurat je tau.

Saya sarankan (bagi yang badan berisi), carilah jubah yang direka mengikut saiz orang kita - Malaysia. Rekaannya lebih besar di bahagian pinggul dan ke bawah. Jubah begini memang direka ikut potongan badan kebanyakkan orang kita, yang biasanya berpinggul besar. Cara nak tahu jubah tu ikut rekaan saiz mana....kita kenalah tanya jubah tu buatan mana. Kalau peniaga kata dari Indonesia, memanglah bahagian pinggul tak besar mana walau ukuran bahu/lengan memang muat kat kita. Kalau jubah saiz orang Malaysia, mesti peniaga tu akan bagitau sebab ia biasanya tempahan khas / keluaran sendiri. 

Untuk yang tinggal berhampiran Bangi, Selangor ni...ada dua kedai/butik yang saya dah kenal pasti ada menjual jubah begini. 
  • Seri Aida Collection, Ground Floor, Kompleks Bangi Utama (biasa orang panggil 'Warta Bangi').
  • Anugerah Klasik Collection, First Floor, Kompleks PKNS Bangi.
Harga? Setakat yang saya tengok, harga tak melebihi RM180/sehelai. Mahal? Agak mahal sebab ia keluaran kedai/butik tu sendiri. Bukan buat banyak dan boleh jual sampai ke mana-mana. 


p/s : masa zaman slim dulu, memang senang...boleh je beli jubah Indonesia. Harga pun boleh dapat yang tak lebih RM100.

17 comments:

  1. baru2 ni saye beli jubah..saye yg org pgl 'bini popye' ni pn kne amek saiz XL sbb jubah tu dr indon..hehe

    ReplyDelete
  2. sblm ni izan tak tau yg jubah dari indon ni kecik bahagian pinggang ke bawah kak. adalah juga beli sehelai sblm. last2 dok tersadai je. lagipun takde butang depan. susah nak bf baby.

    ReplyDelete
  3. CK:
    Jubah indonesia cantik2 kan..tapi tulah, tak sesuai utk yg montel.

    IZAN:
    Samalah..akak punya pun dah tersadai.
    Kalau jubah kat tmpt yg akak sebut ni, mmg bukaan berbutang depan.

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..betul kata ujie..memang acik teringin nak berjubah..lebih2 lagi bila pi kelas mengaji ataupun berjemaah dimasjid..tapi..tak jumpa yang sesuai..kalau pakai yang tak besar dibahagian punggung tu acik rasa malu.ada satu je yang adik belikan di madinah yang acik rasa seusai tak membalut badan

    ReplyDelete
  5. Kadang2 jubah yg ada kat pasaran mmg ikut saiz org malaysia cuma fabric tu daripada lycra, jadi secara tak sengaja terikut bentuk badan jugak. Utk yg montel apatah lagi.

    ReplyDelete
  6. ACIK:
    Kalau ke bangi bolehla akak try ke butik yg saya sebut ni, saya lebih recommend yg kat warta.

    LYD:
    Lycra tu buat baju apa pun mmg TAK sesuai utk tontonan umum. Tapi yg melekat & terletak kat bdn tulah yg org suka..

    ReplyDelete
  7. Kalau jenis kain Denim jubahnya memang lurus tegak kakak tak boleh pakai Ujie. Malu dan tak sesuai. Tapi kalau anak-anak kakak boleh.

    Memang betul kalau ketat dipinggul rasanya lebih baik tak payahlah beli cari ajelah yg lain.

    ReplyDelete
  8. angah pun ada terbeli jubah lycra, ketat tang perut, aduhai macam mengandung 3 bulan je...

    ReplyDelete
  9. kita tak suka pakai jubah..nampak semakin pendek..selesa dengan baju kurung

    ReplyDelete
  10. jubah indon memang macam tu la kot..kecik kat bawah..saya ada tengok kat onlineshop yang dari sebrang nun..nak beli idak le..jauh sangt..kalau yang dari sini saya tak jumpa lagi orang yang jual nya..

    ReplyDelete
  11. Kalau jubah mak mak arab pulak? Yg di beli dan dibawa balik org gi umrah? besarrrr besarrrr semuanya...:)

    ReplyDelete
  12. KAK ZAKIE:
    Bdk2 biasa masih slim melim..sng nak pakai apa pun kan..

    ANGAH:
    Hehee..tak pasal mengandung pulak ya.

    EITA:
    Boleh try jubah dgn corak lurus, bg ilusi tinggi..:)

    DIANA:
    Yg ukuran sini mmg mcm takde jual online, tu pasal dok cari kat kedai.

    DADDY Z:
    A'ah...yg tu mmg okey. Cuma kalau nak beli kat sini harganya mahal.

    ReplyDelete
  13. pakaian tak menilai diri seseorang

    ReplyDelete
  14. KA suka juga beli jubah ni sesekali pakai mmg nampak menarik dan selesa lagi !

    ReplyDelete
  15. saya suka yg macam nie kak
    saya pun baru borong ( aihh macam beli banyak ekke )
    abaiya baru2 nie .. semua saya amik saiz longgar .. x suke ikut body ;)

    ReplyDelete
  16. zaman slim?eh sekarang pun slim je kan?
    zi takde masalah sangat kalau nak cari jubah.cuma kena cari yang betul2 labuh la.kadang2 yang jenis2 biasa memang ngam dengan badan tapi pendek.kena cari yang luar biasa sikit huhu n of kos bukan jenis lycra la.melekat2

    ReplyDelete
  17. ZIE:
    kita jumpa setahun lalu..skrg dah montel..:)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****