Wednesday, 3 April 2013

Akhirnya...

Akhirnya hari ini...
Parlimen telah dibubarkan dalam satu pengumuman jam 11.30 pagi tadi.
Terasa lega walau saya bukanlah sebahagian daripada jentera pilihanraya.
Rasanya ramai yang lega sebab banyak plan tertangguh dek menunggu PRU 13.
Dalam masa 7 hari ni akan ada pengumuman tarikh PRU oleh SPR pulak.
Dan saya jangkakan pastinya pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Masalahnya di situ...
Pada musim cuti sekolah yang akan datang,
Ada majlis kenduri kahwin di Perak oleh pihak pengantin lelaki (adik ipar).
Manakala lokasi mengundi saya dan suami adalah di Johor.
Kalau terkena tarikh yang sama memang pasti tak dapat mengundi.
Apapun sekarang cuma boleh tunggu dan lihat,
Dah dekat esok baru boleh buat keputusan.
Terasa rugi pulak tak dapat menyumbang undi.
Lagipun semangat berkobar nak pergi mengundi ni!

22 comments:

  1. akhirnya....elok la dah nak mengundi, semak lah aye tgk bendera parti kat keliling kelalang flat ni ha

    ReplyDelete
  2. Semoga ujie dpt pergi mengundi nanti.

    ReplyDelete
  3. rugi satu kertas undi kalau tak pergi mengundi..jom mengundi!

    ReplyDelete
  4. Sumber saya kata bahawa PRU tak akan di buat masa cuti sekolah.

    ReplyDelete
  5. Undi jgn tak undi. Walau satu undi sangat perlu dimanfaatkan apa lagi yg punya aliran pemikiran macam Ujie nie - apa lagi di Johor... undi tau!!

    ReplyDelete
  6. akhirnya..mesti berdebar2 je sape2 yang nak kawen dalam masa terdekat ni kan..boleh cipta sejarah mengundi pakai baju pengantin hehehe

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, at last bubar jugak..tak sabo dah ni nak memperjuangkan hak kampung saya..tiba-tiba :)

    ReplyDelete
  8. sama la..ada kebnduri..harap2 tarikh tak bertembung..

    ReplyDelete
  9. family belah suami sy lagi lah...kenduri kahwin kat sabah bln april ni. tiket flight, hotel semua dah booking!

    *agak2 jadi sejarah tak kalo bsalin masa PRU? hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. 13.4 ni adik bongsu kahwin..kat johor plak tu...
    4.5 knduri kat umah cheqna plak....
    x sabar nak mengundi..maklumlah pertamakali hehehehe

    ReplyDelete
  11. Akhirnya...
    moga akak dpt mengundi nanti...satu undi amat bermakna..:-)

    ReplyDelete
  12. ✔ Saya Pilih MENGUNDI...... ^_^

    ReplyDelete
  13. harap2 dapat lah mengundi ye...rugi tu....

    ReplyDelete
  14. Undi tetap undi, satu undi boleh mengekal atau mengubah sesuatu....

    ReplyDelete
  15. kita pun tak sabaq nak ngundi ni.....ahakz

    ReplyDelete
  16. kalau time cuti sekolah susah la sbb lokasi saya mengundi di KL tp masa tu saya kena blik kg adik kawin...huhuhu

    ReplyDelete
  17. pasti takkan lewat dr 28 mei sbb nk selaraskan tarikh mengundi serentak seluruh negara..DUN n9 bubar 28 mac ritu..

    ReplyDelete
  18. oo pasaraya taikaly tu kan...saya punya rumah dekat dah dengan pasaraya grand union..pasaraya cina apek tu..
    kengkawan lain ramai yang duk kat flat ikan..rasa rindu kat upm..
    ujie lepas kawen ritu hubby ada beli rumah kat pinggiran putra...masa tu dapat harga diskaun sebab dia kerja dengan LBS masa tu..now kitorang sewa kat orang..kalau tak dah dekat dengan ujie, boleh dating sokmo2..hihi, panjangnya story :)

    ReplyDelete
  19. TIHA:
    Flat ikan..tu plg dkt. Tp saya ngada2 takmo dok flat lama..tu sanggup jln kaki jauh dok kat taikaly.

    Pinggiran putra..putrajaya? Dah mahal rege rumah situ skrg ni. Mmg tak jauh sgt dgn rmh saya.

    Tak puas kan borak main tulis2 ni...ehee

    ReplyDelete
  20. nih yang buat tak sabar sabar nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...