Sunday, 16 December 2012

Untuk Peminat CROCS



Ada peminat kasut Crocs?
Saya minat, tapi cuma ada sepasang je pun..
Tak perlu beli banyak sebab satu je pun sesuai ke mana-mana.
Ringan, tahan lasak, tahan air...pendek kata memang mudah dan selesa!
Sepasang tulah saya bawak ke hulu ke hilir.
Balik kampung, kenduri kawin, jalan-jalan hujung minggu,
Sampai ke mandi laut dan ke sungai/jeram.
Sekarang dah lebih 2 tahun saya pakai.
Berbaloi-baloi dengan harganya.

Sebelum tu ada beli kasut jenama lain,
Tapi lepas 'berkenalan' dan 'jatuh cinta' dengan Crocs ni...
Kasut lain terbiar sepi dalam almari kasut.
Sesekali ada pakai, tapi memang tak seselesa Crocs.
Terasa berat, bila terkena air lambat kering,
Dan yang pasti kasut biasa memang 'takut' dengan air (lecak/sungai/laut).

Semalam saja masuk kedai Crocs, sebab saya ada kupon diskaun 20% (tamat 31/12/12).
Rupa-rupanya ada dua lagi tawaran...
Untuk Year End Sales (YES) diskaun 30% bagi belian kedua (yang pertama harga biasa).
Untuk yang sambut Hari Lahir pulak, memang dapat diskaun 30%.
Boleh je guna hari lahir orang lain, yang penting tunjukkan salinan I/C.
Tawaran YES berakhir hujung bulan ni,
Tawaran Hari Lahir sehingga bulan Jun 2013.

Info bagi korang yang minat kasut Crocs...
Kalau nak dapat kupon 20%, layari laman web Crocs.
Untuk diskaun YES sah di mana-mana cawangan, terus pergi je.
Untuk diskaun Hari Lahir, saya tak pasti pulak.
Yang saya pergi ni cawangan di Jusco/Aeon Cheras Selatan.


p/s: Blog saya 'tukar' baju. Tulisan untuk entri ni okey tak? Kalau susah baca, bagitau ya.

23 comments:

  1. crocs sangat selesa :)

    1st time datang, Salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. Kasut Crocs ni agak lembut. Banyak kes kasut Crocs ni tersepit di escalator...

    ReplyDelete
  3. LADY FIRM:
    Tak terasa mcm pakai kasut pun ada..
    Thanks bertandang sini. :)

    MIE:
    ada satu kes tu pengguna(bdk kecik) dah saman Crocs & pengurusan mall (escalator). Ntah apa cite nya.
    Kalau kenang yg ni, ngeri jugak. Tp sbb selesa, pakai & hati2 bila naik escalator.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni tengah cari kasut jugak ni...



    dah comel pun baju baru untuk blog ni

    ReplyDelete
  5. JR ada kasut Crocs yg dah berusia 3 tahun lebih tapi masih utuh, dah naik beratus kali escalator tapi tak pernah sangkut pun...

    ReplyDelete
  6. saya peminat crocs, kasut saya tu kaler cerah, so cepat kotor.. sekarag ni nak beli lain ;)

    wajah blog akak chomey ^_^

    ReplyDelete
  7. saya suka crocs. teringin nak beli satu. tunggu duit byk dulu hee test yg kawan punya best.

    bllog akak cantik, tulisan okay je untuk baca. nice :P

    ReplyDelete
  8. menarik cerita akk pasal crocs ni...lagipun, sy tak pernah beli.

    cantik blog akk skrg :)

    ReplyDelete
  9. saya takde kasut crocs..
    lawa blog baru..tulisan dah ok, dun wurry :)

    ReplyDelete
  10. tgok org lain pkai mcm best jer.. tapi Ahlam xleh pakai kasut2.. klu pakai mulalah melecet...huhu

    ReplyDelete
  11. Alahai... X mampu nak guna pakai...

    ReplyDelete
  12. x penah pakai crocs..rasa macam tak sesuai dengan zie..

    wah cantiknya..berwajah baru:)

    ReplyDelete
  13. owh kena layan gak nie kalau dijanjikan dapat potongan harga


    lagipun rasanya produk ni tahan lama dan lasak juga

    ReplyDelete
  14. anak2 wak pon sukak crocs jugakkk..s HHks

    ReplyDelete
  15. Patut le nampak lain blog ni. Tulisan ok. Ngam ho. Boleh baca.

    Saya takde kasut crocs. Tak tau la.. tak penah try beli. Sebab mcm not my style. Eceh. Mengade je bunyinya. Taip saya tau mmg selesa kasut ni;. Biasa try kalo singgah kat kedai crocs.

    ReplyDelete
  16. angah ada crocs tipu, keras bangat sakit kaki tau...:D

    ReplyDelete
  17. MJ tak pernah ada kasut crocs, sama cam hubby-2 2 tak minat..

    Tak mencuba sama kot, bila dah cuba takut jatuh chenta pulak ;D

    ReplyDelete
  18. kasut getah best..tp tak pernah pkai croc..mahal..haha

    ReplyDelete
  19. AYUT:
    mcm mak akak ckp..KASUT GETAH gini pun nak pakai. tak cantik! hahaaa
    *kena beli time sale/clearance stock.

    ReplyDelete
  20. jalan pakai crocs macam jalan atas angin. ehh >.<

    ReplyDelete
  21. lame x singgah blog pun dah berubah.. cantik jer... okk...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...