Thursday, 27 December 2012

Carik-Carik Bulu Ayam

Adik-beradik yang ramai memang seronok, meriah tiap kali bertemu.
Macam saya...ada seorang abang, lima orang kakak dan dua adik perempuan.
Hampir kesemuanya pulak jenis mulut riuh, suka bercerita.
Kalau bertemu beberapa orang je pun dah kecoh rumah mak saya.

Tapi bukan pada setiap pertemuan kami bergelak ketawa.
Terkadang situasi jadi tegang bila masing-masing menegakkan pendapat.
Tak payah bertemu, melalui sms pun boleh berbalah pendapat.
Masing-masing nak pendapatnya diterima pakai.

Tapi kalau dah memang adik-beradik...carik-carik bulu ayam,
Harini bertekak dengan ayat kasar...lama-lama bercantum juga.
Esok jumpa dah bergelak ketawa semula...riuh kecoh macam biasa.
Semalam cuma cerita semalam...harini cerita lain.

Begitulah biasanya, kami cuma berbeza pendapat dalam sesuatu hal.
Bukan bermakna benci antara satu sama lain.
Kalau semua jenis mengikut (takde pendapat) pun bosan jugak.
Masing-masing beri pendapat, barulah terasa adanya hubungan kekeluargaan.


p/s: Emm...mak kata saya paling keras hati. Adik bongsu kata, saya baik tapi garang. Ayat bela diri saya...saya cuma tegas, bukan keras hati dan garang. ^_^

18 comments:

  1. Jujur kakak ni Ujie, kakak adik-beradik sebab mungkin 7 prempuan dan satu lelaki kami tak bergaduh tau. Tapi kena anak kakak walau 3 (perempuan juga) tapi mesti ada je sebab nak bertekak. Geram.. (budak sekarang tak sama budak dulu).

    ReplyDelete
  2. wak paham sbb wak lg ramai 10 orang adik beradik.., uhhhuuu

    ReplyDelete
  3. KAKZAKIE:
    saya ni sbb 8 perempuan tu yg kecoh. abang jenis senyap.
    Takpe kak, bertekak mesra tu..

    WAK:
    mcm2 ragam kan...tapi masa kecik la yg seronok main sama2.

    ReplyDelete
  4. kan bagus kalau semua adik beradik macam tu..kan??

    ReplyDelete
  5. carik2 bulu ayam...air dicincang takkan putus...hehee camtu la sellau adik beradik.gaduh mcm mana pun ttp akan berbaik gak...hee lama xBW...:)

    ReplyDelete
  6. So in total, 9 orang adik beradik! Ramai tu!!!

    Dan lelaki hanya seorang..ekekeke

    Adik beradik saya 3 org aja..kami bertiga...bila bertemu, mmg riuh..so boleh bayang tahap riuh rendahnya kalau 9 orang!

    ReplyDelete
  7. ha 9 orang memang kompom riuh..tu tak campur lagi anak2 buah yg galak bercakap..

    adik beradik cakap sy garang..yeke?bukan garang tapi tegas wakakaka

    ReplyDelete
  8. Abg sy ckp sy kuat nangis.. Boleh plak..

    ReplyDelete
  9. hehe..sy ngan adik beradik saya pun kekadang camtu gak..bukan bulu ayam jer, dah carik-carik bulu beruang pun ade kak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Ada peribahasa len....cencang-cencang air, takkan putus punye...Weee~

    Uish...sorang je lelaki? Family suami sy pun besar gak tp seme lelaki n sorang je perempuan. Cucu2 seme lelaki n sorang je pompuan. Haaa~

    ReplyDelete
  11. mungkin dok jauh kot, sesekali bertemu, jadi tak sempat nak gaduh2 manja

    ReplyDelete
  12. ramai jugak ya 9..
    saya ada sorang abg, sorang kakak n sorang adik pempuan..serba satu..


    tapi meke kata saya garang..nak cuba jadi sopan santun..hihiks :)

    ReplyDelete
  13. Adik beradik JR cuma 9 org aje...tapi semua kami sangat rapat walau tidak tinggal di tempat yg sama...

    ReplyDelete
  14. izan kan kak ujie... boleh kata dulu2 suka gaduh2 manja ngan kakak no 4. ingat lagi kalau dia beli apa2 mesti nak juga. jarak kami 9 thn. nak tak nak dia terpaksa mengalah.

    itu cerita dululah... skrg ni izan kalau jumpa 4 org kakak mesti riuh rendah umah mak tu. blm campur lagi dan kumpul semua cucu2 mak seramai 37 org.... bergegar2 rumah nenek.

    ReplyDelete
  15. skrg tgh mngalami..dan perbincangan antara hati ke hati dan mulut ke mulut tu penting...kekeluargaan mmg klu takde toleransi serta give and take mesti akan berlaku percakaran...

    ReplyDelete
  16. adik beradik ita pun ramai jugak..5 abang..2 kakak..1 orang adik..tp sejak mk ayah dah takde hnyer 2 3 keluaga je yg blik.huhuhu...
    duk lh ita sorang diri

    ReplyDelete
  17. daripada cara ujie menulis di blog dan memberi pendapat pun saya tau ujie ni ade pendirian dan tegas orgnya.. wlpun uji bkn anak sulungkan.. beruntung uji ramai adk beradik..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...