My Blogshop :

Wednesday, 1 August 2012

Huraian Jawapan Kuiz Ramadhan 2012 (1)

Entri ni adalah huraian kepada jawapan bagi soalan KUIZ RAMADHAN 2012 (1). Kena tau asas hukum barulah mudah kita faham dan terima sesuatu itu.

SOALAN 1: 
Apakah hukum tayang makanan atau gambar makanan di hadapan orang yang berpuasa?

HURAIAN JAWAPAN: 
MAKRUH bermaksud jika dibuat tidak berdosa, tapi jika ditinggalkan mendapat pahala. Maka lebih elok ditinggalkan. 

Kenapa jadi makruh? Sebab mungkin boleh menyebabkan orang yang sedang berpuasa jadi berkeinginan untuk makan. Bukan semua orang sama, ada yang tidak tergugat puasanya bila melihat makanan atau gambar makanan. Tapi ada juga yang rasa 'terliur' bila melihat makanan atau gambar makanan. (peringatan: hukum ni terpakai kalau kita saja-saja tayang makanan atau gambar makanan depan orang puasa. Kalau kita penjual makanan atau nak tunjuk cara memasak tu lain ya...tapi tetap kena beradab. Janganlah waktu pagi dah tunjuk.) 

Semasa sedang search mengenai hal ni, terjumpa pulak entri nasihat yang tepat dan berguna oleh blogger hebat Diana Rashid. Korang patut baca INI


SOALAN 2: 
Jika ada ahli keluarga yang telah meninggal tetapi masih ada puasanya yang belum diganti, apa yang perlu kita buat?

HURAIAN JAWAPAN:
Antara orang yang dikenakan MEMBAYAR FIDYAH PUASA termasuklah orang yang ada qada (ganti) puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. Fidyah perlu dibuat oleh keluarga si mati atau diambil daripada harta pusaka di mati. 
(Rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus)

Nota: menurut mazhab Syafie kita, puasa orang yang telah meninggal dunia TIDAK boleh diganti oleh orang lain. Cukup diganti dengan bayar fidyah.


SOALAN 3:
Jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak menunaikan solat, adakah sah puasa orang tersebut? 

HURAIAN JAWAPAN:
Pada zahirnya puasa orang tersebut SAH kerana memenuhi syarat sah puasa iaitu Islam, berakal & mumayyiz, suci daripada haid & nifas dan apabila nyata masuknya bulan Ramadhan. Tetapi samada Allah terima puasanya atau tidak...wallahu a'lam. 

Dan jika menurut Ustaz Azhar Idrus, puasa orang yang tidak solat TIDAK DITERIMA Allah kerana solat itu tiang (asas) agama. Tidak bersolat bermaksud telah runtuh agama seseorang itu. KLIK DI SINI untuk video oleh UAI.


p/s: Jika terdapat kekurangan/kesilapan dalam huraian di atas, sila beri teguran/penambahan. Saya juga masih belajar dan telah berusaha mendapatkan jawapan dari sumber yang boleh dipercayai.

16 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Terima kasih Ujie atas perkongsian yg bermanfaat ni. Sama2lah kita ambil cakna dlm persoalan agama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ujie. Yg psl gmbr tu, kemain lagi satu masa dulu saya ingat, kawan2 suka sgt forward gmbr2 makanan yg derang jumpa kat google. Pastu masing2 semua terliur. Tak baik kan?

    ReplyDelete
  3. LYD:
    masa tu taktau..takpelah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih ujie, jawapan yang padat terutama bab ganti pose, sbb saya penah jumpa ada org gantikan pose utk arwah suaminya...sebolehnya di bulan pose ni mmg takmo letak gamba makanan,setakat ni mmg tak penah lagi share,...insya Allah :)

    ReplyDelete
  5. selalu jugak letak gambar makan terutama dah ptg dgn niat nak bg idea pd org lain kalau nak masak ... huhuhuhuhu ... tp x tulis resepinya pulak ..;p

    pagi semalam hujan jugak kat sini tp x lebat mana pun kul 8 dah cerah, ptg jerebu balik ...

    ReplyDelete
  6. tp...camana kita nk tahu ek..simati tu pnh tggl puasa berapa hari? kalau tinggal sorok2?

    ReplyDelete
  7. jelass..tq kak..tp bab gambar makanan tu elok consider as nak berkongsi esp bila blogger ni kan..berkongsi resepi and menu apa yang dimakan..hehe..

    ReplyDelete
  8. ok sy faham..terima kasi k.ujie

    ReplyDelete
  9. TIHARA:
    rasanya org tu tak tau. sbb syg pd arwah mestilah rasa nak tolong gantikan.

    MASYA:
    tidaklah jadi berdosa..

    MUN:
    biasanya org yg rapat dgn si mati tau. kalau tak tau tepat pun, boleh ambil kiraan hari yang diyakini betul utk byrkan fidyah.
    cth: arwah ayah akak sakit 3thn, so puasa kdg on kdg off. jadi mak akak terus fidyah utk 3bln sbb tak pasti berapa hari yg kena ganti.
    wallahu a'lam.

    PRETTYWRITE:
    tak salah berkongsi resepi ptg2.

    Tapi kongsi menu apa dimakan..kena hati2. Buat tak berdosa, tapi jika ditinggalkan dpt pahala.
    wallahu a'lam.

    SHAHZEE:
    heh..mcm kat kelas pulak..^_^

    ReplyDelete
  10. teringat masa belajar dulu seorg kwn berpuasa gantikan puasa utk arwah ayah dia...owh tak boleh ye rupanya...

    banyak jawapan saya tersasar..moga pengetahuan saya makin bertambah bab2 hukum ni...

    ReplyDelete
  11. RAI:
    apa yg tak boleh tu rai..

    AISHAH:
    bkn tak boleh, tapi tak perlu.
    insya allah sama2 cari ilmu.

    ReplyDelete
  12. aduhai...n3 kak ati hari ni pulak
    menempek pic buffet hari tu..makruh..

    ReplyDelete
  13. Pernah belajar benda2 nih,
    tpi dah lupa..
    tq for reminding.. :)

    ReplyDelete
  14. Bce en3 akak buat ita teringat kt ustazah..dah sebulan cuti kelas...
    Huhuhu

    ReplyDelete
  15. bagus betul perkongsian ni ujie..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...