Thursday, 22 September 2011

Purdah

gambar hiasan dari google

Berpurdah...
Memang tidak wajib.
Juga tidak salah jika ingin berpurdah.

Yang salah jika yang memakainya...
Tidak berakhlak muslimah.
Berpurdah sekadar fesyen semata.

Yang silapnya pandangan kita terhadap si pemakai purdah...
Berbungkus macam hantu!
Bukan cantik sangat pun sampai tutup muka!
Itu kata-kata si penentang purdah.

Yang sepatutnya...
Biarlah mereka dengan pilihan mereka.
Kerana mereka memang menutup aurat.
Tak perlu lagi dikutuk dan dikata.
Andai purdah tak selari dengan akhlak...
Tegur saja secara empat mata.

Jangan kita menjadi masyarakat...
Yang menutup dikutuk,
Yang terdedah dibiarkan saja!

p/s: sesetengah orang berani menegur orang yang tak buat salah (berpurdah), tapi takut menegur orang yang buat salah (terdedah aurat). 
*eh..saya tak berpurdah ya.

10 comments:

  1. teringin nk pki purdah... tudung ustazah... tp rse cm xsesuai ag bg kite yg bersikap agak ganas nie :(

    ReplyDelete
  2. orang arab memang berpurdah. bila berlaku urusan peminangan sebelum kahwin yg lelaki akan ajak yg perempuan pegi umrah coz pada masa itulah dia dapat lihat wajah bakal isterinya...

    ReplyDelete
  3. harus kuat jika ingin berpurdah... bukan semua orang memandang ia satu yang positif..

    ReplyDelete
  4. aimi: ganas ya..takpe, lps berpurdah nanti tak ganas le tu..°__°

    h.j: hmm..blm terfikir ke situ lg.

    jun: gitu la pulak..tengok je la masa meminang tu..

    lia: betullah..sbb tu kalau nak pakai kena tau tujuan sebenar. kalau main ikut2...susah nak tahan dgn kata2 org.

    ReplyDelete
  5. berpurdah kan konon nya di anggap pelik kat malaysia ni,,sebab jarang jarang nampak,,tu yang jadi buah mulut kot,,,hanya pandangan ,,

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat ujie,

    Jika boleh berpurdah lebih baik tetapi kalau tak mampu semestinya berpakaian yg sopan dan selaras dgn syarak.....dan cara berpakai selaras dengan syarak ini juga tidak terkecuali kepada kaum adam jua....Allahualam

    saya setuju dgn kenyataan ujie ni : sesetengah orang berani menegur orang yang tak buat salah (berpurdah), tapi takut menegur orang yang buat salah (terdedah aurat)....Allahualam

    ReplyDelete
  7. ha,ah kan.pelik nape nak kutuk org berpurdah, diorang bukan dedah aurat pun..

    ReplyDelete
  8. yen: mmg masih pelik..tapi setakat pandang2 oklah, janganlah kutuk2.

    azmnor: betul..setuju!

    cha: yelah..hanya yang 'kuat' mampu berpurdah.

    wanie: itulah ragam manusia..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...