Thursday 13 October 2016

Tertipu Dengan Penjual Online?

Buat pertama kalinya saya tertipu sewaktu berurusniaga secara online. Dalam pada berhati-hati, terkena juga akhirnya! 

Kisah ni bermula sebelum bulan Ramadhan lalu. Saya sibuk mencari sesuatu sebagai free gift untuk pelanggan bisnes online saya. Sehinggalah terjumpa satu kedai di Instagram ni, buat pin cushion dengan harga murah. Cuma RM2 satu dengan belian minima 30 pin cushion, siap free delivery! 

Murah ni, boleh percaya ke? Saya terfikir juga hal ni. Tambahan pulak, tengok Instagram dah berbulan tiada update. Saya tinggalkan komen di situ, dan segera dibalas. Terus rasa yakin untuk meneruskan urusniaga...sambil berfikir - kalau kena tipu pun tak banyak amaunnya. Bolehlah cuba...


25 Mei 2016 saya buat bayaran (mujur bayar separuh). Menurut penjual tu, pin cushion akan siap dalam masa DUA minggu. Saya pun menunggu....

Cukup masa, masih belum siap lagi 6 biji. Saya menunggu lagi. Tapi rupa-rupanya...itulah kali terakhir dia membalas WhatsApp saya! 

Saya mencuba segala cara - semua panggilan telefon, mesej dan panggilan WhatsApp, SMS, komen di Instagram...tiada berbalas! Mesej di WhatsApp siap double tick blue, namun masih tiada respon. Baru-baru ni pun saya cuba telefon dia, pun tak berjawab. 

Pada mulanya saya bersangka baik, telefon dia rosak atau dia sakit teruk. Tapi setelah berbulan-bulan lamanya dia menyepi (dalam tempoh masa tersebut saya masih cuba telefon dan WhatsApp), terpaksalah saya catatkan hal ini di blog untuk kita semua ambil pengajaran dan peringatan. Bukan kerana duit RM30 yang saya nak kecohkan, tapi saya nak pembeli lain berwaspada dengan penjual tersebut. Semoga saya adalah yang terakhir terkena begini oleh penjual tersebut.


APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL JIKA TERTIPU BEGINI?
Kita boleh buat aduan Polis, untuk tujuan rekod bertulis dan sebagai dokumen sokongan untuk urusan aduan ke agensi berkaitan. 

Atau/dan boleh terus buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan bayaran serendah RM5 untuk memfailkan tuntutan. Info lanjut berkenaan TTPM boleh klik DI SINI. 


Jadinya kenapa saya tak failkan tuntutan? Sebab nilai kerugian saya cuma RM30, tak berbaloi rasanya untuk saya buka fail dan perlu pulak menghadiri pendengaran tuntuan. Bagi korang yang mengalami kerugian yang lebih besar, sangatlah digalakkan untuk buat tuntutan. 


Nota : 
Pendedahan begini tidak termasuk dalam larangan membuka aib orang lain tau. 
Ia dibenarkan untuk tujuan orang lain berwaspada dengan orang tersebut.

13 comments:

  1. Betul ini bukan membuka aib tetapi memberitahu kepada umum moga tak terjadi insiden yg sama
    Kalau sorang RM30/- kena 10, 20, 30 org banyak jadinya Ujie.
    Ini org tak takut mati/dosa/neraka ni..

    ReplyDelete
  2. singgah pagi...
    minta di jauhi dengan org penipu mcnie...
    tindakan akk tu x membuka aib pun sebab niat kita tu nak bagitahu org lain supaya tidak menjadi mangsa seterusnya. next time kena lebih berhati-hati dengan mereka yg menjual barang ngan harga yg murah² ni...

    ReplyDelete
  3. Ada masa takut jugak nak beli online kan ujie..selalunya acik.akan beli dengan kawan fb atau blog..Alhamdulillah setakat ini..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah nasib baik xbyk..xpe niakan sedekah je la..cuma lenkali kena xtra hati-hati...

    ReplyDelete
  6. KY pun berhati2 bila membeli online.
    tapi pernah tertipu juga dengan pembeli online yg licik. mengayat kemain sampai ky terpedaya..bila barang dh hantar dia senyap sunyi..

    ReplyDelete
  7. satu, mungkin bukan rezeki akak. anggap jelah tu salah satu cara untuk akak bersedekah. yang menipu tu, biarlah dia tanggung atas apa yang dia buat.

    dua. kita ni kadang dah berhati-hati tapi tu lah. Allah nak juga menguji kan. Mungkin peringatan untuk kita. Untuk akak. Untuk saya.

    Terima kasih berkongsi kak. Sekurang-kurangnya orang lain boleh mengambil langkah lebih berhati-hati lepas ni.

    ReplyDelete
  8. Pulak dah..... yelahkan Ujie, dalam pada berhati hati tu terkenalah jugak. Rm30 henggit pun duit jugak tu. Apalah salahnya cakap betul betul masalah dia kan, pulangkan balik duit tu pun tak pe kot. Itulah manusia namanya Ujie.... Nak berhati hati tahap apa pun tak tau lagi. Hakak tak pernah soping online ni. Mmg tak de experience langsunglah

    ReplyDelete
  9. kalau online atau offline sama2 kena berhati2. kalau online risiko sebenarnya diorg tak bayar kan. kalau offline risiko barang rosak dll juga.

    ReplyDelete
  10. ciktom pun kena tipu jugak online..main kutu..nasib baik sempat tarik diri masa 1st month main tu..janji nak bayar tak bayar smpi ke sudah dari bulan 5 aritu..lagi hebat siap block no hp ciktom..tak dapat nak call, sms or whatsapp...

    ReplyDelete
  11. Ishh ada jgk org mcm ni eh beriya janji bila terima bayaran boleh buat dia je..mmg x lepas d akhiraf nanti kalau tipu org..ish geram plak rasa

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kak, kongsi info ni..
    Ada juga rupanya peniaga yg ambil kesempatan. Pembeli juga tak kurang juga kan yg mengambil kesempatan ni.
    Apa2 pun lepas ni kene hati2. Ira da lama x membeli online..

    ReplyDelete
  13. rasanya ada juga peniaga online yang macam tu, itulah kan sekarang ni kena berhati-hati lebih sedikit.

    harap2 takde lagilah orang yang tertipu dengan peniaga ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****