Monday 7 March 2016

MB2000 : Membangkit Semangat, Memperkemas Strategi


Aktiviti hujung minggu saya, Sabtu lalu...
Menghadiri seminar MB2000 dari awal pagi sehingga lewat malam.
Seharian. Letih. Tapi seronok!

Sebuah seminar berkenaan perniagaan dan pemasaran.
 Di bawah bimbingan Tuan Faisal.
Banyak yang saya pelajari. Banyak yang perlu diperbaiki.
Matlamat semakin jelas. Semangat bangkit kembali.

Bertemu pula dengan mereka yang sama aspirasi.
Memang mengujakan!

--------------------------------------------------------------------------------

Saya memang syorkan jika korang nak join seminar ni. Sangat sesuai untuk mereka yang baru nak menceburi perniagaan, juga yang telah ada peniagaan. Bila join seminar ni, kita tambah ilmu dan tambah semangat tau! Yang berminat, boleh tengok-tengok kat SINI.

17 comments:

  1. Semangat....semangat.....kalau suami isteri sama sama minat, mmg tak jadi masalah Ujie....

    Kalau dua dua tak minat lagilah masalah haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sorang lagi taklah berapa minat, tapi saya tarik jugak! hahaa..

      Delete
  2. Bagus Ujie.. apa lagi kalau masih muda belia macam Ujie ni
    Susun strategy demi masa depan bukan utk sendiri tapi juga bangsa dan agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau start masa muda remaja lagiii bagus!

      thanks kak zakie, mengingatkan saya tentang bangsa dan agama. Sebab saya target utk diri dan keluarga je. Kena tambah.. :D

      Delete
  3. Bagus pegi seminar mcm ni.. kita akan sentiasa rasa positif dan bersemangat bila bertemu dgn org2 yg beraspirasi..
    Semoga akak terus bersemangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Masing2 dok bincang pasal bisnes, strategi, apa nak buat. Semangat nak kekal sentiasa ada ni, agak susah Ira. :D

      Delete
  4. boleh tambah lagi banyak pengetahuan tentang bisnes kan...selamat maju jaya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mmg sgt menambah ilmu. Ita pun..tu bisnes gak tau. Biz yg bagus sbb org yg dtg cari ita.

      Delete
  5. Semoga Ujie lebih berjaya dlm bisnes selepas ikuti kelas ni. Mmg ramai yg berjaya dalam bisnes kena ada mentor kan? Baru la dpt tetapkan hala tuju dan strategi.

    ReplyDelete
  6. tahniah Ujie...semoga maju dan berjaya

    ReplyDelete
  7. kak Ujie..emailkan JM alamat boleh ada ole2 for u

    ReplyDelete
  8. saya pun minat jugak! tpi tak consistent. asyik berubah-rubah je. haha

    ReplyDelete
  9. Bizi dengan perniagaan dan pemasaran dah ke? lama tak berentry ni

    ReplyDelete
  10. Bizi dengan perniagaan dan pemasaran dah ke? lama tak berentry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa kak Nom, bizi dgn kemalasan! Insya Allah nak buat come back..lahhh sangat! :D

      Delete
  11. bagus sertai seminar macam ni ujie, baru kita rasa semangatkan...moga terus success dengan apa yang telah diusahakan itu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****