Thursday, 28 May 2015

Beli Buku Secara Online di BookCafe

(cerita dua minggu lepas, harini baru sempat publish.)


Pertama kali saya berurusan dengan BookCafe. Alhamdulillah sangat mudah dan takde masalah. Kenapa saya beli buku secara online? Sebab masa saya beli ni ada promosi sempena PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2015, yang berlangsung baru-baru ni. Malas nak bersesak, tapi nak beli buku dengan harga di PBAKL, inilah caranya!

Saya beli 8 buah buku ( 6 daripadanya dengan diskaun 50% dan lagi dua tu diskaun 15%). Kelmarin bila buku-buku ni sampai ada 9 buah. Rupa-rupanya BookCafe bagi satu percuma! Dan yang seronoknya lagi, kos pos adalah percuma dengan pembelian bernilai minima RM150. Buku-buku saya ni nilainya RM150.45 (harga selepas diskaun). Kalau belum diskaun, nilainya RM275. 

Kelebihan beli online - saya boleh 'belek' banyak kali sebelum buat keputusan membeli. Ada disediakan sinopsis dan kadang-kadang ada review pembaca lain. Sekarang pun masih ada diskaun 50% untuk buku terpilih, kot-kot korang berminat.


Nota hati : sehingga detik ini, aku masih belum berkesempatan membaca walau satu buah buku di atas. Sibuk...atau tak reti urus masa? Tapi aku sempat ke Sarawak (dan hilang dokumen penting!).

16 comments:

  1. book cafe selalu ada sale.best

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    wah!boleh la try beli...:)

    ReplyDelete
  3. wahhh nak tejah jugaklah book cafe :D

    ReplyDelete
  4. Pergi Sarawak tu lain Ujie. Itu makan angin. Itulah yg buat tak sempat baca.
    Buku ayah kaya ayah miskin tu kakak dah baca juga - motivasi baik utk dijadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ayah kaya ayah miskin yg saya beli ni versi bahasa melayu, tak sabo nak baca kak. :)

      Delete
  5. Oohh,tq share info!
    Saya baru tau!
    Banyak sale nya tu, 50%.
    Harapnya ada lagi sale lain, sebab PBAKL dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg Riyadus Solihin tu masih ada 50%.

      Delete
  6. Anak okje hari tu dpt voucher buku Rm200 .Nak gi Pesta Buku masa dia cuti hari tu tak sempat sempat. Takut dah expired jer... nak suh dia beli online kat sinilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mmg boleh guna utk online, cer try.

      Delete
  7. Banyaknya buku Ujie beli, sempat ke baca habis?? Saya dah lama tak baca buku, kononnya atas alasan sibuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setaun tak yah beli buku dah..sbb nak perabih baca yg ni.. :D

      Delete
  8. ita sekarang ni jap2 duk kemamang cuma pinjam dari pustaka je...cukup bulan atar buku leh balik tengok umah...nak beli online jauh sangat nak gi bank in duit...duduk tempat jin bertendang biasa lah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn tempat jin bertendang lah Eita..tmpt Eita tu bebas duniawi, kembali kepada alam. :)

      Delete
  9. bestnyer beli buku banyak2..saya dah lama tak membeli buku macam ni

    ReplyDelete
  10. Wah menarik info ni.....nsnti SA nk terjah...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...