Wednesday 16 April 2014

Tak Pakai Tudung, Tapi Jual Tudung?

Ni bukan nak cerita pasal wanita Islam yang tak bertudung tapi pandai menjual tudung. Yang tu kes lain. Yang saya nak cerita adalah mengenai KESUNGGUHAN dan MINAT. Kalau kita memang ada minat dalam bisnes, kita hampir mampu menjual semua barang/servis. Kalau kita memang ada kesungguhan, kita hampir mampu berjaya dalam apa jua bidang. Macam tulah kisah rakan niaga saya yang lelaki. Lelaki, tapi bukak page Fb jual tudung! Sambil buat tugas hakiki, sambil-sambil layan pelanggan di Fb. Siapa pun tak tahu si penjual tu lelaki. Tak perlu pakai tudung pun, dia mampu jadi penjual tudung. Hakikatnya juga, dah beberapa orang tauke pembuat tudung yang saya temui adalah LELAKI! Dan ada yang mahir bercerita mengenai jenis material tudung apa yang cantik dan kurang cantik, rekaan yang sesuai untuk tudung labuh dan lain-lain lagi. Kalau minat berbisnes, apa pun boleh jadi!

Saya sendiri, asalnya tak yakin nak jual tudung. Sebab saya cuma pakai tudung empat segi je. Sedangkan tudung yang perlu dijual semua jenis tudung segera (sarung dan siap!) dan shawl. Macam mana nak jual, kalau diri sendiri pun tak pakai? Itu bukan halangan, kita cuba! Atas galakkan suami, saya mulai menjual tudung selepas musim raya aidilfitri tahun lepas (2013). Dan sekarang, saya dah mula suka pakai tudung sarung (yang saya jual) sebab mudah, cepat dan selesa (tanpa pin sana sini). Tapi tudung empat segi tetap saya pakai. Yang masih saya tak pandai pakai adalah shawl. Ya, saya jual shawl tapi tak pernah pakai shawl. Kalau ada yang bertanya mengenainya (cth: senang tak nak bentuk kat muka?), cepat-cepat saya tanya dengan rakan niaga yang pakai shawl tersebut. Mereka pun pantas membantu, selesai masalah.

Shawl Alina (jenama Modern Hijab...tauke seorang lelaki ya..)

p/s : Bagi korang yang nak mendapatkan BAUCER RM50 membeli-belah di blogshop saya, boleh join GA DIANA RASHID. Kot ada rezeki korang.



17 comments:

  1. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
    tiada alasan untuk kita berjaya.
    gud luck dldm bisnes akak :)

    ReplyDelete
  2. semoga ujie berjaya dalam bidang ini..

    ReplyDelete
  3. Kak, akak punya tajuk tu boleh mengundang kedatangan tangan-tangan keyboard warrior tau. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..tajuk tak berapa sesuai dgn entri eh?? hahaa

      Delete
  4. jiwa bisness..otak bisness...gabungan yg pasti membuahkan kejayaan.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Yg penting etika berbusiness betul dan menepati.
    Kakak bab tudung ni tak kisah janji labuh sudah. Dah tua ni nak bergaya sangat malu dgn anak-anak dah Ujie..

    ReplyDelete
  6. Saya tak pandai sangat soal tudung ni, tapi anak gadis saya kata tudung segera tu cuma sesuai untuk makcik-makcik...ye ke..? Sebab tu kalau nak beli tudung saya biarkan dia beli sendiri ikut cita rasanya. Kalau saya beli saya tak dapat bezakan antara tudung shawl, bawal dan pashmina, silap2 terbeli pula tudung Arini yang kata anak gadis saya cuma sesuai untuk makcik-makcik tu....

    ReplyDelete
  7. tak pakai tak apa, yg penting tau batas aurat yg perlu dijaga tuk jual tudung..kalau pakai tudung tp jual tudung tutup kepala semata pn tak guna..

    ReplyDelete
  8. Tajuk entry ni mmg best, bagi yg cepat melatah tak baca tulisan entry ni, mesti gelojoh terus komen bukan2...hahahaha..

    Bisnes..mmg perlu kpd minat, dan kreativiti...

    ReplyDelete
  9. tudung segera tu saya pakai pergi kedai dekat area rumah je.. ataupun kalau jalan2 dok dalam kereta je.. hehehe..
    bawal pun ada cuma sekarang lebih kepada shawl.. ;)

    ReplyDelete
  10. ingatkan gambo ujie tadi
    lawa shawl kaler ni, tapi kalau saya pakai sesuai ke ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka saya tak layak jadi model..nanti takde sape nak beli. :D

      muka tiha panjang..sesuai je. muka bulat saya ni..sume2 mcm tak sesuai (perasan ada org tengok..:D)

      Delete
  11. betul tu kak..sy pun ade perasan..sekarang lelaki pun ada yang jual tudung..and kalau pergi kat Jalan TAR time bulan puasa ramai jer lelaki jual tudung...menabung lazada sini..

    Regards,
    -Strider

    ReplyDelete
  12. tudung segera tu tak sesuai dengan zi..sekarang ni selesa pakai shawl:)

    ReplyDelete
  13. mcm ada ofismate saya, lelaki, dia jual milk booster utk ibu yg menyusu baby. Pastu dia citer kalo org PM dia, dok panggil dia sis. Dia pun layan gak la sis. heheh. tapi bila part soalan yg pelik2 kewanitaan dia pass le kat wife dia.

    ReplyDelete
  14. macam macam cerita sekarang ni ye orang jual tudung

    Jom ramai-ramai datang MYBLOGFEST

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****