Tuesday, 14 August 2012

KUIZ RAMADHAN 2012 (2)

Kuiz kali kedua ni adalah yang terakhir untuk Ramadhan kali ini.
Tujuannya sekadar nak memeriahkan suasana Ramadhan sambil menambah ilmu.
Syarat, hadiah & soalan adalah seperti berikut:

SYARAT:
- sesiapa pun boleh jawab.
- jawab diruangan komen ini sekali sahaja. cubaan kedua tak dikira.
- orang pertama yang beri jawapan TEPAT dikira pemenang.

HADIAH:
1 orang x top-up kredit bernilai RM10 atau tunai RM10 (CIMB/BSN sahaja)

SOALAN:
1) Apakah hukum melaksanakan solat Tarawih?
2) Jika gigi/gusi seseorang berdarah, sedangkan dia sedang berpuasa. Adakah puasanya sah atau batal?
3) Jika seseorang tinggal menetap di Selangor, bolehkah dia membayar zakat fitrah di kampungnya di Johor?

TUTUP PENYERTAAN:
Bila-bila masa sahaja, sehingga saya dapat pemenangnya.

SELAMAT MENJAWAB!

8 comments:

  1. 1. Sunat Muakkad
    2. Tidak batal selagi darah tersebut tidak ditelan
    3. Boleh. Zakat fitrah boleh dibayar kampung (Johor) wlpn seseorg itu menetap di Selangor

    ReplyDelete
  2. nak join lah :)

    1.sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)

    2.puasanya sah hanya bagi orang yang mempunyai masalah gigi/gusi berdarah.

    3.boleh

    ReplyDelete
  3. nak jawab..

    1) sunat muakkad

    2) sah

    3) boleh

    ReplyDelete
  4. 1. hukumnya sunat.
    2. puasanya sah.
    3. boleh.

    betul kan kalau saya ada silap ye.. :)

    ReplyDelete
  5. ramai macam dah jawab betul tu..hehe..

    1. sunat muakkad(sunat yg sangat dituntut)

    2. Tidak batal puasa dengan sebab gusi berdarah dengan syarat jangan di telan air liur yang berampur dengan darah gusi tersbut.

    3. Boleh.Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh itu ia hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita akan berada semasa terbenam matahari hari terakhir Ramadhan (yakni bermula malam pertama Syawal) iaitulah waktu sebenar bagi kewajipan mengeluarkan zakat fitrah menurut mazhab Syafi’ie, Ahmad dan beberapa ulamak yang lain.

    Walaupun waktu wajib adalah di penghujung Ramadhan (iaitu apabila terbenam matahari di hari terakhir Ramadhan), namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut.

    ReplyDelete
  6. HANAMIKO:
    sume betul dik, cuma utk tarawih tu yg tepat- sunat muakkad.

    PRETTYWRITE:
    bila dah jumpa pemenang, terus akak publish sume komen kat atas. sblm tu mmg tak publish.

    btw, jwpn yana pun tepat. siap huraian lagi!

    ReplyDelete
  7. Alaaaa..... X sempat nk jawab....dh ada pemenang la....huhuhuuu

    ReplyDelete
  8. tak sempat langsung nak join..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...