Wednesday, 18 July 2012

Ibarat Sebuah Kapal...

(Sekadar hiasan. Sumber: Google)

Daripada al-Nu'man bin Bashir, Baginda  صلى الله عليه و سلم bersabda, maksudnya:

"Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata: 'Kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami'. Lalu orang yang berada di bawah berkata: 'Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air.' Kalau mereka menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam kesemuanya." (Riwayat al-Tirmizi)

*********************************************************

Dalam analogi mudah ini, orang yang duduk di bahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan. Di bahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri daripada mencegahnya. Jika orang yang berada di bahagian bawah kapal membuat lubang untuk mengambil air, ia berisiko menenggelamkan seluruh kapal.

Andai kita berada di bahagian atas, wajarkah kita membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita selesa menikmati sinaran mentari dan bayu laut dengan tidak memperdulikan keperluan dan perbuatan mereka di bahagian bawah?

Jika maksiat berleluasa, impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh. Jika bencana melanda dek kemurkaan Allah, orang soleh juga tidak akan terkecuali. Jadi, pilihan yang ada ialah samada BERDIAM DIRI atau BERTINDAK. Buatlah pilihan anda...

(Sumber: Solusi isu 44)


p/s: Bagaimana nak bertindak? Insya allah akan diberikan dalam entri akan datang...'Seni Berdakwah'. Ketahuilah...setiap dari kita adalah da'ie (pendakwah). 

Dapatkan kupasan- 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam majalah Solusi isu 44. Atau boleh beli online di SINI.

16 comments:

  1. salam ujie,
    sayangnya orang sekarang sibuk menjaga perut masing masing.. bila ditegur..golongan yang suka membuat maksiat ni akan kata..kubur masing masing..

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita terlalu nk jaga ati org/xnk dicop busybody sedangkan kita tahu apa yg org tu buat salah...bukan kata kt org saya pn kdg2 mcm tu gak....
    slmt menyambut ramadhan...slh silap saya mohon maaf.;)

    ReplyDelete
  3. Mungkin sbb dunia dah moden jadi perkara maksiat yg depan mata pun buat x nampak je sbb xnak dianggap busybody.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ni ujie.betul kata nazayiena tu..sbb dunia dh moden gitu la jadinya..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ni ujie.betul kata nazayiena tu..sbb dunia dh moden gitu la jadinya..

    ReplyDelete
  6. Bila cuba diperbetulkan dikata suka jaga tepi kain org, tak diperbetul dikata tak ambil berat. So... kena muhasabah diri bila ada teguran terima dgn rela hati.. masing-masing ada tanggungjawab utk menjada yg di bawahnya..

    ReplyDelete
  7. memang susah nak tegur2 org ni..cuma berusaha sedaya mungkin perbaiki diri, perbaiki keadaan sekeliling dan berdoa...doa senjata mukmin ..insya Allah..thanks sharing :)

    ReplyDelete
  8. susah jugak nak komen ni...

    ReplyDelete
  9. ssalam ujie..kalau kita tegur..akan dijadikan musuh la..zaman sekarang ni..ada yang tak suka ditegur..walaupun sedara sendiri

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Ujie..manusia kini mmg camtu..pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  11. baru saya perasan, entry2 k.ujie sekarang ni dah agak berat dan perlukan pemikiran yg telus. hehhe..

    sorry.. agak bz sket lately.. (mcm org lain x bizi..) hehhe.. entry pn kurng.. tq still sudi jengah.. :)

    ReplyDelete
  12. kalau bagi nasihat , orang yang kena nasihat tu mesti cakap "ala, macamla kau tu baik sangat" . hurmmmm

    ReplyDelete
  13. Tu yang bagus baca majalah2 dakwah ni, sbb bleh bagi inspirasi utk kita tulis entry kan?

    Kita pun secara tak sedar dah jadi sebahagian org yg di atas kan? Sebab kita nampak maksiat, tapi berat nak nahi mungkar. Huhu.. Cepat le bagitau solutionnya. Nak tau jugak.

    ReplyDelete
  14. LYD:
    hehe..membaca utk menulis.
    menulis utk menegur..antara cara berdakwah jugak ni. tapi tak tepat pd sasaran.

    ReplyDelete
  15. yess..solusi majalh fevreto..:)
    kena bertindak..tp caner cara bertindak yg betul kan..kena puji2 dulu kot baru boleh tegur kesalahan..hehe

    ReplyDelete
  16. PRETTYWRITE:
    yup..puji, berbaik2, bg hadiah, belanja mkn..barulah mudah kita tegur kwn/adik beradik kita.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...