Inilah handphone pertama yang wujud dalam keluarga saya...NEC Primero Ex.
Ia sebenarnya juga handphone pertama milik arwah bapa saya.
Bapa saya mula menggunakannya sekitar tahun 1997/1998. Sebelum tahun 2000.
Harganya mahal...lebih RM1000. Saya memang ingat, sebab terasa mahal sangat.
Kalau menurut cerita sorang blogger tu, dia beli dulu harganya RM1,800!
Handphone ni berat tau. Memang boleh jadi senjata.
Kalau nak guna, kena tarik antena kat atas tu dulu.
Nombor telefon yang bapa saya guna masa tu bermula 010.
Tak pasti saya ia kepunyaan service provider yang mana.
Handphone ni sekarang memang ada terletak atas almari hiasan di rumah mak saya.
Dah macam bahan pameran...barang antik!
Ada jugak yang berjual beli handphone ni di internet, sebab ia antik.
Tak percaya? Sila search... ^__^



24 comments:
henfon botol air!!hehe
ini dah jadi barang yang dicari collector.
heheh abang ipar ada pakai henset macam ni dulu..tp tak sure brand apa..
Peh! Mszaman2 tepon ni mule kua, sape2 yg ade tepon ni mmg mewah tau!
=D
simpan dulu... bila rege dah naik baru jual
Dulu bukan henfon je mahal, langganan dia pun mahal. Semua kena guna bil kan? ATUR.
mmg antik neh...tgk dlm cter je selalunyer..hehehe...comey je kena tarik antenna :D
assalam ujie..acik mula guna handphone pun tahun 1998..memang besar gedabak jugak..tapi acik beli tak sampai seribu pun..separuh je..tapi masa tu simcard..maxis masa tu RM238..mahal betul..sekarang ni RM10 dah dapat nombor kan.
barang dulu2x macam ni memang mahal ye? =) memang antik..
dulu hp tu le paling canggih kan...dan line yg ada tu le satu 010 hehehhehe..jap jek kan dah jadi antik :)
LYD:
A'ah..bil. masa tu takde prepaid ni.
ACIK:
advance gak acik ya..
Betul tu, awal2 dulu simkad beratus. saya pun penah jd org tgh jualkn simkad2 2nd hand. ^_^
SISDEE:
Hahaa..masa tu inilah yg canggih.
Teknologi cpt sgt..
kena simpan ni...boleh jadi barang antik..^^
memang antik sangat2..
payah nak jupe ni....
tipon ni kalau betong anjing boleh mati anjing tu
EITA:
Hehehe..mmg tu la biasa kami kata..sbb berat, besar.
haha.. tiba2 teringat time form5 dulu ada kawan seludup hp nie.. hp yang kami gunakan untuk berhubung dengan family even barang 'haram' di asrama.. semuanya gara2 public phone tunggal tu selalu rosak & menjengkelkan..
owh ia dah termasuk dalam barangan rare.
wah antik hehehe dulu sape yg ada hndphone mmg hebat la kira org kaya la hehehe..1st ansd sy 3310 hehehe pun leh wat senjata kan
salam k.ujie..bercuti ke mana ni?:)
SHAHZEE:
arwah bapa org berniaga, tu perlukan h/p botol air tu..idak le kaya sbnrnya pun. ^_^
PRETTYWRITE:
cuti2 kg je..
ni kalau baling anjing,koma anjing tu..hehee.sekarang henpon ringan je.
Saya pernah guna nec primero ex ni...my first handset..sekitar tahun 1997-1998. Saya guna line 018 ketika itu bawah Mobikom (dah tak wujud skrg). Henset ni tak guna sim card dan zaman tu takde prepaid2 ni...sms pun lom wujud. Mmg agak berat, namun masih dlm kategori yg ringan ketika zaman tu. Cepat masa berlalu and things evolved...dari first guna nec ni sampai skrg dgn Galaxy Note. Thanks for sharing...nostalgia gitu.
NAZARUDIN:
hehe..thanks kongsi cerita awak.
Primero ex was my first h/p too. 1995, back then having a hand phone was like having a luxury. U do not have many people around you having the same stuff hence you don't get calls easily. It got me excited every time when it rings and i would let the ringer rings long enough before i answer. It was big and heavy. It was cool for every time u talk u have to pull out the antena. I thought i looked hi-tech by having a gadget with antena. U need to dock it to charge and I like seeing the red light flashing in the dark when charging at night. that was 17 years ago, life was interesting with my primero, my saga and those alternative rock music.
CHONG:
i can't stop smiling...thanks for sharing your story! ^__^
Post a Comment