Thursday, 3 November 2011

Rahsia "Black Magic"



Amaran: sila baca perlahan-lahan untuk memahaminya.

Pernah main permainan BLACK MAGIC? Permainan ini saya dan kawan-kawan main selepas peperiksaan PMR. Masa tu bermacam-macam permainan kami main, antaranya Black Magic ni lah. Lagi 'menjadi' jika dimainkan waktu malam dalam kegelapan dorm asrama! Oh..indahnya kenangan bersama kawan-kawan di asrama...

Apa tu permainan Black Magic?
Ia dinamakan Black Magic kerana kita boleh mengetahui apa benda/barang yang telah dibisikkan oleh seorang rakan kepada rakan yang lain. Magic sebab kita tak dengar apa yang dibisik mereka, tapi kita tahu apa benda tersebut!

Cara bermain:
Seorang atau lebih akan menyebut sejenis benda, contohnya komputer. Ia disebut secara berbisik kepada seorang individu A, tanpa pengetahuan individu B yang duduk berjauhan dari situ. Kemudian si A akan mula menyoal si B, si B perlu meneka BUKAN atau YA sambil disaksikan mereka yang menyebut benda tersebut. Contoh;

Individu A: bantal..
Individu B: BUKAN
Individu A: matahari..
Individu B: BUKAN

berterusan sehinggalah si A sebut komputer, barulah si B jawab YA! Lepas tu dah tentu mereka yang bertanya akan hairan dan rasa sangat MAGIC! Mulalah tak puas hati suruh buat lagi..dan lagi. Siap suruh meneka disebalik dindinglah, jangan pandang orang yang menyoal dan bermacam ragam lagi. Memang seronok dan kelakar!

Rahsia Black Magic:
Sebenarnya tiada magic, tiada menggunakan sebarang isyarat komunikasi antara si A dan si B. Apa yang perlu, si A mesti menyebut benda berwarna hitam dalam sesi soalannya kepada si B tadi. Selepas itu barulah menyebut benda yang sebenar, iaitu komputer. Sebab itulah si B boleh tahu!
Kata kuncinya- jawapan yang dicari adalah selepas benda berwarna HITAM/BLACK. Contoh: rambut si A, kereta hitam jiran sebelah...

Jadinya, untuk merealisasikan permainan ini korang kena ajar seorang lagi rakan sebelum mula bermain dengan rakan lain. Lepas tu jangan bagitau rahsia permainan ini, biarkan mereka 'pecah kepala' fikir apa sebabnya!

Permainan ni saya main semasa camping, masa malam kenduri kahwin (selepas penat rewang) dan bila berjumpa ramai-ramai dengan ahli keluarga. Biasanya mesti berakhir dengan suara-suara tak puas hati. tak kurang juga yang teruskan mencuba untuk mengkaji apa rahsianya. Sebab tu jangan bagitau rahsianya, kalau nak main selalu!


p/s: Harap korang faham penerangan saya ni ya. Saya kongsikan supaya korang boleh bermain dgn kawan dan keluarga. Sebab ia boleh dimainkan oleh semua peringkat umur. Menyeronokkan dan mengeratkan lagi hubungan!

22 comments:

  1. tak paham yang part rahsia black magic tu..
    kenapa kena sebut warna hitam???
    tak paham..

    ReplyDelete
  2. diana:
    sbb tu nama BLACK MAGIC, hitam. kalo green magic mcm tak best.

    kena sebut benda warna hitam supaya si B yg nak menjawab dpt KLU yg slps benda warna hitam adalah benda yg betul.

    ReplyDelete
  3. ok, paham..tapi kan game ni boleh main bape org?ramai ke?klu dah tau pasal warne hitam tu senang la nak teka kan..

    ReplyDelete
  4. wanie:
    betul..

    main ramai2 la best. suruh diorang ramai2 pilih satu benda utk kita teka.

    ReplyDelete
  5. Oh main budak3 4 tahun ni.. Best...

    Ingatkan td mcm spirit2 of the coin..
    Barulah hevoc.. Kurapat..kurrrrrrafaattt

    ReplyDelete
  6. Asslamualaikum ujie..,

    haah...pakcik ada juga main magic ni masa sekolah dulu...memang menyeronokkan. ... tapi kena ada pair yg baik....

    ReplyDelete
  7. tea:
    hehe..ni takde spirit2 nya..
    kira kesalahan sape2 main spirit kat asrama woo..

    azmnor:
    penah main gak eh..seronok kan!
    yelah, kena ada pair yg pandai..kang bocor rahsia.

    ReplyDelete
  8. hehehe..stylo..stylo..nanti leh test main ngan member2 nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. waaaa..xphm..mcm mne kak?xpernah maen..hihihi...tp siyes,nmpk cm bes je..bOley try :D

    *nti ct bce skali lg ..haha

    ReplyDelete
  10. juliet & ctk:
    hehe..tak paham ya? kena baca dan bayangkan sekali. kalau nak mudah, buat demo sendiri.

    mmg susah nak terangkan dlm bentuk penulisan. ni je yg termampu.

    ReplyDelete
  11. tak penah main sis..hehee

    bila nak ajar main ni??boleh main reramai^^hehee

    ReplyDelete
  12. woofer storm:
    ha..tu kena buat gathering santai la.
    lps tu kena caj la..ILMU HITAM ni tau! *__*

    ReplyDelete
  13. daddylicious:
    fenin jugak??
    nampaknya penulisan blm cukup bagus utk bg org paham.

    ReplyDelete
  14. tak seberapa paham..
    tapi mcm best plak..
    nak kena baca betul2 ni nak pahamkan.. :)

    ReplyDelete
  15. hehehe..
    pernah main masa kat hostel.
    mula2 mmg bengang je sbb xtau..
    bile dah tau,syokla pekenakan orglain lak..=D

    ReplyDelete
  16. zahidah seran:
    haha..mmg syok!
    so, sape2 yg blm paham..baik pahamkan ya.

    ReplyDelete
  17. 50/50... blurrr lagi... huhuhu.. mcm nak paham.. tapi x paham... ce bg cth cane main..

    ReplyDelete
  18. alamak ..
    macam x brapa paham la.
    huhu...

    ReplyDelete
  19. Sptutnya game ni jgan la dibocorkan rahsia nyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bocorkan, orang tak boleh main game ni pulak. Sebab tak tau cara nak main..hehe

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...