Thursday, 8 September 2011

Puasa Enam : Puasa Qadha

Bulan Syawal ni disunatkan kita berpuasa selama 6 hari. Cuma yang sering jadi persoalan (terutamanya kaum perempuan), mana perlu didahulukan..Puasa Enam atau Puasa Qadha (ganti)? Atau boleh digabungkan kedua-duanya?

Sebenarnya ada beberapa pendapat yang berbeza oleh para Ulama' mengenai persoalan di atas. Tetapi ia bukanlah satu masalah kerana perbezaan pendapat terhasil daripada tahap kefahaman yang berlainan.

Sejak dulu saya berpegang kepada pendapat bahawa tidak boleh menggabungkan Puasa Enam dengan Puasa Qadha. Saya juga berpegang kepada pendapat bahawa Puasa Qadha perlu dilaksanakan terlebih dulu sebelum melakukan Puasa Enam. Ini kerana Puasa Qadha merupakan hutang yang wajib dilunaskan, sedangkan Puasa Enam hanya amalan sunat. Disebabkan ajal maut boleh menjemput kita pada bila-bila masa, maka yang wajib amat perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum yang sunat.
 
*Untuk huraian lebih lanjut, boleh layari zaharuddin.net sebagai rujukan mengenai persoalan di atas.*
 
p/s: Para isteri bolehlah pakat berpuasa bulan Syawal ni dengan suami..isteri Puasa Qadha, suami Puasa Enam! Kalau berkesempatan, isteri boleh terus Puasa Enam juga.

7 comments:

  1. Assalamualaikum ujie..,

    memang berpuasa syawal 6 hari sangat-sangat dituntut....berkenaan hukum-hakam tu kena lah rujuk kepada yang ahli dan pakar dlm bidang tersebut...allahualam.

    ReplyDelete
  2. tak pernah berpakat puasa sunat dengan suami...hehehe...

    nak start puasa ganti isnin ni..
    5 hari je...:p

    ReplyDelete
  3. betoi2...

    salam kenal dari kakD...kakD singgah dari blog Diana Rashid

    ReplyDelete
  4. nice info..tu lah,prnah dgr org bgitau yg boleh gabung puasa enam ngn ouasa gnti..=_=

    ReplyDelete
  5. cahaya: saya pun penah dgr camtu..

    ReplyDelete
  6. btl2...buat yg wajib dulu..kalau sempat buat enam..pasal gabung tu x sure boleh ke tak..

    ReplyDelete
  7. oouh cmtu ye.. thanks for da info ya

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...