Thursday 3 May 2018

Menimba Ilmu di Kelas eUsahawan

Ahad 29/4/2018

Alhamdulillah...hari Ahad lepas saya bersama jiran berpeluang hadir ke kelas eUSAHAWAN anjuran MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) di Tech Mahindra, Cyberjaya. Kelas ini diberi secara PERCUMA! Ya, cuma perlu daftar dan hadirkan diri. Kelas sehari (9 pagi - 6 petang) percuma, makan tengahari juga disediakan percuma! 


Ini yang saya belajar, semuanya tentang ilmu perniagaan online.
Banyak yang saya belajar, rasa sangat-sangat bersyukur dapat join kelas begini secara percuma! Saya pernah ke kelas berbayar, tapi yang ni lebih berbaloi sebab lebih banyak perkara baru saya belajar.


(gambar dari h/p cikgu)
Kelas yang selesa! Wifi pun laju. 
Kita cuma perlu bawa smartphone, laptop dan wire extension (plug point terhad).
Bawa juga botol air sendiri dan roti/coklat (untuk yang cepat lapar macam saya, petang tu dah kelaparan 😓)


Itulah cikgu kami - Master Trainer Azriel.
Sesi pembelajaran yang seronok dan interaktif! Apa yang kita belajar, terus kena buat di smartphone dan laptop. Lebih mudah faham dan kita jadi sangat fokus. Memang tak sempat nak rasa bosan atau mengantuk! 


(gambar dari h/p cikgu)
Dipaksa selfie 😄. Lepas tu terus kena upload di Instagram.
Okey....ni sebenarnya tengah belajar mengenai 'hashtag' di Instagram.


(gambar dari h/p cikgu)
KAMI! Dari pelbagai peringkat umur, jantina dan bangsa. 
Baik dan saling membantu masa belajar. Maklumlah...benda digital, kadang kita klik tak keluar macam cikgu suruh. Kawan kanan kiri lah yang membantu. Semoga masing-masing dapat manfaat dari kelas ni, Insya Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk korang yang nak berbisnes secara online, atau sedang berbisnes online (tak kisahlah walaupun jadi dropship) sangatlah digalakkan join kelas ni. Rugi tak rebut peluang belajar secara percuma yang diberikan oleh kerajaan. 

Untuk mengetahui bila kelas akan diadakan oleh Master Trainer Azriel, boleh la ke Fb beliau di SINI. Sebenarnya ada ramai trainer, trainer Azriel ni salah seorang daripada trainer yang dilantik oleh MDEC.

8 comments:

  1. Peluang da ada dpn mata kan.. Ambil saja..
    Kalau org yg xde perniagaan dan baru nk mula berniaga pun boleh join jgk ke?

    ReplyDelete
  2. Patutlah kan org yg bisness online ni konfiden serba serbinya. Rupanya dah ditrain dlm kursus.
    Menuntut ilmu ni sampai ke liang lahad baru habis ye Ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam penghujung Syawal Ujie, maaf zahir batin

      Delete
  3. bagusnya percuma je, ilmu yang kita dapat tu memang bergunalah kan, semoga uji terus berjaya dalam apa yang diusahakan

    ReplyDelete
  4. dah beberapa kali dapat sms jemputan tapi tak pegi lagi sebab beranak kecik time tu, bila baca ni, baru teringat balek, insyaAllah nak isi lagi permohonan tu..thanks bagi info yang sangat baik ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****