Wednesday 17 January 2018

Trip Singkat ke Jakarta, Indonesia

Jakarta...destinasi trip singkat saya dan suami pada bulan November 2017 lalu. Disebabkan tuntutan kerja suami, agak susah nak buat plan awal untuk ke mana-mana dan tak boleh pergi lama. Memandangkan saya tak pernah sampai Jakarta, suami ajak ke sana je. Suami dah beberapa kali ke Jakarta sebelum ni, tapi atas urusan kerja. 

Trip singkat kami - tiba di Jakarta pada 17 November 2017, Jumaat (malam) dan tiba di KLIA semula pada 19 November 2017, Ahad (malam). 

KLM Royal Dutch Airlines...trip kali ni sengaja naik KLM. Ambil pengalaman berbeza. 

Bila masuk je ke perut kapal, kami disambut dengan ramahnya oleh pramugari & pramugara yang majoritinya agak berusia. Memang sesuatu yang berbeza! 


JAKARTA, INDONESIA

Sekitar 2 jam penerbangan, Alhamdulillah kami selamat tiba di Bandar Udara (bandara) Internasional Soekarno Hatta, Jakarta. 

Untuk ke hotel penginapan (kami menginap di Clay Hotel), kami memilih untuk menaiki Grab. Kami keluar sedikit dari bangunan utama dan menuju ke ruangan Pick Up Zone ni. Buat carian Grab di sini, dan sekejap je dah dapat. Pemandu Grab datang menyapa kami dan minta kami tunggu sebentar untuk dia ambil kereta di ruangan parkir. 

Masa nak keluar nanti, kita yang perlu bayar caj parkir Rp. 5.000. Sediakan duit siap-siap. Caj dari bandara ke Clay Hotel adalah Rp. 97.000 + tol Rp. 16.000.

Kesesakan jalan raya, sesuatu yang biasa di Jakarta. Perjalanan agak lama, tapi tak terasa bosan sebab mata sibuk memerhati keadaan kota Jakarta.

Orang-orang di sini sangat bertoleransi semasa di jalan raya. Buktinya, Grab yang saya naiki ni tersalah masuk jalan. Boleh dia mengundur dan masuk ke jalan yang betul secara menentang arus (dengan bantuan seseorang yang ada di tepi jalan). Takde siapa yang hon marah, sebaliknya memberi laluan. Menurut suami, biasanya pemandu akan hulur sedikit wang kepada orang yang membantu seperti tadi.

Sekitar 1jam kemudian, kami tiba di Clay Hotel yang terletak di Jalan Blora, Menteng, Kota Jakarta Pusat. Lepas selesai urusan check-in, kami keluar untuk melihat-lihat sekitar dan mencari kedai makan. Suasana malam di sini meriah dan hidup. Terdapat banyak 'gerobak' (gerai tolak) milik peniaga yang menjual bermacam makanan di kaki lima.

Kami makan di sini - Waroeng Mee Semacam Tempat Nongkrong. 'Nongkrong' tu maksudnya bersantai/melepak. 

Sekuali mee dan satu jug air untuk saya! Hehe...tapi kuali dan jug ni saiz kecik je. Mee tu kan...kami rasa mee segera - Indomie Mee Goreng. Apa-apa pun, memang licin 2 kuali dan 3 jug kami habiskan sebab memang lapar! Perut kenyang, barulah boleh balik tidur. 💤


...bersambung...

19 comments:

  1. Replies
    1. terbalik dgn saya...tak suka sebab sgt sesak & kurang minat shopping. hahaa

      Delete
  2. Bagus ye org2 sana, ada kerjasama dan tolak ansur. Kalau kat sini da kene hon agaknya.

    Wah nama kedai makan dia.. Semacam hehe.. Nasib akak bg tau maksud nongkrong. Igtkn apa tadi. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab kepadatan penduduk yg tinggi, bertolak ansur lebih mudah. semua dapat hidup lebih aman. :)

      Delete
  3. KLM memang berbeza tapi enjoy the trip

    ReplyDelete
  4. menggodanya mee tu. perasaan je kot, dok rasa buat sendiri takda lak camtu, hehe

    ReplyDelete
  5. Sesekali nak juga mencuba KLM ke Jakarta... Amsterdam... oh belum termampu...

    ReplyDelete
  6. teringin nak pergi jakarta...belum sampai lagi dkt sini

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap new dlm kuali Tu laa

    ReplyDelete
  8. kalau lapar apapun licin dibuatnya kan..baguslah ada tolak ansur dijalan raya, kalau disini nak keluar simpang jenuh bagi signal pun orang tak bagi laluan juga..huhuhu tapi tengok pada individu jugakkan kadang2 ada je yang mudah bagi jalan, pokok pangkalnya kita sendirikan

    ReplyDelete
  9. Best laa dpt ikut suami..singkat pun x pe dpt gak jenjalan

    ReplyDelete
  10. Rasa mcm dah baca entri ni tapi kenapa tak komen pulak ek!!!

    Lama tak dengar perkataan Nongkrong tu.... kalau ikut kamus Jawa warisan diri sendiri, nongkrong ni mcm duduk disuatu tempat yg sedikit tinggi... kat jakarta lain pulak maknanya ek....
    Short vakay pun short vakay lah janji dpt jalan hihi....Kalau dah lapo apa pun sedap kan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****