Monday, 14 November 2016

WARDA?

Kisah minggu lepas...
Seorang pelanggan saya yang selesai membeli Inner Dagu, 
lalu bertanyakan pulak tudung Warda...

Pelanggan : Ada jual tudung WARDA tak? 
Saya : Takde kak, tudung apa tu ya? 
Pelanggan : Alaa...WARDA Surihati Mr Pilot...
Saya : Ohh... (walau masih tak paham pun! Hahaha)

Sebab apa saya tak boleh nak paham?
Sebab saya tak pernah menonton walau sekali pun cerita tu...
Tajuk tu tau pun sebab orang 'sekeliling' (di FB & grup WhatsApp) asik menyebut.

Beberapa hari selepas kejadian di atas,
Kawan grup WA bersembang lagi pasal cerita tu dan ada sebut 'WARDA'...

'Siapa WARDA? Watak dalam cerita tu ya?' tanya saya.
'Ya, tu nama watak yang dilakonkan Neelofa dan 
sekarang jadi nama tudung dia' jawab seorang kawan.
'Ohhhh...' terus ketawa sorang diri!

Sekarang baru faham maksud pelanggan aritu.
Inilah kesan tak menonton rancangan kegemaran ramai!
Dan rumah saya takde Astro Ria pun sebenarnya!
Sebab pasang Njoi je kan...
😂😂😂

12 comments:

  1. cantik agaknya tudung warda tu..

    ReplyDelete
  2. sempat pickupline tu, hehe

    salam singgah dari www.neezalife.com

    ReplyDelete
  3. Hehe.. ira tgk citer tu masa balik kg mertua.. selama ni org dok bercerita, ira dgr je la..
    Hebatkan pengaruh tv.. apa yg dipakai akan jd ikutan org..
    Ok lg kak ada njoi.. ira tgk tv biasa je.. 1,2,3,9,al hijrah.. tu pun tak tertengok..

    ReplyDelete
  4. sikit hari anak2 yg baru lahir pun bubuh nama warda..hahaha

    ReplyDelete
  5. Hihi..... besar betul pengaruh sesuatu rancangan kepada kehidupan kita kan Ujie.
    Lagi pun Neelofa tu tu cantik, pakai tudung macam mana pun tetap cantik..

    ReplyDelete
  6. demam mr pilot tak abis lagi kan.. salam kenal..

    ReplyDelete
  7. ciktom pun tak pernah tgok citer mr pilot tu..trending benor sampai penangan tudung mcm warda..mesti laku kalau jual skang ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Minat sgt ngan Warda smpai sggup cr tudung Warda..hihihi

    ReplyDelete
  9. terlebih minat nak buat macmana kan...sesekali kalau gi lepak kat umah mil ada lah jugak jeling2 kat citer ni..tapi tak faham satu apa pun..yelah..umah kita sama lah takde astro..huhuh

    ReplyDelete
  10. Jgn kata kak ujie, kalau dia tanya JM pun melopong..tak tgk drama tu

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...