Monday, 8 August 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Impit @ Ketupat Segera

Sejak ada PPC (Philips Pressure Cooker) ni, makin mudah untuk saya memasak ketupat segera. Eh, memanglah masak ketupat segera senang je! Rebus je pun. 

Tapi...biasanya akan ambil masa paling kurang 60 minit untuk kita rebus, dan kita kena jaga air dalam periuk jangan sampai berkurangan....hangus! Pastu kena jaga jugak jangan sampai air rebusan mendidih melimpah kat dapur masak kita. Pendek kata tak boleh tinggal gitu je.

Bila ada PPC ni, ketupat segera boleh dihasilkan lebih cepat dan tak payah duduk dapur jaga periuk. Bab tak payah duduk dapur tu yang saya suka! Ok, macam mana caranya? 



1. Saya masukkan 15 pek mini ketupat ADABI. 
Letak air melebihi paras ketupat, saya letak pada paras 1/3 periuk.


2. Tutup periuk. Tombol pusing ke SEAL. 
Tekan mode RICE - START. 'Default time' untuk mode Rice adalah 14 minit.
Dah boleh tinggalkan dapur, tak payah risau. Dah siap nanti pandailah dia berbunyi 'beep'.


3. Dah bunyi 'Beep', tekan OFF. Saya biarkan sekitar 20 minit untuk pressure release sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan air mercik dari tombol dan juga melimpah keluar semasa kita buka tutup periuk. TIPS ni terpakai untuk semua jenis masakan yang berkuah/banyak air.

Lepas 20 minit tadi, bukak periuk (tanpa perlu tolak tombol ke VENT) sebab periuk dah takde pressure. Keluarkan ketupat, toskan dan sejukkan dulu ya.


4. Ketupat dah sejuk, baru boleh potong elok. 
Nampak? Memang cantik hasilnya. Padat, kembung dan lembut isinya.
Bab kembung dan lembut, rasanya sebab saya guna ketupat ADABI. Pernah masak ketupat NONA, agak leper dan tak lembut macam ni. Itu pendapat peribadi saya je tau. Ikut citarasa tekak masing-masing.

5. Alhamdulillah....menu hujung minggu saya dan suami - Soto!


Nota PPC : Paling maksima saya pernah masak ketupat segera menggunakan PPC adalah sebanyak 33 pek mini. Insya Allah, ok je! Selamat mencuba!


12 comments:

  1. Betullah Ujie.. ketupat adabi selain lembut sikit dan wangi berbanding Nona.
    Kakak guna pressure cooker Amway berbelas tahun dah sampai tempat picit-picit tu dan kakak selotape:)

    ReplyDelete
  2. MUDAHNYA CEPAT PULA YA UJIE...

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaaa~ akk beli bape rm? sy nk beli jugak lah, mmg senang sgt keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak beli tahun lepas, rm399 kat Aeon Big. :)

      Delete
  4. bestnya pressure cooker ni...nti boleh survey jgk.mdah kerja

    ReplyDelete
  5. wah mudah sangat ni...mmg senang sangat keje kita kan...

    ReplyDelete
  6. produk philips memang terbaik. memang senang kerja kita kan..

    ReplyDelete
  7. kalau macam ni memang berbaloi lah beli kan.....ketupat pun napok gebu comel je..

    ReplyDelete
  8. Soto tu faveret hakak tau Ujie.....sedapnya nampak. Daun bawang tu mesti buat sendiri kan Jie? Buat meleleh air liur mak je tengah tengahari cenggini.
    Philips pressure cooker sama function dengan Noxxa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bwg goreng buat sendiri kak, gaul garam+tepung gandum...sedap rangup! Buat sendiri, puji sendiri...hahhaa

      ya kak, fungsi keduanya sama - periuk tekanan.

      Delete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...