Thursday, 3 September 2015

Mesin Deposit Syiling

Dah beberapa kali pergi, mesin ni asyiklah tak berfungsi.
Alhamdulillah semalam boleh guna...

Inilah Mesin Deposit Syiling di Bank Rakyat, khusus untuk pemegang akaun Bank Rakyat sahaja. Pertama kali guna, memang tak reti. Terima kasih kepada staf yang rajin membantu. 

Selesai mesin tu mengira, akan keluar resit ni. Siap ada senarai denominasi syiling kita. Nampak tak? Yang banyak duit 10sen dan 5sen. Itu bermaksud, jangan pandang sebelah mata dengan duit syiling nilai kecik. Bila kumpul camni, jadi banyak jugak tau. Ni hasil dari tabung sebesar tin susu pekat manis tu je. Bolehlah buat belanja isteri makan kat Aunty Aini's Garden Cafe! Kata suami sayalah...sebab ni hasil tabungan dia!

Lepas dapat resit, kena isi borang deposit dan amik nombor macam biasa untuk urusan di kaunter. Duit akan masuk akaun kita dalam tempoh 2 hari bekerja. Untuk yang mencari kat mana ada Mesin Deposit Syiling ni, boleh lah klik  DI SINI.

37 comments:

  1. mesin ni boleh kira syiling lama dengan syiling baru sekali gus ke. kalau macam sesetengah mesin vendor yang tak terima duit lama, susah jugak.

    *ada buat bidaan dalam entri terbaru, kot2 la nak join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..duit lama dan baru, semua terima. Kecuali sompek/bentuk tak mcm asal...

      Delete
  2. ira ada jgk cuba guna mesin syiling ni..
    tapi bank muamalat.. senang bila ada mesin ni, tak perlu pergi kaunter, blh bank in waktu cuti je.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lagi best Ira, terus bank in. Yg bank Rakyat ni tak best camtu..masih kena Q untuk bank in (bwk resit dari mesin kira duit tadi).

      Delete
  3. kat rumah ada sepasu besar duit syiling. tunggu masa nak simpan kat bank

    ReplyDelete
  4. wah...bestnya tak pernah guna mesin syiling ni.nnti cari n nk cuba la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tak cuba..nanti jakun mcm akak! hahaa

      Delete
  5. ooo macam tu ke caranya...kalau macam mesin syiling kat AEON cane plak erk?sebab ari tu ternampak kat AEON one utama ada satu mesin..area market dia kalau x salah

    ReplyDelete
  6. mudahnya dah ada mesin cam ni..biasa nampak untuk duit kertas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak byk pun mesin utk syiling ni..tu yg jarang nampak.

      Delete
  7. tak pernah guna pun...saya selalu tukar duit syiling kat kedai2 mamak sini..lepas tu terus pi bank simpan..heheh selelunya masuk akaun anak2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun sng jugak tu. Kedai2 mmg perlu sgt duit kecik.

      Delete
  8. Tak de akaun Bank Rakyatlah Ujie.... dulu pernah gak htr duit syiling cenggini tp kat Aeon ....terus dpt voucher shopping haha....pandaikan Aeon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ni yg Amanda ckp kot. Maksudnya, kita masuk syiling..dia bagi baucer Aeon? Hahaa..bijak2 dak Aeon!

      Delete
  9. Saya pernah deposit syiling lebih RM400 di Bank Islam... berkilo beratnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh! tu tahap kena pakai pembantu/body guard tu.. :D

      Delete
  10. Betul tu Ujie, jangan pandang rendah duit kecil 5 sen dan 10 sen, kecil2 jadi bukit, dari bukit jadi gunung, lepas gunung bertimbun jadi berbilion-bilion (walaupun tak sampai RM2.6 bilion)...

    ReplyDelete
  11. Usah kata 5 sen Ujie.. Kakak dulu duit satu sen pun kakak simpan tau.
    Yg sikit bila dikumpul inilah hasilnya.. alhamduillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak..1sen ada gak ni. Tapi kan skrg dah tak laku, buat koleksi jelah. :)

      Delete
  12. tgh cari jgk mesin mcm nih dkt sini.. kiter bnyak jgk duit syiling nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde mesinnya, Ahlam pegi direct kat kaunter bank pun boleh. Diorang kira pakai mesin diorang.

      Delete
  13. Assalamualaikum..

    Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. So syiling RM0.05 pun bernilai juga.. Mudahnya dengan mesin kira suit syiling tu.. Thank you for this info.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...5sen yg selalu sepah2 tu kutip kumpul..

      Delete
  14. Kat rumah tu, suami saya yg rajin simpan duit syiling. Besar tin biskut hupseng tu.

    ReplyDelete
  15. mesin syilling adalah mesin yang paling kompleks... bukan mudah nak membezakan antara duit syilling baru dan lama...saiz syilling yg sangat kecil perbezaan saiznya...sebab tu cepat rosak, apatah lagi yg non-stop terima kemasukan dari pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..patutla mesin ni selalu je rosak. Dah berapa kali dtg asik rosak. Thanks info..

      Delete
  16. bank rakyat sorang je ade ke., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut komen kawan2..bank muamalat pun ada..

      Delete
  17. ita biasa tukar kat kedai makan duit siling..pahtu baru gi kat bank..
    kalau macam ni senang lah sangat kan...xyah nak menjaja duit siling merata..

    ReplyDelete
  18. a'a.. dulu slalu p jaja kat kedai kedai tanya nk syiling x. sampai tebal muka muka nk p kedai.
    KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

    ReplyDelete
  19. wah dah makin mudah sekarang...boleh lah depositkan tabungan anak..hihi

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  20. Tapi okje tak de akaun bank rakyatlah Ujie.....Baguslahkan ada mesin cenggini. Senang nak tukar duit. Kat rumah ni pun sama, merata rata duit syiling, lelaki manalah suka simpan duit syiling.....
    Patutnya lain lain bank kena sediakanlah medin cenggini.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...