Monday, 12 January 2015

Lumut dan Ikan Bilis Mata Biru

...sambungan catatan lalu...

2 JAN. 2015
Dari Menara Condong Teluk Intan, kami kini di berada di Lumut. Terus cari penginapan sebab hari dah pun gelap. Berpandukan GPS Axia (buat carian hotel terdekat), dengan mudah terpapar senarai hotel. Ada yang tertera nombor telefon, kami telefon beberapa buah hotel untuk bertanyakan harga. 

Akhirnya kami pilih untuk ke GM Holiday Inn, sebuah hotel bajet. Hotel ni terletak di sebelah kiri jalan, jika kita menghala ke bandar Lumut / jeti ke Pangkor. Terletak di blok rumah kedai yang telah diubah suai menjadi hotel. Di blok yang sama, terdapat beberapa buah hotel bajet lain. Ada yang semurah RM39 utk bilik standard. Pendek kata, di Lumut ni takde masalah nak cari penginapan. Memang senang jumpa sebab semua kat tepi-tepi jalan dan sekitar bandar Lumut. Pilih je ikut bajet dan tujuan kita.


Bilik kami - Deluxe King dengan kadar RM65. Agak puas hati. Masih ada ruangan yang cukup untuk solat. Cuma berbau kurang menyenangkan sikit, suami kata bau asap rokok. Bilik airnya pulak saya kurang selesa sebab tak berapa bersih. Takpe, duduk kejap je kan. Bagi yang berminat, boleh layari www.gmholidayinn.com.my atau hubungi 05-683 8898. Boleh je korang tengok bilik dulu, tak puas hati boleh tukar bilik. Kami sampai dah malam, tak larat dah.

Lepas dapat penginapan, baru keluar cari makan. Pun tak susah, sepanjang jalan tadi memang dah nampak tempat makan. Kami terus je ke Ikan Bakar & Steamboat Lumut, tak jauh dari hotel. Lepas makan, terus balik bilik.

3 JAN 2015
Sekitar jam 8 pagi kami check-out. Bersarapan di restoran berhampiran, deretan yang sama dengan hotel. Lepas tu terus ke bandar Lumut untuk beli hasil laut. Tak ke Pulau Pangkor pun, tiada dalam perancangan dan sebenarnya dah pernah pergi (14 tahun dulu lah!).

  
Di bandar Lumut, kami ke kedai Hasil Laut Jamilah, yang ni memang orang Melayu Muslim. Mana tau? Saya buat carian kat internet. Yang melayan kami pun seorang lelaki Melayu, pekerja katanya. Soalan pertama kami, 'Yang mana satu IKAN BILIS MATA BIRU?'. Yelah, Lumut kan terkenal dengan ikan bilis mata biru. Rupa-rupanya, 'Semua ni ikan bilis mata biru. Beza pada saiz ada kecik ada besar, dan kualiti'. Tersenyum-senyum kami! Tahan ketawa sebenarnya. Baru tau! Tengok rupa macam ikan bilis biasa je, tak taulah mana dapat panggilan 'mata biru'. Tapi kalau ikan bilis yang halus putih tu memang matanya nampak biru. 

Tambah pekerja lelaki tu lagi, ikan bilis mata biru dari Lumut ni lebih sedap, kurang masin dan tak liat. Dari segi harga, berbeza ikut kualiti. Kalau korang ke Lumut bolehlah pergi kedai ni, lokasinya bersebelahan sekolah dan berhadapan Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat.

Selesai membeli, penjelajahan diteruskan menuju ke Ipoh. Kita bukak buku peta sebagai panduan tempat-tempat yang bakal dilalui dan set GPS untuk bantuan.

12 comments:

  1. Kakak rasalah Ujie dah berpuluh tahun kakak tak sampai Lumut.
    Sana memang terkenal dgn ikan bilis mata biru. Mahal tapi lemak dan rangup dia tak sama ikan bilis biasa.

    ReplyDelete
  2. Akak tak pernah pergi Pangkor dan belum ada minat nak ke Pangkor lagi setakat ni. Tapi Lumut, memang kami suka.

    ReplyDelete
  3. nampak ok bilik tuu. cuma memang tak selesa lah kan kalau bilik air kotor :D

    ReplyDelete
  4. ikan bilis mata biru... lebih sedap ker banding bilis lain... ishhh ada haritu member gi Pangkor... dapat cari ikan sepat masin jer... kalau tau ada ikan bilis mata biru ni haruslah pesan jugak

    ReplyDelete
  5. Ikan bilis mata biru kira2 ikan bilis mat salih lah kan...? Mungkin asal usul ikan bilis tu dari Eropah kot???

    ReplyDelete
  6. kalau bilik air kotor memang tak best.lagi2 bila bawak anak ..jenuh nak kawal jangan sentuh itu ini..hahahah...itu saya la..kalau suami saya memang dia mintak tulkar bilik je.tau bini dia cemana..tak merungut tapi dok kawal anak jangan sentuh itu ini..dia rimas nanti..:p

    ReplyDelete
  7. aiikkk,...ikan bilis mata biru...mcm orang putih....

    ReplyDelete
  8. Bilik air kotor.memang rasa tak selesa kan ujie

    ReplyDelete
  9. Berapa rm ye skilo harga ikan bilis Lumut? Saya selalu kirim dgn kawan kat Sabah. Ikan bilis sabah pun cantik dan bersih. Biasa beli 2 kilo terus. Puas hati masak nasik lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga lain2, ikut jenis bilis. Yg bilis halus putih tu lebih mahal..dalam rm60/kg. Ada yg mcm bilis biasa tu dalam rm40+/kg.

      Delete
  10. dah lama tak jejak sini baca cerita travel akak.
    nampaknya akak travel ke perak. hehe

    ReplyDelete
  11. Ikan bilis mata biru di Lumut memang ikan bilis terbaik di Malaysia. Kalau saya ke Lumut, akan cari ikan bilis ni ...

    Kontest Blogger - Review Lynk.my 2015

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...