Wednesday 17 December 2014

Belajar Memandu Semula

Isnin lalu, saya belajar memandu semula. Setelah lebih 10 tahun tak memandu! Sepanjang tempoh tu, lesen memandu saya memang sentiasa suami renew. Kali terakhir memandu, 10 tahun lalu di Gemencheh, N. Sembilan. Paling kerap saya memandu (sebelum pindah Gemencheh) iaitu semasa tinggal di Broga, Semenyih. Masa tu jadi guru ganti di Beranang, selain tu kerap pergi perpustakaan Semenyih sorang-sorang masa suami bekerja. Yelah, masa tu penggunaan internet tak meluas sangat. Masa yang terluang banyak baca buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. Berbalik kepada cerita pemanduan, bagi yang kenal Jalan Broga 10 tahun lalu jalannya memang tak mesra pemandu. Banyak selekoh tajam, jalan macam ular kena palu. Tapi Alhamdulillah sebab dah biasa, berani je dan takde masalah.

Kenapa sekian lama tak memandu? Ceritanya, awal kawin dulu pakai kereta Kancil Manual. Kereta kecik sama macam masa ambik lesen, beranilah saya. Lepas tu kami pindah ke pedalaman sikit (hidup dikelilingi ladang sawit, ladang getah dan cuma ada jalan tanah merah/batu kasar sebagai penghubung). Pihak syarikat beri Hilux (kenderaan pacuan empat roda), maka kami 'lepaskan' kereta Kancil yang ada. Jadinya, sejak tulah saya tak memandu. Bila tukar kerja, dan beli kereta sedan pun saya masih tak berani sebab dah lama tak memandu. 

Kelmarin berani pun sebab bawak kereta kecik, adik beradik Kancil. Baru dapat hasil trade-in kereta Proton yang lama. Pertama kali bawa kereta auto, memang syok. Tak susah macam bawa manual. Suami duduk sebelah, saya pandu. Pusing-pusing kawasan perumahan saya je, penduduk belum ramai senang sikit. Nak bawak ke jalan besar Pajam yang banyak lori angkut pasir tu? Hahaaa...belum berani!

~nak tulis pendek tapi jadi panjang daa..~

*****************************************************

Koleksi terkini...klik DI SINI jika berminat. 

31 comments:

  1. Ros pula belum pandai memandu. aduhai.. dalam proses nak ambil lesen sebenarnya ni

    ReplyDelete
  2. sekarang aku memang jarang drive..
    last aku drive masa gi kuala krai hantar anak sedara
    lepas accident kat seremban bulan 4 hari tu
    aku jadi phobia kejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama gak tu tiha, aku doakan fobia ko cpt hilang. Lama2 takut hilang skill.

      Delete
  3. Sama kes macam saya dulu. Lesen tu renew jer. Start bawak lepas habis pantang anak kedua sebab dah bertukar tempat kerja. Tak sehaluan jalan dgn hubby lagi dah. Nak tak tak terpaksa gak drive. Memula tu asyik mati enjin jer. Keta manual. Kalau jalan sesak kat jln yg agak berbukit tu dah menggelabah dah. Drive pon kat lane 1 jer. Tapi skang dah ok. Expert sudah...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masa bwk manual, asik mati enjin kat traffic light. menggelabah!

      Delete
  4. Sekarang ni Ujie dalam fasa 'gila stereng' la yer...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii..tak jugaklah, blm berani drive sendiri pun.

      Delete
  5. yeay!! selamat memandu kembali!

    ReplyDelete
  6. lebih kurang dengan saya juga...ada jer lesen tapi x memandu...insyaallah satu hari nanti saya pasti boleh drive...yakin boleh...

    ReplyDelete
  7. Tapi sebab dah pernah memandu bila pegang balik stereng kakak rasa tak ada masalah Ujie. Tinggal kena cekal dan berani aje. Lepas ni jgn manja sgt - cuba berdikari sikit jgn semua nak suruh en abe aje yg drive:)

    ReplyDelete
  8. Dengan auto, mmg lebih mudah..
    Betul tu, jalan besar Pajam tu busy..banyak lori...hati2 memandu di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau le bilanya saya nak berani bwk kat jln besar tu..:)

      Delete
  9. masa mula2 drive guna gear auto (trade in jugak) dari KL ke JB, kaki kiri kebas bila sampai rumah. hahahaa.

    *sebenarnya (pada aku la) drive kereta manual lagi syok... cuma tak syok bila jalan jem je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebas sbb tak guna eh? hehehe

      rasanya kebanyakkan lelaki mmg prefer keta manual kan..

      Delete
  10. Akhirnya yek......yelah dpd bawak keta kancil, yg kecil molek disuruh bawak keta bodar mcm gajah...memang le tak berani...Keta auto mmg senang banyak Ujie jaga stereng jer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, tengok hilux tu pun dah gerun, apa lagi nak bawak..mmg taklah!

      Delete
  11. bawak kete kecik senang kan Ujie..boleh merempit dan boleh cilok2..paking pun senang :)

    ReplyDelete
  12. Skang ni semua org pkai auto dh...mudah n menyenangkan...

    ReplyDelete
  13. saya dapat lesen terus je drive sebab ulang alik keje..sampai la ni..entah bila nak pencen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn pencen Mar...sng idup berani drive ni tau.

      Delete
  14. nanti boleh la ujie drive sampai ke penang nih..heheh

    ReplyDelete
  15. Acik nya lesen dah berumur 25 tahun ujie..tapi tak pernah sekalipun guna..cuma bagi nyawa je tiap tahun

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****