Friday 26 July 2013

Lakaran Sejarah 17 Ramadhan

[sedikit perkongsian dan refresh peristiwa bersejarah dalam Islam. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang KLIK pada link yang ada.]



PERANG BADAR

Perang Badar telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijrah. Perasan tak? Sama dengan hari ini, Jumaat 17 Ramadhan 1434H. Sedikit fakta Perang Badar:
  1. Berlaku pada tahun pertama Allah mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. 
  2. Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri mengetuai pasukan tentera Islam seramai *313 orang menuju ke Badar, bertujuan menyekat/mengawasi kafilah perniagaan Quraisy yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Ini kerana mereka sering menyerang dan merampas ternakan penduduk kampung di pinggir Madinah. *sesetengah mengatakan 317 orang.
  3. Sebuah peperangan yang tidak dijangka, kerana tujuan asal hanya menyekat/mengawasi kafilah perniagaan Quraisy.
  4. Tentera Islam akhirnya beroleh kemenangan walaupun pihak lawan - tentera kafir Quraisy seramai 1300 orang lengkap bersenjata dan berkenderaan (kuda & unda).



NUZUL QURAN

Nuzul al-Quran bermaksud penurunan al-Quran. Terbahagi kepada dua (2) tahap:
  1. Dari Luh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.
  2. Dari Bait al-Izzah kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Ada beberapa pendapat berbeza dalam menentukan tarikh sebenar Nuzul Quran. Pendapat paling masyhur memilih tarikh 17 Ramadhan (hari ini). Dan pendapat lainnya mengatakan 24 Ramadhan. Tapi kita janganlah keliru, berpecah kerana perbezaan tarikh. Dari segi syarak juga tiada anjuran bagi sambutan Nuzul Quran ini. Apa yang penting, bagaiman pengisian al-Quran dalam kehidupan kita.

(sumber: al-Qayyim & abuanasmadani )


p/s: Entri ni patutnya publish lebih awal. Tapi penulisan terhenti bila elektrik terputus dek sambaran kilat petir. 

7 comments:

  1. Bila nak dikisahkan al-quran alangkah beruntungnya kita bila mushaf yg kita miliki semuanya cantik dan senang utk dibaca. Sirah selepas baginda rasulullah wafat bagaimana susah-payah saidina Umar dan para anbiya'mengumpul dan menyusun dgn tulisan dipelepah kurma harus dijadikan teladan.


    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah..tq berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  3. malam yang terisi bile singgah sini...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, cuba itk istiqomah mmbaca alQuran walaupun sehelai sehari.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.... walaupun sedikit peringatan tapi banyak pengajaran nya untuk kita mengingati sejarah

    ReplyDelete
  6. ilmu dikongsi sangat bermanafaat..

    ReplyDelete
  7. perkongsian bermakna , tq :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****