Thursday, 3 October 2013

Kabinet Dapur Aluminium

Hujung minggu lepas saya dan suami ke 'My Home Expo 2013' di Stadium Tertutup Nilai, N. Sembilan. Niat nak meninjau apa-apa yang perlu untuk rumah baru (Insya Allah bakal dapat kunci rumah dalam sebulan dua ni). Kat ekspo tu kami jumpa 3 syarikat buat kabinet dapur. Satu daripadanya menawarkan kabiner dapur aluminium - Chai Builder Sdn. Bhd.

Kelebihan kabinet dapur aluminium :

  • bebas gangguan anai-anai.
  • kalis air
  • kalis minyak (tiada kesan kotoran kekal ditinggalkan)
  • binaan kukuh
  • mudah dicuci / dibersihkan

Contoh dapur seorang pelanggan (ambil dari fb syarikat).
Harga promosi...sah selama 1 tahun dari tarikh bayar deposit.

Dari segi harga memang terlebih dari bajet asal yang tak banyak mana. Tapi memikirkan kelebihannya, kami memang tertarik. Makanya, kenalah ambil dari bajet pembelian keperluan (kehendak sebenarnya) yang lain. Samada pembelian lain tu ditangguhkan atau beli dengan bajet lebih rendah. Sebab kabinet dapur ni lebih penting dan lebih mudah kalau dipasang sebelum kita mendiami rumah tu. 

Kalau korang ada pengalaman dengan kabinet dapur aluminium ni, ceritalah ya. Bagi ukuran, harga & spesifikasi lain (cth: 3G color glass, solid top) pun bagus, buat panduan yang lain. 


17 comments:

  1. Sekarang macam-macam pattern dan jenis kabinet utk dapur. Bagus juga aluminium ni Ujie. Kakak tapi belum pernah jumpa pulak - ketinggalan betul kan kakak ni..

    ReplyDelete
  2. Acik pun belum pernah tengok ujie..kabinet acik pesen lama je..pasang tahun 2005.dah lama kan

    ReplyDelete
  3. SAYA PUN ADA KEINGINAN NAK PASANG KABINET DAPUR..TAPI BELUM MAMPU LAGI..SEDIH..HUHU..

    ReplyDelete
  4. menarik dan lawa kak...tapi bila tengok harga dia pun boleh tahan..mungkin sebab full alluminium tu yang buat harga dia mahal kot.hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. baru punya ni...bagus jgk kann...kakain pun kabinet dapur yg biasa2 jer...dh hampir 6tahun usianya...

    ReplyDelete
  6. Baru akak tengok ujie... Tengok mcm ok jer ujie... Rumah akak masih guna kayu kabinet tu ;)

    ReplyDelete
  7. Kabinet dapur rumah saya dah berusia 10 tahun, dibuat dari kayu..Dan itulah kelemahannya, sering diintai oleh anai-anai....

    ReplyDelete
  8. kabinet umh sy bwahnya aluminium....atas bru kayu...kayu pun yg biasa2 je....:-)

    senang nak lap yg aluminium tu...

    ReplyDelete
  9. yg penting ia menjimatkan ruang.

    ReplyDelete
  10. cantik..sesuai la dengan harganya:)

    ReplyDelete
  11. rumah adik sVs guna 3G color glass hitam dan merah, mmg cantik menyerlah warnanya, senang dibersihkan bersesuaian dgn harganya.

    ReplyDelete
  12. KAK ZAKIE & ACIK ERNA:
    sebenarnya..saya pun baru jumpa kat ekspo ni lah..:)

    DIANA:
    saya ni pun setelah sekian lama kawin baru ada rezeki..Insya allah rezeki Diana menyusul jugak.

    AZLAN:
    yup, mahal sbb aluminium kan...langsung takde guna kayu.

    AIN:
    baru beberapa tahun masuk kat m'sia..

    CH:
    saya pun baru tau, terus tertarik.

    JR:
    mmg tu masalah biasa berkaitan kayu..

    ASYIFA:
    awak ckp gitu, lagi semangat saya nak pilih aluminium ni tau. ^__^

    TP:
    yup, kabinet ni menyelesaikan masalah ruang dapur yg comel. kalau dpt mudah urus (aluminium) lagi senang ati.

    ZIE:
    bahan cantik..harga pun cantik..hehee

    SVS:
    skrg ramai amik hitam merah kan..elegan moden. saya pun tgh fikir nak color apa ni..

    ReplyDelete
  13. comel sangat yang ni kak.....alaaaa..kak sekali seumur hidup je beli..bukan beli tiap2 bulan...

    best nyer ada umah baru..

    ReplyDelete
  14. menariknya.. alah rumah sy x siap lg.. kalau x mahu booking jgk ni...

    ReplyDelete
  15. Saya syorkan penggunaan kabinet aluminium. Kalau ada yang berminat dengan kabinet aluminium boleh email saya di sofiaazman@yahoo.com.my atau datang ke showroom kami di Aeon Big Seksyen 23, Shah Alam.

    ReplyDelete
  16. Tq sis ats info ini...saya sedang mencari maklumat berkaitan kc aluminium untuk persediaan memasuki rumah baru tahun depan.

    ReplyDelete
  17. Kepada kawan-kawan yang sedang merancang untuk menghias rumah dengan kitchen cabinet, mahu melakukan renovation dan inginkan tingkap atau pintu yang diperbuat daripada aluminium dan kaca.. Mohon jangan segan-segan untuk hubungi saya di 012 -991 5234 ( Nazrin ). Kawan-kawan juga boleh lawati blog saya di http://3gkitchencabinet.blogspot.com untuk melihat lagi pelbagai produk lain.. terima kasih..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...