Tuesday, 8 April 2014

Hobi Lama...

Sukaaaa sangat dapat setem-setem lama ni!
 
Hobi yang dah lama saya tinggalkan...mengumpul setem. Nampaknya 'hidup' kembali bila dapat setem-setem lama kat gambar atas ni. Saya dapat daripada dokumen dan resit-resit lama Allahyarham Bapak. Dah 5 tahun Bapak tiada, barulah berkesempatan saya mengemas fail-failnya yang banyak. Itu pun bukan semua, masih ada lagi yang menanti untuk diteliti, dipilih dan buang yang tak perlu. Ada dokumen yang berusia hampir/lebih 40 tahun. Dengan gaya bahasa lama yang menarik untuk saya ajuk!
 
Mengemas fail-fail lama ni perlukan kesabaran, sebab kena membaca semua dokumen yang ada. Barulah boleh diasingkan mana yang masih perlu disimpan dan mana yang dah boleh dibuang. Bila tengok dokumen dan buku-buku yang ada, saya dapati Bapak seorang yang teliti. Setiap perbelanjaan samada untuk pembinaan rumah kami dan bisnes kedai makan & kedai runcit dicatat dengan baik dalam buku yang khusus dan ada fail khas untuk surat perjanjian dan segala resit. Lagi satu, saya dapati zaman dulu tiada setem hasil. Jadinya setem biasa digunakan menggantikan setem hasil. Sebab itulah saya dapat banyak setem lama seperti di atas ni.
 
Berbalik kepada cerita setem...saya rasa gembira sangat sebab dapat ambil setem lama ni secara terus dari dokumen/resit. Lain perasaannya bila dapat setem lama melalui pertukaran dengan peminat setem atau dibeli. Yang paling best, saya dapat setem 'Persidangan Pentadbiran Pos Komanwel Ke-4, 1978' (yang ada gambar orang ramai beratur kat kenderaan warna merah tu). Saya anggap ia koleksi yang mesti ada dalam simpanan peminat setem, sebab ia berkaitan langsung dengan sistem pos di Malaysia.
 



43 comments:

  1. assalam ujie..sama dengan hobi kakzakie ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam, tu la..kebetulan arini sama entri dgn kak zakie. :)

      Delete
  2. Dulu akak rajin juga kumpul setem ni ujie.. masih ada album setem tu... momentum yg indah di sebalik setem tu kan ujie ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak yati, ada kenangan pd setem2 yg kita simpan tu.

      Delete
  3. Replies
    1. Setemnya kalau takmo boleh pos kat saya...hehee

      Delete
  4. Kalau dah peminat setem nampak setem rasa macam nak grap semua tu Ujie.
    Kakak peminat dan pengumpul setem juga tau...
    Minat kita sama tak sangka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lain nampak setem, biasa je. Kita nampak setem, hati melonjak-lonjak. :D

      Delete
  5. Ujie perasan tak harga setem dulu baru 10 sen aje.
    Kakak tak ada setem gambar sultan Johor yg 10 sen itu. Album yg hilang dulu ada - sayang bila kenang balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni 10sen kira mahal masa tu, ada yg 1sen..2sen..5sen..best je.
      Akak nak ke setem sultan johor yg 10sen tu? Saya poskan beberapa.

      Delete
  6. ini adalah antara hobi shark dulu dan sekarang..
    hehe..
    setem komanwel pos malaysia tu mmg akak ptut simpan,
    shark pn ada.
    dlm simpanan shark ada basikal posmen,moto posmen dan kapal terbang untuk komanwel posmes tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..akak pun ada yg posmen naik basikal tu..

      Delete
  7. Bagus...hobi yang dah lama tak dengar orang buat dihidupkan kembali...memang ada perbezaan besar harga setem dulu dan sekarang...

    kalau tak salah bunda , dulu surat pos biasa dalam malaysia antara 15 sen dan 30 sen...sekarang 80 sen atau lebih kot..

    Salam ziarah dari bunda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, beza harga dan beza suasana. Dulu murah dan ramai org hantar surat. Skrg mahal dan mmg org dah tak hantar surat. :)

      Delete
  8. Rajin ujie kumpul setem..tapi seronok tengok macam2 corak..

    ** mmg sy dah kenal dengan pegawai hospital ni..tapi dah nasib saya asyik dapat kes
    Macam ni..dia pun tak tau akan jadi macam ni saat akhir..kakak dia alhamdulillah
    Dapat family yang betul rela lepaskan anak dia..saya tak mahu menzalimi ibu
    Itu dan takmau dizalimi kdian hari..itulah kisahnya ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tumpang dukacita dgn pengalaman tiha ni. Insya Allah akan tiba saat indah itu, saya doakan utk tiha.

      Delete
  9. Masa sekolah dulu kumpul stem pernah menjadi hobi saya, lagi pun masa tu banyak dapat surat (termasuk surat cinta!!). Tapi sekarang minat itu dah jauh dari jangkauan ingatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dapat surat...cinta? Dari sorang ke beberapa org tu JR? :D

      Delete
  10. tengok harga setem 10 sen je dulu..kan??murah je..sebab tu kot dulu orang suka hantar surat dan kad..heheh

    **penaja boleh join..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun suka hantar dan terima surat. Mcm lebih best.

      *yeay..boleh join sama. :)

      Delete
  11. akak pun ada satu album setem..kebanyakannya setem surat masa bercinta dulu2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..mesti kalau belek album setem...fikiran melayang pada isu surat dulu2 kan..:D

      Delete
  12. lama xdengar cerita pasal orang kumpul setem nie..hehehe..rasanya last sekali time sekolah dulu kot..hehehe..tapi memang puas hati kak kalau dapat stem2 lama macam nie.hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal tajuk..hobi lama. Hobi dah hampir pupus. :)

      Delete
  13. bahagia gile kalau dpt apa yg kita minat. saya faham perasaan tu ujie. sama kot perasaannya bila saya cari alatan menjahit yg susah nak jumpa kat kedai tetibe jumpa org jual kat internet. weehuu... bahagia rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memahami..heheh

      Delete
  14. Meh, sama la dengan saya. Sekarang mana ntah buku tu hilang. Ada tiga segi punya setem pun tau. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi laa..yg bersegi segi tu ilang! akak ada beberapa je setem yg bentuk pelik sikit ni.

      Delete
  15. klu leling kat internet, boleh buat duit ni.

    ReplyDelete
  16. Setem lama di jual kat London mahal sungguh .. simpan satu hari nanti akan terlihat hasil nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sesak2, boleh la jual ya..

      Delete
  17. Orang yang kumpul setem ni biasanya orang yang rajin, teliti dan komited. Syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..mcm betul, mcm tak betul sgt. :D

      Delete
  18. hoho.. boleh tahan hobi. baru jumpa orang yang betul2 mengumpul setem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..akak kan org lama..korang org baru mana kenal hobi ni HJ. :)

      Delete
  19. dulu zaman sekoloh ada jugak kumpul...tapi lama2 tu rasa macam boring..hahahaha...tukar kepada hobi membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kes biasa..camtulah adik2 akak.

      Delete
  20. rasa pernah jgk ada minat ni kejap jer.. lepas tu hilang gitu jer...

    ReplyDelete
  21. Sama jgk dgn masya,minat kejap je lps tu dah malas,bagus hobi nie ujie,skrg mana ada lg dpt setem yg harganya mcm di atas.

    ReplyDelete
  22. zi tak suka baca buku, zi tak suka kumpul setem..eh konpius gak apa sebenarnya yang zi minat?

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...