Friday, 4 October 2013

Jom Tutup Lampu



PETALING JAYA 4 OKT: Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.
Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.
“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.
Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.
“Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya.
Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun.
(sumber : media selangorku)
------------------------------------------------------------------------------------

Bagusnya usaha sebegini. Terasa suasana Islam dalam sebuah negara yang memang sudah dikenali sebagai 'negara Islam'. Pihak yang berkenaan dah membuat usaha, selebihnya terserah pada para peniaga dan pembeli untuk solat atau tidak (sebab masih ada segelintir kita yang sengaja tinggalkan solat).

Semoga program baik ni dapat dijalankan di semua pasar malam seluruh negara. 

15 comments:

  1. memang bagus pun..kalau tak tengah azan lagi meriah jual beli

    ReplyDelete
  2. Bagus!! kalau di mekah memang macam tu. Hatta kita kata sekejap pun dia tak layan... Pekedai akan suruh kita solat dulu tak kira kita perempuan ke lelaki pada dia kalau uzur pun kena hormat waktu solat. Bagus yg ini kakak sokong..

    ReplyDelete
  3. Bagus betul ADUN tu, baru betul pemimpin Islam...

    ReplyDelete
  4. Taman Medan ni dekat je dgn umah saya. Kerinchi pun kawasan Nurul Izzah dekat gak dgn umah saya. Nurul Izzah patut adakan kempen ni jugak la.

    ReplyDelete
  5. yang ni baru betul2 pemimpin pilihan rakyat..tahu seimbangkan semua urusan..bagus kan

    ReplyDelete
  6. patut la, ada kempen rupanya. ada sorang pakcik pengunjung tu jadi pelik bila peniaga tutup lampu masa azan maghrib. untuk pengetahuan pasar malam rumah aku terletak kat salah satu tempat tu. heheee...

    ReplyDelete
  7. memang sokong sangat..dan patut di perluaskan kat tempat lain..urusan yg wajib tu harus didahulukan..:)

    ReplyDelete
  8. bagusnya..pelangan pun otomatik paham tu waktu solat bila peniaga tutup lampu kan??

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. bagus usaha camni.. tapi dalam masa yg sama, diharapkan pihak polis dapat mempertingkatkan keselamatan masa lampu ditutup. takut ada yg ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  10. eh...bagusnya ade kempen macam ini..bukan sahaja leh didik peniaga tapi pembeli sekali..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah..
    MOga diperluaskan kempen macam ni

    ReplyDelete
  12. Sejuk hati bila dengar ada inisiatif sebegitu. Alangkah baiknya jika semua kerajaan negeri membuat kempen yg sama di negeri masing2...

    ReplyDelete
  13. teringat pula dekat psar di arab..kalau azan je..terus bersolat jemaat =) bguslh usaha mcm ni..rezeki pn bertambah berkat

    ReplyDelete
  14. bagus2..mula waktu maghrib, nnt lama2 bole wt tutup kejap perniagaan waktu solat jumaat pulak.. :)

    ReplyDelete
  15. Perlu dicontohi oleh semua pasar malam

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...