Tuesday, 24 September 2013

Igauan Maut


Tajuk : Igauan Maut
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Harga : RM20
Muka surat : 166


Novel ini amat istimewa kerana ia adalah novel PERTAMA karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Telah diterbitkan pada tahun 1995 dan kini dicetak buat kali kedua setelah 18 tahun! Pun begitu, cetakan kedua ini hanya boleh didapati secara online menerusi Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)


Sinopsis
Novel ini mengisahkan dendam lama akibat satu peristiwa yang terjadi pada malam Oktober 1963. Kesan kebencian terhadap penjajahan Jepun ke Tanah Melayu, sepasang suami isteri terbunuh apabila rumah mereka dibakar oleh sekumpulan penduduk kampung. 25 tahun berlalu, tiba masa untuk membalas dendam. Siapakah yang melakukannya? Dan Mizah pula sering mengalami mimpi ngeri seolah-olah dia berada di tempat kejadian tersebut, apa kaitannya?


Petikan novel
Pedang yang terpacak, dicabut lalu diayunkan ke udara. Lipin meloncat melintasi unggun api. Langkahnya diatur, seperti seorang pahlawan yang sedang bermain senjata. Pak Kudu dan Ajis hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Lipin dengan pandangan penuh sangsi. Bimbang. Anak muda itu seperti dirasuk, semakin gila. Mata pedang dikibaskan, seperti menghiris daging tubuh mereka. Pedih dan ngeri.


p/s: Rasa tak cukup je bila baca novel RAM nipis gini. Maklum je...novel sulung. Novel terbaru- Magis...saya masih belum beli lagi.

16 comments:

  1. dah lama tak baca buku yg mcm ni.. T_T

    ReplyDelete
  2. Anak sulung kakak suka RAM. Banyak juga koleksi buku RAM dirumah kakak tapi Magis tu tak ada lagi - sekarang kena bercuti membaca novel periksa makin dekat...

    ReplyDelete
  3. Memang ramai peminat RAM, termasuk anak gadis saya...

    ReplyDelete
  4. JR:
    Saya tak minat RAM..minat karya nya je..hehe

    ReplyDelete
  5. saya lagilah jarang baca kak huhuhu x kenal siapa novelis nie huhu

    ReplyDelete
  6. owh...novel sejarah rupanya..tapi tajuk dia bleh tahan gak seram..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. AZLAN:
    Bkn novel sejarah pun, rekaan je. Cuma amik sikit poin sejarah - jepun jajah tanah melayu.

    ReplyDelete
  8. ramai juga kawan2 sekerja saya disini meminati karya beliau. saya dapat info tentang novel beliau pun dari kawan2 sekerja

    ReplyDelete
  9. Assalam ujie..acik dulu gila beli novel..satu2nya novel yang anak2 kongsi baca..karya RAM ni la

    ReplyDelete
  10. jarang2 ada cetakan ulangan lepas berbelas tahun. cuma penulis hebat je yang ada peluang macam ni.

    ReplyDelete
  11. suka baca novel dia yang tombiruo tu..jadi melekat je nak baca sampai habis

    ReplyDelete
  12. Lily dah lama tak baca Novel...huhu..

    ReplyDelete
  13. ramai kata dia tulis bgs.. percaya tak satu novel dia pun sy xde koleksi .. huhuhuhu ...

    ReplyDelete
  14. Saya ada kalau berminat. Email Di deekaza@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Saya ada kalau berminat. Email Di deekaza@gmail.com

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...