Friday, 23 August 2013

PARIT


Di bahagian parit inilah tempat saya bermandi-manda masa kanak-kanak dahulu...

Suatu masa dulu...
Parit inilah sumber air penduduk kampung nenek saya.
Terletak di hadapan rumah penduduk kampung.
Dahulunya ia agak luas dan dalam seperti sebatang sungai.
Tempat kami mandi-manda dan membasuh pakaian.
Airnya sangat dingin, pasti sejuk menggigil tiap kali mandi di pagi hari.

Masih saya ingat...
Saya dan adik/kakak sering dimarahi oleh jiran nenek.
Sebabnya air tanah gambut ni jadi berkeladak dek kenakalan kami.
Air berkeladak tadi mengalir ke bahagian rumah jiran yang asyik membasuh.
Macama mana pakaiannya nak bersih kalau air dah bercampur tanah?

Kini...
Semuanya telah berlalu dan tak mungkin berulang.
Parit sudah mengecil, airnya cetek.
Tiap kali memandangnya, bagai ada layar...
Terbayang kanak-kanak cuma berpakaian dalam. Riang ria mandi sambil bermain air.
Dan kaum ibu berkemban kain batik, bahu ditutup tuala. Sibuk membasuh pakaian.


Info: Air tanah gambut memang warna macam 'teh o', ikut warna tanah. 
Bukan warna gelap sebab kotor tau.

-----------------------------------------------------------------------------------

Tudung chiffon 3 layer saiz XL & XXL.
Klik banner untuk lebih lanjut!

8 comments:

  1. Dulu mesti bersih giler kalau nak dibandingkan sekarang..

    ReplyDelete
  2. wah, sama la! teringat entri yang dulu.

    ReplyDelete
  3. saya pernah merasa mandi parit ni..air dia macem tapi best, sweet memories :)

    ReplyDelete
  4. Ye le ujie memories itu indah bila kenang tapi lahni sungai pun dah serupa longkang besarnya ;)

    ReplyDelete
  5. tak merasa dah la macam dulu sekarang ni....air paip dalam rumah...

    ReplyDelete
  6. Mandi air parit, secebis memori indah yg tak dpt dilupa...Sekarang bila balik kampung bekas parit dulu sudah tak ada lagi. Yg ada di tapak itu ialah projek perumahan dan hutan batu...

    ReplyDelete
  7. Kampung maii pun di pontian; suatu masa dahulu. parit di sana sudah kering. rumah kampung tu pun dah reput. tiada siapa duduk.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...