Memotret flora, fauna dan fungus di hutan menjadi terapi jiwa buat saya. Encik suami pun dah faham dan terpaksa bersabar sebab banyak kali kami berhenti di trek. Tapi kadang tu kalau dia dah terlampau letih, berubah jugaklah air mukanya bila saya kerap berhenti membelek dan memotret itu ini π
. Masa tu saya akan kurangkan berhenti, kunci mulut dan jalan terus. Bukanlah saya tak rasa letih, tapi sebab saya sedang gembira berada dalam hutan menjadikan saya terlupa soal letih.
Berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya nak tulis ‘flora, fauna dan cendawan’. Tapi macam lebih sedap pulak bila ada tiga ‘F’ - flora, fauna & fungus. Cendawan merupakan sejenis kulat atau fungus. Kiranya bolehlah saya letak tajuk 3F tu π
Jom kita belek foto-foto flora, fauna dan fungus yang saya temui sewaktu mendaki Bukit Juru di Pulau Pinang. Klik foto untuk paparan lebih jelas dan puas mata memandang.
Entah apa nama pokok ini, berbuah agak lebat bergugusan. Kesemua buahnya berwarna seakan merah gelap. Pastinya ia bukanlah buah yang boleh dimakan kerana tak diambil oleh penghuni hutan ini (tupai dan monyet).
Pertama kali saya temui benda gini. Tak tau nak panggil cendawan atau apa disebabkan rupanya yang berbeza berbanding rupa cendawan di batang pokok hidup yang pernah saya temui. Nampak macam ketumbuhan pada pokok.
Ulat gonggok hutan bersaiz lebih besar dan panjang. Juga rama-rama bersaiz besar yang terbang di tepi trek. Saya berhenti untuk cubaan memotret, sedang elok dia pun datang dekat saya dan berhenti bergerak. Memang mintak difoto agaknya π
Koleksi foto cendawan pelbagai rupa, warna dan saiz. Ada yang tumbuh di lantai hutan dan sebahagian besar yang lain tumbuh di dahan atau batang pokok.
Video berdurasi 1:00 minit.
Cendawan biru tu rasa tak pernah jumpa... yg lain2 ada juga terlintas dlm memori, waktu kecik2 dulu... maklumlah membesar dalam hutan (kebun getah atas bukit :D)
ReplyDeletekalau boleh makan mesti dah lama hilang ye buah tu kak, tp memang menggoda rupanya tu
ReplyDeleteCantik"warna warni cendawaannya yaaπ
ReplyDeletesubhanaullah
ReplyDeletekeindahan alam yg sgt indah
geram pula tgk buah pokok tu
Subhanallah, cendawan beraneka jenis, warna & bentuk....cantikkk...sekali pandang mcm buah manggis pula..
ReplyDeleteTengok cendawan biru tu teringat kartun The Smurfs
ReplyDeleteCantik gambar-gambar yang Ujie ambil, lagi-lagi cendawan pelbagai bentuk dan rupa tu. Tajuk entri yang sangat sesuai. :)
ReplyDeletewahhh..sesekali cuci mata tengok flora, fauna & fungus mmg terapi untuk mata, tenang untuk hati...
ReplyDeleteSubhanallah cantik nya ciptaan Allah
ReplyDeleteCantik warna buah yang dipotret.
ReplyDeleteTengok macam cendawan rupanya. Pertama kali tengok ada warna hijau.
Eeeeee... ulat gonggok!
ReplyDeletesaya ingat yang purple tu anggurπ tapi tu laa menarik sangat sebab tak pernah jumpa kan...
ReplyDeleteIndah alam ciptaan Allah SWT.
ReplyDeletewahhh indahnya alam flora fauna. sesuai sangat akak taruk tajuk Tiga F tu hehe
ReplyDeleteSeronoknya memotret. betullah tu kak, satu terapi. Yang faham je faham. Pantang nampak something mesti nak shoot kejap. Tajuk menarik dengan 3F. Good idea kak! Gambo pun lawa²
ReplyDelete4 tahun tinggal di Penang dulu, saya tak pernah tahu bukit juru nih π , taunya bukit bendera saja π.
ReplyDeleteTapi rasanya kalo nak trekking juli esok , ada anak2, tak yakin pula mereka kuat. Baguuus view dan banyak yg bisa dilihat ya kak. Saya jadi penasaran buah ungu tuh buah apa. Hewan2 hutan cerdik sungguh bisa tahu mana buah yang bisa mereka makan, mana yg tidak