Friday, 19 May 2023

Catatan 11 Mei 2023

Catatan hari Khamis 11 Mei 2023, iaitu hari terakhir kami di Gua Musang, Kelantan. Kami memulakan perjalanan meninggalkan Gua Musang menuju ke rumah di Negeri Sembilan kira-kira pukul 2 petang.


Cuaca panas terik di Gua Musang dengan suhu 35 darjah Celsius.

Bandar Gua Musang, Kelantan
Sempatlah saya merakam gambar jejantas yang tertera tulisan ‘GUA MUSANG’. InsyaAllah ada rezeki kami akan kembali. Walaupun dah beberapa kali ke sini, tapi kami masih belum sempat meneroka kawasan sekitar. Maklumlah, kedatangan kami ke sini atas urusan kerja encik suami. Dengan jadual kerja yang padat, tak sempat nak jalan-jalan.

Hentian Gua Musang
Kami berhenti seketika di stesen minyak Shell yang terletak di Hentian Gua Musang. Eh, dah ada Mc Donald’s di sini! Katanya ia baru beroperasi pada awal tahun ini.

Hentian Gua Musang
Deretan bendera berkibar megah di bawah terik matahari.

Merapoh, Pahang
Jalan Merapoh - Gua Musang / Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang
Pemandangan indah langit membiru, gumpalan awan putih dan perbukitan batu kapur di kanan dan kiri jalan. Ini antara laluan yang saya suka sebab sajian pemandangannya. Laluan ini juga biasanya sunyi dan agak lengang, hanya sesekali ada kenderaan lain. Tak tahulah kalau pada musim perayaan, mungkin laluan ini sibuk dan sesak oleh anak perantau yang pulang.

Terowong Genting Sempah
Terowong Genting Sempah, terowong lebuh raya yang pertama di Malaysia.
Dah lama saya tak lalu Lebuhraya Karak, rasa agak seram sewaktu melalui jalan berliku dan berbukit di sini. Menghampiri Terowong Genting Sempah, terkejut pulak saya tengok poster besar Pemangku Raja Pahang (foto di atas).

Setelah melalui perjalanan kira-kira 6 jam - keluar masuk lebuh raya, merentasi beberapa negeri, siang bertukar malam, akhirnya kami selamat sampai di rumah NS. Alhamdulillah! Sepanjang perjalanan, ada satu kali kami berhenti makan iaitu semasa di Bentong. Tempat makan yang suatu masa dahulu sering saya kunjungi. InsyaAllah catatannya pada entri akan datang.







15 comments:

  1. saya belum pernah sampai bandar gua musang kalau dulu asal dengar orang sebut gua musang terbayang tempat pendalaman,tempat orang kena buang daerah tapi sekarang nampak gua musang dah maju setanding kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, GM yang sekarang memang jauh beza dari yang dulu. Mungkin belum setanding KB, tapi dah makin maju.

      Delete
  2. teringat Amir raja lawak yg berfoto depan tulisan Gua Musang, jadi Guam Usa...hihi...berdiri tutup perkataan 'ng'..

    masa gi Kuantan bln Februari, terkejut jg tengok gambar pemangku Raja Pahang kat terowong tu, mmg strategik betul lokasinya, nak tak nak kena tengok juga...sib baik hensem...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😆 harap tak bahayalah, sambil drive, sambil tengok gambar.

      Delete
  3. Wah, dah ada mcD di gua musang. Lewat Ujie mula perjalanan, 2 petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang excited tengok mcD pertama di GM 😀

      Lewat gerak, tunggu suami habis kerja.

      Delete
  4. Wah! Dah ada McD kat sana... Mesti orang kelantan panggil 'Mek Dee'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus terbayang sebut mekdi loghat Kelantan 😀

      Delete
  5. Belum pernah sampai ke Gua Musang.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Setelah menempuh perjalanan panjang, akhirnya selamat sampai ke N9.
    Selamat berehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rasa sangat letih dan panjang perjalanan sebab panas terik.

      Delete
  7. Biasalah kalau pergi atas urusan kerja memang tidak dapat jalan semua tempat.
    Hehe kena buat percutian ke Kelantan. Buat JJCM ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, kalau saja bercuti memang syok nak berjalan sana sini banyak masa.

      Delete
  8. awan yg cantik dan cuaca cerah , subhanaullah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****