Wednesday, 17 May 2023

Welcome Inn GM, Gua Musang

Welcome Inn GM yang terletak di Bandar Utama Gua Musang menjadi hotel pilihan kami setiap kali perlu menginap di Gua Musang, Kelantan. Kali ini kami pilih bilik Family Single + Queen sebab nak bilik bertingkap dan saiz lebih luas selesa untuk penginapan selama dua malam. 

Keluasan bilik memuaskan, tak kecil dan tak luas sangat. Muat bagi kita menunaikan solat dengan selesa. Ada almari, meja serba guna dan tv. Tapi tv tu tak boleh ditonton, tak ada siaran 😄

Satu katil queen dan satu katil single. Katil single tu kami buat letak barang.

Bilik airnya kecil tapi bersih selesa. Cuma air di lantai lambat turun, bertakung sekejap setiap kali lepas mandi. Sabun mandi ada disediakan, syampu tak ada. Tapi bukan masalah bagi kami sebab sentiasa bawa peralatan mandian sendiri.

Ada penyangkut baju dan sejadah dalam almari. Mudahlah kita nak sangkut baju tudung segala. Paling penting, almari ni tak ada lipas. Saya pernah dapat almari hotel yang ada lipas. Geli nak guna dan tak tenang nak tidur malam tau.

Pemandangan luar dari tingkap bilik di tingkat 1, menghadap kawasan lapang, perbukitan dan deretan bangunan kedai pejabat. Pada waktu siang, petak parkir di bawah hampir kosong. Tapi menjelang lewat petang, kenderaan mula memenuhi ruang parkir. Banyak kenderaan pacuan empat roda. Mungkin hotel ini menjadi tumpuan penginapan orang dari luar yang ada urusan kerja di sini, sama seperti kami.

Kadar harga bilik di Welcome Inn GM. Harga bilik kami RM120, tapi kami bayar RM108 saja pembelian menerusi Agoda.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati menginap di Welcome Inn GM. Tapi janganlah bandingkan tahap selesa di sini dengan hotel berbintang-bintang ya. Ini cuma hotel satu bintang yang terletak di bangunan kedai pejabat dan tiada lif. Asalkan bersih dan semua keperluan berfungsi baik, itu dah kira puas hatilah bagi saya. Sedikit kekurangan itu ini kita pejam mata sajalah.

Kelebihan menginap di sini, mudah kita nak mencari barang keperluan sebab kedudukan hotel ini satu bangunan dengan pasaraya TMG. Nak sarapan pun senang, ada gerai jualan nasi lemak terletak tak jauh dari bangunan hotel. Gerai nasi lemak ni beroperasi seawal pukul 7 pagi. Kami berjalan kaki je untuk membeli sarapan, kemudian makan di bilik hotel. Ada juga kedai makan yang menjual sarapan, tapi perlu bawa kenderaan sebab terletak jauh sedikit. Waktu tengah hari pula, ada beberapa gerai jualan minuman dan makanan beroperasi di kawasan yang sama dengan gerai nasi lemak.





12 comments:

  1. yg penting kemas, bersih dan selesa kann., hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau ada lipas dalam bilik, saya sanggup mintak tukar bilik lain Kak Ujie 😅 sebab saya takut dgn lipas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya perasan bila dah malam, time lipas keluar. Malas pulak nak tukar bilik. Hadap jelah untuk 1 malam 😅

      Delete
  3. Walaupun 1 bintang tapi nampak kemas, lengkap dan selesa. Puas hati macam ni, harga pun murah

    ReplyDelete
  4. Ok la tu, bilik nampak selesa. Tapi, apakah motifnya letak tv di situ, jika tiada siaran? Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Kemas bersih cantik memang selesa ni

    ReplyDelete
  6. Nampak selesa bermalam di sini ye Ujie. Ada tingkap, jadi rasa lapang dan tidak terpengap.

    ReplyDelete
  7. Kamarnya lumayan luas ya...yg penting bersih dan nyaman

    ReplyDelete
  8. Nampak bersih dan selesa biliknya tu puan...

    ReplyDelete
  9. Saya suka hotel begini sebab murah. Lagi satu dekat dengan tempat kemudahan, kedai-kedai.

    ReplyDelete
  10. Nampak selesa tempat penginapannya

    ReplyDelete
  11. nampak ok rate hotel ni...selesa & dkt dgn facilities lain..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****