Wednesday, 29 June 2011

Kalau Rasa Malas Memasak...

Kalau rasa malas memasak...
Bolehlah beli lauk di luar,
Bolehlah rendam maggi dengan air panas,
Bolehlah telefon Pizza hantar ke rumah!

Oh tidak..
Bukan itu jawapan saya.

Kalau rasa malas memasak...
Saya akan buka blog Kak Jee sebab gambar masakan dia sungguh menyelerakan! Siap ada resepi.
Saya akan buka website My Resipi sebab naik semangat tengok 'laporan masakan' orang lain.

Lepas tu mesti bersemangat nak memasak, lagi-lagi kalau resepi tu tak pernah dicuba.
Jadi apa lagi, KALAU RASA MALAS MEMASAK..tiru macam saya!

Tuesday, 28 June 2011

Jualan Gudang Crocs.

Baru-baru ni saya pergi ke Jualan Gudang Crocs di Ikano Power Centre. Tujuannya mestilah nak membeli kasut Crocs dengan harga lebih murah. Saya memang suka pakai Crocs sebab material macam getah, lasak untuk apa jua keadaan. Terkena kotoran, hujan, lecak..semua tak kisah. Boleh basuh dengan mudahnya!

Sampai sana orang tak terlalu ramai sebab masa tu hari bekerja. Hati pun senanglah, orang tak ramai mesti boleh dapat kasut idaman. Tapi akhirnya saya kecewa...takde kasut untuk saiz saya! Puas saya pusing-pusing, tanya pekerja kat situ..sah takde saiz 5 atau 6. Maka, balik la saya dengan kecewanya...kasut untuk perempuan yang ada cuma saiz 4 dan 11 ke atas.

Yang beruntung suami saya, dia dapat beli kasut yang biasa dijual RM180 dengan harga RM80 je. Memang berbaloi!

Moral cerita, kalau ada jualan gudang tu janganlah 'excited' sangat. Sebab yang dijualnya produk yang tak habis jual..yang kurang permintaan, jadi jangan kecewa kalau balik dengan tangan kosong!

*tips: kalau nak tau 'sales' terkini, boleh 'LIKE' fanpage "shoppingnsales".

Kenapa Nak Buat Blog Peribadi?

Itulah soalan pertama yang muncul sebelum seseorang tu memutuskan untuk buat blog peribadi.
Jawapan orang lain saya tak tau.
Tapi berdasarkan pemerhatian, kebanyakkan blog peribadi ni adalah untuk mencatatkan aktiviti harian mereka.
Juga untuk melontarkan pandangan mengenai apa-apa je yang bermain di fikiran.

Kalau saya...saya buat blog ni bertujuan...
  • nak berkongsi info.
  • nak mencatat pengalaman/cerita untuk panduan/pengajaran/pencerahan minda orang yang membacanya.
  • paling asas..nak melontarkan pandangan peribadi saya lah!
Tujuan ni penting supaya saya tak 'merayau-rayau'  menulis entah apa-apa..juga supaya saya tak 'berlebih-lebih' sehingga menulis hal yang terlalu peribadi!

Monday, 27 June 2011

Usia Baru...Dunia Baru!

Assalamualaikum dan salam persaudaraan kepada semua,

Selamat datang ke blog peribadi saya.
Blog ini dilancarkan seiring dengan pertambahan usia saya bulan ini..JUN!
Dengan usia baru, saya cuba memasuki dunia baru...dunia blogger!

Semoga catatan di blog ini memberi kebaikan kepada saya dan pembaca di luar sana...