Semoga sahabat blogger semua dalam keadaan sejahtera. Agak sukar menyusun ayat setelah 20 hari tak menulis di blog. Selama itu jugak tiada komen-komen saya di blog korang, pasti banyak cerita yang saya dah ketinggalan. Khabar saya...
LAPTOP
Lepas balik dari cuti Raya Haji, laptop comel saya (netbook) langsung tak boleh nak 'on'. Itulah penyebab kenapa saya berhenti menulis. Ada smartphone dan iPad, tapi tak semudah menghasilkan catatan di laptop. Sebab saya biasa buat carian & rujukan kat mana-mana laman web masa menulis tu, masukkan gambar lagi... Untuk catatan kali ni, saya guna iPad. Takde masalah sebab cuma tulis cerita peribadi (yang tak perlu kepada sumber rujukan) dan tanpa gambar.
ABAH
Ahad 27 Oktober 2013...mencatat satu lagi detik duka dalam hidup saya (terutamanya suami). Pada hari tersebut, selesai azan Subuh saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada sepupu suami. Berdebar...sebab kalau takde hal penting, orang tak call awal subuh begini. Seakan tak percaya...bila Ain menyebut "Pak Ngah dah takde..". Berulang kali saya bertanya, nak memastikan kata-katanya tadi. Pak Ngah iaitu ABAH...bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dalam tidurnya. Sebak...saya tak mampu berkata-kata lagi. Terkejut sangat sebab Abah takde sakit apa-apa.
Detik-detik sedih seterusnya, biarlah kekal dalam memori saya dan suami. Apapun saya bersyukur sebab kami sempat tiba di kampung. Suami dapat memangku dan memandikan Abah. Alhamdulillah...semua urusan berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 11 lebih.
Detik-detik sedih seterusnya, biarlah kekal dalam memori saya dan suami. Apapun saya bersyukur sebab kami sempat tiba di kampung. Suami dapat memangku dan memandikan Abah. Alhamdulillah...semua urusan berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 11 lebih.
Semoga Allah mengampunkan dosa allahyarham Abah dan menempatkan rohnya dikalangan orang beriman. Jika empat tahun lalu saya kehilangan bapa saya - BAPAK, kini saya tiada bapa mertua - ABAH.