Dalam entri ‘Enam Hari Enam Malam Ke Sana Sini’, saya ada menyebut berkenaan perjalanan kami dari rumah NS ke Yan di Kedah. Bukan atas urusan kerja, tapi kami nak menghabiskan masa hujung minggu bersama ahli keluarga yang lain di Salak Denai Chalet.
Hari Sabtu 13 Mei 2023, saya dan encik suami memulakan perjalanan ke Kedah selepas waktu Zohor. Nak bertolak awal pagi tak boleh pulak sebab encik suami masih ada urusan kerja yang belum selesai. Kemudian kami singgah di rumah PP mengambil pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti santai/mandi kolam. Tak bawa siap-siap sebab ikut rancangan awal kami balik ke rumah PP pada hari Jumaat. Jadi hari Sabtu sepatutnya bergerak dari rumah PP ke Kedah. Tapi itulah, rancangan berubah.
Ini kali pertama kami ke Salak Denai Chalet. Kami ikut saja panduan perjalanan di aplikasi Google Maps. Dari Lebuhraya PLUS, keluar tol Sungai Petani. Kemudian melalui jalan yang sedikit berliku dan berbukit menuju ke pekan Yan. Mujur tak panjang laluan tersebut, seramlah jugak waktu malam lalu jalan begitu. Esok siangnya dalam perjalanan balik, barulah saya dapat lihat dengan jelas bentuk muka bumi di situ - sebelah jalan lautan dan sawah padi terbentang, sebelah jalan lagi bukit. Patutlah berliku, rupanya kita lalu di lereng bukit. Cantik jugak pemandangan di sini.
Seterusnya, laluan semakin kecil sehingga cuma muat satu kenderaan (boleh tonton video di hujung entri). Mujur adik ipar dah berpesan berkenaan jalan masuk di sini. Jadi, tidaklah kami ragu-ragu nak meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah kami selamat tiba di chalet penginapan kira-kira pukul 10.30 malam. Punyalah mengantuk 😴, saya asyik menguap berkali-kali. Tak mampu nak berborak dengan ahli keluarga lain yang dah tiba lebih awal. Tapi saya masih mampu memotret sekeping dua suasana malam kolam mandi di sini.
Suasana malam di kolam mandi. |
Inilah tarikan utama di Salak Denai Chalet - kolam mandi privasi bagi setiap chalet. Bentuk dan saiz kolam mandi adalah berbeza bagi setiap chalet. Kami menginap di chalet Siti Aisyah yang mempunyai dua buah bilik tidur dan kolam mandi dewasa yang lebih besar. Kolam mandi kanak-kanaknya kecik je (lihat foto kedua akhir). Adik ipar (selaku penaja dan menguruskan tempahan) sengaja mintak chalet dengan kolam mandi dewasa lebih besar sebab tak ada kanak-kanak di kalangan kami. Semuanya remaja dan orang dewasa.
Malam tersebut, anak-anak saudara dan encik suami terjun kolam. Seronok sungguh ya malam-malam masuk kolam. Saya hanya mampu memandang, tak mampu nak ikut serta. Esok siang jelah.
Ok, hari dah terang bolehlah kita memotret sana sini. Beginilah pemandangan dari suatu sudut kolam mandi. Dari sini kita boleh nampak perbukitan. Di belakang tangga dan gelongsor tu terletaknya pintu masuk ke chalet penginapan kami. Di sebelah kanan ada pintu kayu untuk masuk ke dalam chalet penginapan.
Ini pintu masuk ke dalam chalet. Terus jumpa dapur. Senang lepas masak terus bawa makanan ke meja depan pintu ni. Boleh makan-makan tepi kolam.
Dapurnya dilengkapi dapur gas memasak, rice cooker, microwave, kuali, periuk dan sedikit peralatan makan. Perlukan lebih dari itu, bawalah sendiri ya. Sebelah kanan dapur ni terletaknya bilik-bilik tidur, ruang menonton dan bilik air di hujung sekali. Bilik airnya ada laluan lain yang bersambung dengan kolam mandi. Jadinya lepas basah keluar dari kolam, tak perlulah masuk dalam chalet.
Satu lagi pemandangan menarik 😃 - buah durian bergantungan! Pokok durian ni terletak di belakang chalet kami. Geram tengok banyak gini.
Menginap di sini kita kena memasak atau bawa makanan sendirilah ya. Nak membeli pun agak jauh jugak nak keluar. Awal pagi saya keluar jalan-jalan di sekitar kawasan Salak Denai Chalet (boleh lihat video di hujung entri). Kemudian kembali ke chalet dan mula memasak.
Saya masak mi goreng, encik suami goreng karipap & samosa, manakala makanan lain disiapkan oleh mak mentua, adik ipar dan suaminya. Ayam bakar dan kambing bakar je tak sempat ikut berfoto sebab saya dah berada dalam kolam semasa mereka siap memasak 😄
Samosa dan karipap sedap! Lagi tambah sedap bila makan tepi kolam sambil memerhati titisan hujan menimpa permukaan kolam. Hujan turun sekejap pada pagi tersebut. Sekitar pukul 9 lebih, hujan berhenti. Apa lagi, jomlah kita mulakan acara mandi kolam!
Kami tujuh orang semuanya, lagi dua orang tiada dalam foto ini. |
Mula-mula cuma saya dan seorang anak saudara je yang masuk kolam. Yang lain ada yang belum habis makan dan ada yang masih membakar ayam/kambing. Lepas tu barulah semuanya masuk kolam termasuk mak mentua. Chalet sebelah riuh dengan suara budak, chalet kami riuh dengan suara orang tua 😂
Orang tua pun bertukar jadi budak bila jumpa air! Ahli keluarga paling muda berusia 13 tahun dan paling tua berusia 70-an. Semuanya seronok bermain air. Macam-macam aksi kami buat. Terjunan, menyelam, menari-nari dan main gelongsor!
Seronoknya main air di sini, kita cuma berkumpul ahli keluarga sendiri je. Jadinya tak perlu bertudung dan lebih bebas buat aksi itu ini. Kecuali saya je yang masih perlu bertudung dan tak boleh bebas sangat sebab ada biras lelaki dan anak saudara lelaki. Ni nak bergambar, masing-masing sarung tudung jugaklah.
Inilah gelongsornya. Bawah tu kolam mandi kanak-kanak. Kalau nak kolam mandi kanak-kanak yang lebih besar, boleh mintak chalet lain. Cakap pasal gelongsor, mulanya saya takut jugak. Dah lama tak main gelongsor. Tapi lepas tengok adik ipar buat, teringin jugak saya mencuba. Eh, seronok rupanya tau! Lepas menggelongsor, terus kita meluncur masuk dalam air kolam tu. Mula-mula je menjerit, lepas tu dah ok. Yang penting, kena ada teknik. Tangan rapat ke badan, tutup hidung sebab nak elak masuk air dan kekal pada posisi duduk. Terus berkali-kali masing-masing main gelongsor 😂
Hampir dua jam saya bermain air (sesekali keluar dari kolam untuk makan/minum/tandas), jari-jemari sampai kecut. Memang main air puas sungguhlah. Lepas tu mandi, tukar baju barulah terasa sakit-sakit badan. Letih sungguh! Sempat terlelap di bilik tidur dek keletihan. Yang mana main air beria, semuanya pakat terlelap lepas mandi 😄
Kesan tinggalan tragedi kepala air di Salak Denai Chalet. |
Disebalik keseronokan yang ditawarkan di sini, Salak Denai Chalet menyimpan kisah duka tragedi kepala air dari Gunung Jerai yang membawa bersama lumpur dan pokok-pokok balak. Peristiwa tersebut yang berlaku pada Ogos 2021 bukan saja memusnahkan bangunan yang ada di sini, tetapi meragut nyawa salah seorang ahli keluarga pemilik Salak Denai Chalet 🥲
Berbalik kepada chalet penginapan kami, seronok ke tidak menginap di sini? Menurut saya, sangat seronok sebab kita boleh main air di ruang tertutup. Kolam mandinya juga cukup luas dan dalam. Airnya sejuk bersih berpunca dari air bukit, ianya bebas klorin. Memang inilah tarikan utama di sini - kolam mandi privasi.
Chaletnya juga cukup luas. Bilik tidurnya memuatkan sebuah katil besar dan masih ada ruang sesuai untuk beberapa orang tidur di lantai (jika ahli keluarga ramai). Ruang tengah yang menempatkan tv juga lapang, boleh bentang toto atau dijadikan ruang aktiviti keluarga. Oh ya, di sini tak kisah nak masuk berapa orang. Terpulang ikut selesa kita.
Bagi penginapan di chalet Siti Aisyah ni, terdapat dua buah tandas (duduk & cangkung) dan dua buah bilik mandi. Cuma saya kurang selesa dengan bilik mandinya yang sangat sempit dan tak ada tempat untuk sangkut tuala/pakaian. Mujur saya memang bawa alat penyangkut di pintu, sangat memudahkan. Cumanya tetap juga tuala/pakaian bersih terkena percikan air mandian sebab ruang terlampau kecil.
Walaupun binaan chalet di sini ala rumah kampung yang ringkas, tapi ianya selesa dan bersih. Harganya pula menurut saya bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.
Berikut saya sertakan harga chalet di sini, kot ada yang berminat :
- Siti Khadijah | 2 bilik | RM350
- Siti Aisyah | 2 bilik | RM350
- Siti Safiyyah | 2 bilik | RM350
- Siti Hafsah | 3 bilik | RM450
Waktu daftar masuk pada pukul 7 malam dan keluar pukul 4 petang. Kalau tak mahu menginap, sekadar nak datang siang saja pun boleh, tolak RM100 daripada harga tertera di atas. Waktu masuk pukul 9 pagi dan keluar pukul 4 petang.
Video pendek berdurasi 1:07 minit memaparkan laluan masuk ke sini, suasana pagi di sekitar chalet dan kolam mandi di penginapan kami.
————————————————————————
SALAK DENAI CHALET
Jalan Peranginan Batu Hampar,
Yan, Kedah.
Info lanjut/tempahan, boleh terus ke Facebook - Salak Denai Chalet.
Boleh rasa keseronokan Ujie sekeluarga. 😁 Rumah kampung, tapi kolam dia macam resort pun ada, yang gambar waktu malam tu. Memang seronok main gelongsor, terjun kolam. Last sekali saya merasa, masa di kolam air panas Sungkai. Tolak malu ke tepi. Tapi ni lagi best, sebab private pool, lebih privasi. 👏👏👍👍😊
ReplyDeleteDah berzaman tak main gelongsor, seronok lain macam 😁
DeleteKolam dengan air bukit! Bagus juga bebas klorin.
ReplyDeleteSeronok berkumpul mandi bersama. Kalau saya lama tidak buat.
Saya pun dah lama sangat tak masuk kolam mandi. Masuk sungai tu ada la.
DeleteSy belum berkesempatan ke sini, tapi dari info kawan-kawan di Kedah inilah tempat yg mereka suka pergi bersama keluarga. Nanti bolehlah ajak ipar duai ke sini ...
ReplyDeleteYa, biasanya berulang kali orang ke sini. Itu yang agak susah nak dapat kekosongan pada hujung minggu.
DeleteTerima kasih share, kami mmg tengah cari yg seumpama ni
ReplyDeleteSama-sama 😊
DeleteBerkumpul dengan saudara-mara buat aktiviti macam ni memang seronok!
ReplyDeleteSeru ya mandi"di kolam renang..apalagi kalau hanya sanak keluarga sendiri..bebas sedikit tak kuatir di lihat orang ramai...apalagi kalau kita berkerudung
ReplyDeleteGambar mandi dalam kolam tu muka semua sama! Macam kembar!
ReplyDeletebest kalau datang ramai-ramai ye kak... memang suasana kampung betul ya, buah durian tu mengoda sungguh bergayutan gitu
ReplyDeleteseronok ramai2, rasa nk terjun kolam tu jga he hee
ReplyDeleteSeru sekali memang bermain air. Suasanya sekitarnya juga masih asri, ada pohon durian yang menggoda.
ReplyDeleteTernyata makanannya menggiurkan hehe. Sedap sekali mangga muda.
Jadi pensaran dg peristiwa tragedi di sana. Semoga kedepannya semuanya diberi kesehatan dan keselamatan.
seronoknya tp skrg di utara musim hujan memang elak nk bercuti ke mana2
ReplyDeleteseronok berendam kolam, mesti sejuk airnya...yg best ada privasi, tak share dgn org lain..
ReplyDeleteTerima kasih sebab update cerita ni. Saya ingatkan Salak Denai dah tutup terus. Pernah menginap 3 kali berlainan pakej sebelum tragedi kepala air. Mmg selesa utk keluarga berseronok sebab private pool. Cuma waktu tu, kena booking awal sebab tempat dan masa terhad. Utk pool paling besar tu, kami bawa sendiri sampan kecil..huhuh
ReplyDeleteMasih beroperasi kah salak denai ..
ReplyDelete