Selain ketupat, lepat merupakan antara hidangan wajib ada pada hari raya bagi masyarakat Jawa di kampung saya dan encik suami. Tetapi tahun demi tahun, bila orang-orang tua semakin uzur/tak larat dan orang muda tak menguasai kemahiran membuat lepat, akhirnya tiada lagi hidangan lepat pada hari raya di rumah keluarga kami.
Saya sendiri gagal mengingat bila kali terakhir keluarga saya bergotong-royong membuat lepat menjelang hari raya. Dah terlalu lama. Manakala di sebelah keluarga encik suami, seingat saya tiada lagi lepat sejak beberapa tahun terakhir ini.
Apa itu lepat? Ia sejenis makanan tradisi Jawa yang dibuat daripada beras pulut, dicampur kelapa parut dan garam. Tambah kacang merah jika nak buat lepat kacang merah. Semua bahan tadi digaul dan diletakkan dalam daun kelapa yang dibentukkan. Kemudian diikat dan direbus sama cara merebus ketupat, iaitu selama 3-4 jam.
Lepat atau ‘lepet’ dalam bahasa Jawa, biasanya dimakan bersama serunding kelapa. Nak tengok rupa serunding kelapa, ada dalam entri raya blogger Dana. Sama seperti lepat, serunding kelapa pun dah lama keluarga kami tak buat sendiri.
Lepat dan ketupat di rumah mentua pada 1 Syawal lalu. Dibeli dari makcik yang masih meneruskan tradisi membuat lepat dan ketupat. Sebenarnya beli lepat saja, tapi diberi sekali ketupat. Dapatlah merasa ketupat berbungkus daun kelapa, kalau harapkan saya memang cuma makan ketupat berbungkus plastik jelah π
Lepat biasa diikat tali putih, manakala lepat kacang merah diikat tali kuning. Guna ikatan berbeza warna supaya senang nak beza mana satu lepat biasa dan lepat kacang merah. Saya suka lepat biasa, encik suami pula suka lepat kacang merah.
Begini rupa setelah dipotong. Ni lepat kacang merah, ada kacang merah di dalamnya. Lepat ni biasanya dipotong dua serong begini untuk mudah makan. Kemudian barulah dibuka ikatan dan bungkusan daun kelapa.
Saya pernah mencatatkan berkenaan lepat dan pembuatannya dalam entri terdahulu, boleh baca DI SINI dan DI SINI. Sayang sekali masa tu saya tak merakam banyak foto dan tak rekod video, sekadar coretan pendek berkenaan lepat.
cara lipatan bungkusan lebih kurang kuih lepat...pertama kali saya tengok ni kak,unik&pelbagai makanan raya kita sbnrnya kan..
ReplyDeleteMungkin nampak sama, tapi sebenarnya berbeza. Bungkus lepat pisang mudah saja sebab guna daun pisang lebar. Untuk lepat pulut, kita guna sehelai daun kelapa muda yang dibentuk jadi kelongsong untuk isi beras pulut.
Deletewaaahhh unik lepat pulut. 1st time baca hehe
ReplyDeleteMaklumlah...saya yang Jawa ni pun dah lama tak buat, macam manalah orang bukan Jawa nak tau makanan tradisi Jawa π
DeleteSaya lagi la tak pernah jumpa lepat pulut ni. Kalau dimakan dengan serunding kelapa, mesti sedap. Rasa dia ada macam pulut panggang tak?
ReplyDeleteTak Nur. Cara proses dan pembungkusan berbeza, jadi hasilnya tekstur pulut dan aroma berbeza.
DeleteOh.. bentuknya mcm lepat pisang
ReplyDeleteIya..panjang.
DeleteDi kampung saya pula orang kampung buat lepat kacang merah, ada lepat kacang hijau dan lepat campur udang kering. Tapi itu dulu, waktu saya kecil. Sekarang .... hanya tinggal kenangan. Saya pun tidak mewarisi kemahiran membuat lepat @ lepet.
ReplyDeleteLagi banyak variasi lepat di kampung kak Amie π
Deletekan bila org2 lama dah xda makin payah jumpa mknan tradisi dulu2
ReplyDeleterinduuu la skrg dgn mnknan dulu2
ketupat daun nyor pun kalau kg ciknur guna pulut berlemak
Ketupat palas ke tu ciknur?
Deletetahun ni dana tak rasa pun lagi lepat pulut tu, tapi dana tak suka yang ada isi kacang kak dana suka yang kosong je. Cicah lak dengan rendan dan seruding kelapa... aduh sedapnya
ReplyDeleteGeng lepet kosong la kita Dana π
DeleteUnce pernah jumpa orang nama Lepat...
ReplyDeleteSini... https://blogbeginsatforty.blogspot.com/2022/03/march-8-2022.html
Saya tau orang nama pena Lepat je, seorang pelukis.
DeleteKalau lepat di sini dibungkus daun pisang mbk, tapi entah kenapa di keluarga saya udah jarang yang bikin lepat, mungkin karena embah sudah tua dan yang masih muda malas untuk bikin ya, karena memang lama. Nah pas saya ke rumah mertua kemarin disana bener bener semua nya pada bikin lepat dan ketupat, beda banget sama di kampung sendiriπ
ReplyDeleteKita itulah yang masih muda tapi malas bikin π
DeletePertama kali sy tahu akan kewujudan lepat pulut dan kacang merah ni .. di Kedah kami ada lepat liat, tp bukan juadah raya..
ReplyDeleteHarap ada yg mewarisi kemahiran menyediakannya agar tidak luput begitu saja.
Sayang sekali generasi kami anak-anak (di kedua-dua belah keluarga), tak ada yang rajin nak menguasi kemahiran buat lepat. Agak leceh proses nak membentuk daun kelapa, mrmbungkus campuran beras pulut dan perlu rebus berjam lama.
Deletejamni jarang dh nk nmpk ketupat daun kelapa muda., nasi impit dlm plastik je., hehe
ReplyDeleteHehe..iya wak. Saya sendiri tak tekun nak anyam kelongsong ketupat. Apa lagi lepas tu nak direbus lama π
DeleteYa betul sekali lepat terbuat dari ketan dan kelapa dan ada kacang merah didalamnya...bungkusnya di buat dari daun kelapa /janur yg di lilit
ReplyDeleteSama juga ya?
DeleteYa iyalah, kita satu rumpun π
pertama kali tengok lepat pulut juadah hari raya...lebih kurang burasak, makanan org Bugis...sekrg ramai yg rebus ketupat guna pressure cooker, cepat sikit masak..hihi..
ReplyDeleteBaru tahu pasal lepat pulut. Rasanya belum pernah jumpa dan makan.
ReplyDeletetak penah mkn. penah tgk gmbr jeπ tp kalau jual ni satu berapa? RM1?
ReplyDeleteYa ampuuun kak ujie, rindu nya saya dengan lepet πππ. Mama sering bikin, sampai sekarang pun masih. Tapi karena mama di Medan, sementara saya jakarta, jadi jarang lah coba kue ini. Hanya kalau saya ke Medan baru bisa minta mama untuk bikin. Saya sendiri tak jago lah buatnya π
ReplyDelete